Monday, February 4

Gambar Terkini Permukaan Mahatari Berjaya Dirakam

3 ulasan

Mengambil gambar matahari dengan teleskop jarak jauh sangat merbahaya.Bagaimanapun ia berjaya dirakam setelah teleskop baru dicipta untuk menapis cahaya matahari yang panas itu.Gambar-gambar dibawah ini merupakan kejayaan yang luar biasa kerana buat pertama kali matahari berjaya dirakam pada permukaan oleh ahli astronomi bernama Paul Andrews.

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.

Matahari dikelaskan sebagai bintangkerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.

Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahariini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. 

Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. 

Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Read more ►

Friday, January 18

Mengertikah Anda Apa itu Fasik?

1 ulasan

Anda tahu apa itu Fasik?

Sekadar perkongsian bagi yang kurang mengerti.Dipetik dari Kuliah TG Nik Aziz berkaitan Sirah Nabawiyah.Bagi yg mengerti, jika ada tambahan ilmu,sila kongsi. Tidak rugi ilmu anda bila berkongsi.Percayalah.

Jika anda ingin tahu ciri-ciri Org Fasik,Hukum Org Fasik,Definisi orang Fasik dan info ala-ala dalam buku teks, sila rujuk kembali buku Teks Pendidikan Islam anda atau cari dengan En Google,kita cuba hurai dari sudut pandangan lain kali ini.

Fasiq dari sudut bahasa adalah 'terkupas kulit luar'.

Diguna masyarakat arab untuk menggambarkan sesuatu yg tidak sempurna apabila terkupas.

seakan kulit pisang terkupas, cepatlah rosak pisang itu,
seakan kulit durian terkupas, cepat rosak isi durian itu,
seakan makanan yg tidak ditutup dgn saji, cepat dihurung lalat sajian anda!

Begitu juga kita.

jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalam (Iman) itu sempurna.mungkin berkulat, mungkin dihurung lalat,malah mungkin sudah berulat!

Mana mungkin iman anda sempurna bila anda malas solat.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak puasa.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak berzakat.

dari sudut manusiawi, yang luar itu islam,yang dalam itu iman. apabila terang-terang terkupas islam diluar itu,rendah kebarangkalian yg dalam itu suci terjaga!

Perbuatan dan penampilan zahir itu menggambar anda adalah seorang Islam atau tidak-solat anda,puasa anda,zakat anda,sedekah anda dan segala-gala yang berbentuk syiar. Yg mengesahkan anda adalah seorang islam.

Sebagai contoh,seorang islam tidak boleh ada tatu,maka jika anda terjumpa orang bertatu,maka automatik anda berpendapat orang itu bukan islam.




Perbuatan batin itu susah ditafsir.Iman itu barang dalam,ia sama sekali tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.Mungkin anda melaksanakan semua suruhan-suruhan Allah seperti diatas, tp jika anda syirik dengan Allah, mana orang tahu!

Orang fasiq itu orang yg terkupas islamnya.
Orang syirik itu terkupas iman dan akidahnya.


Sebab itu syirik itu jauh lebih mudarat dari fasiq.Tapi kita kena ingat,kemuliaan anda hilang bila anda fasiq.

Amat payah untuk kesyurga bila iman itu berdaki dan rosak sifatnya.Kita akan dicelup dalam api neraka untuk membersihkan daki-daki dosa sebelum kita dibenar menjengah kesyurga.Seakan bijih-bijih timah yg perlu dimasak dalam relau untuk mengasingkan timah asli dan daki-daki bijih.

Daki-daki itu sedikitpun tiada nilai.
Yang dicari orang bijih timah yg tulen itu.

Dosa-dosa itu juga tiada nilainya.Nilainya adalah sebagai tiket untuk anda dicelup dalam api neraka yang panas amat.
Yang dicari adalah iman yg tulen.Tiket ke syurga!

Sanggupkah anda ke neraka? Sama-sama muhasabah diri, semoga rahmat Allah bersama kita.Semoga Allah masih sudi merahmati kita walaupun bergunung dosa kita.

Wallahualam.
Read more ►

Dimanakah Yahudi bersembunyi ketika dikejar musuh?

0 ulasan


Yahudi menuduh Islam sebagai agama keganasan nombor satu bagi Yahudi. Alangkah baiknya, mereka harus kembali membuka lembaran hitam sejarah penindasan mereka. Sejarah "hitam" ketika mereka diselamatkan oleh kaum muslim ketika dikejar oleh NAZI. Islam lah yang dengan berbesar hati membuka pintu rumahnya untuk dijadikan tempat bersembunyi mereka.

Kisah ini bukanlah roman picisan belaka atau direka. Fakta ini adalah benar berlaku di sebuah negara bernama Albania. Sebuah negara muslim kesan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah menguasai negara itu antara tahun 1385-1912.

Sejak Perang Dunia II, kisah pembunuhan beramai-orang Yahudi menjadi catatan tersendiri. Mereka dikejar dan dicari oleh bala tentera NAZI. Dalam keadaan bingung, mereka hampir putus asa, menjadi pelarian menjadi satu perkara yang sukar mereka perjuangkan.

Dalam keadaan bimbang, mereka bagai mendapatkan cahaya. Dari maklumat yang diperolehi, ada sebuah negara berpenduduk ramah dan baik terhadap tetamu. Negara itu bernama Albania. Sebuah negara muslim di bahagian Eropah Tenggara yang kini bersempadan dengan Montenegro di sebelah utara, Serbia (Kosovo) di Timur laut, Republik Macedonia di Timur, dan Greece di Selatan.

Sekitar dua ribu orang Yahudi melarikan diri ke daerah Albania. Di sana, mereka dilindungi oleh keluarga-keluarga muslim Albania di bandar Berat. Para muslim Albania mempertaruhkan nyawa untuk melindungi pelarian Yahudi yang meminta pertolongan.

Menyembunyikan Yahudi risikonya sangat tinggi, kerana setiap masa rondaan NAZI boleh meronda ke perkampungan dan menggeledah setiap isi rumah. Jika diketahui ada penduduk menyembunyikan Yahudi, maka kehilangan nyawa adalah ganjarannya.

Namun menurut catatan sejarah, tidak ada satupun pelarian Yahudi yang diserahkan oleh muslim Albania pada pihak NAZI. Dengan penuh keikhlasan dan kebesaran hati, para muslim Albania melindungi pelarian Yahudi dengan segenap cara.

Justin Kerber, seorang Rabbi Yahudi pernah berkata, "Komuniti Muslim ada di antara orang-orang yang telah menghadapi risiko besar kerana memberikan perlindungan kepada kaum Yahudi di rumah-rumah mereka. Dan mereka melakukannya tanpa melihat latar belakang agama para Yahudi. "

Sedangkan, Dr Ghazala Hayat, seorang doktor ahli saraf di Universiti St. Louis dan juru cakap Islamic Foundation di Greater Saint Louis memberitahu, "Anda mungkin belum pernah mendengar cerita ini, bagaimana masyarakat Muslim Albania mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk mengamalkan keimanan dan menghormati kehidupan yang disebut Besa,"

Besa sendiri adalah tradisi yang berakar dari Al-Quran yang bermaksud "memegang janji" atau "menjaga kehormatan". BESA juga bermakna mengambil berat pada yang memerlukan, melindungi kaum lemah, dan menolong sesama.

Dalam usaha melindungi kaum Yahudi, para muslim Albania menganggap mereka sebagai saudara. Mereka diberikan pakaian yang sama, makanan yang sama dan tinggal bersama-sama di rumah seperti ahli keluarga. Apabila ada rondaan Jerman datang, kaum Yahudi disembunyikan di bawah tanah atau di tengah hutan.

Kisah dari keluarga Kasem Kocerri, yang didatangi serombongan rondaan NAZI pada awal 1944, menarik untuk didengari. Ketika itu, tentera NAZI menyoal di mana para pelarian Yahudi bersembunyi. Tapi Kasem tidak memberitahu. Diam-diam dia menyembunyikan keluarga Yahudi di salah satu kumpulan di atas bukit.

Keluarga Halil frasheri menceritakan pengalamannya yang mencengkam semasa rondaan NAZI menggeledah rumah ke rumah. Dia melalui pintu belakang, mengajak keluarga Yahudi yang bersembunyi di rumahnya, untuk lari ke dalam hutan.

Namun kisah fenomenal di atas itu semua berlaku ketika Yahudi mengalami berbagai kekejaman di Eropah. Namun berbeza ketika kaum Yahudi hidup di wilayah Kekhilafahan Uthmaniyah. Selama beratus-ratus tahun mereka tinggal dalam wilayah Uthmaniyah, mereka menikmati kebebasan menjalankan agama dan pelbagai perlindungan sebagai kaum minoriti atau ahlud dimah. Selama itu, kaum Yahudi tidak berfikir untuk berpisah dari Ustmaniyah.

Keadaan Yahudi di Ustmaniyah itu begitu berbeza dengan nasib yang diterima Yahudi di Eropah ketika Kristian berkuasa sehingga mereka dihalau untuk berpindah secara besar-besaran terutamanya ke wilayah Uthmaniyyah. Padahal ketika Sepanyol berada di bawah pemerintahan Islam, kaum Yahudi mendapat layanan yang baik.

Oleh kerana itu, Martin Gilbert, dalam Atlas of Jewish Civilization mencatat bagaimana kebijaksanaan penguasa muslim Sepanyol terhadap Yahudi. Dia katakan bahawa penguasa muslim juga memberi pekarjaan kepada sarjana Yahudi sebagai kecintaan mereka terhadap Sains dan ilmu pengetahuan.
Read more ►

Thursday, January 17

Subhanallah, guruh dan kilat juga bertasbih memuji Allah SWT

0 ulasan

Pernahkah kita berfikir bagaimana guntur - sebagai salah satu peristiwa atmosfera terhebat yang Allah ciptakan - itu terbentuk? Dan bagaimana pula guntur mampu melepaskan sejumlah tenaga yang demikian besar?

Menurut Harun Yahya, selama hujan, guruh dan kilat yang tersusun dari pembentukan cahaya-cahaya terang akibat pelepasan tenaga elektrik di ruang atmosfera, sesungguhnya merupakan sumber tenaga yang menghasilkan elektrik lebih besar dari pada ribuan penjanaan elektrik-di samping sebagai fenomena iklim.

Inilah kehebatan dan keajaiban kilat dan petir:

* Tenaga yang dikeluarkan oleh sekali kilatan petir lebih besar dari pada tenaga yang dihasilkan seluruh penjanaan elektrik di Amerika Syarikat.

* Satu kilatan petir boleh menyalakan 100 watt lampu selama lebih dari tiga bulan.

* Pada titik sentuh petir ke bumi, cuaca menjadi panas hingga 25.000 darjah Celcius. Kelajuan kilatan petir 150.000 km / detik dan rata-rata ketebalannya 2,5-5 cm.

* Petir menghasilkan molekul nitrogen yang diperlukan bagi tumbuh-tumbuhan di Bumi utuk menyokong kehidupanya.

* Setiap petir rata-rata mempunyai 20,000 amper kuasa. Seorang tukang las hanya menggunakan 250-400 amper untuk mengelas baja.

* Petir bergerak pada kelajuan 150,000 km / saat, hampir setengah kelajuan cahaya dan 100,000 kali lebih cepat dari kelajuan suara.

'' Suara yang dilepaskan oleh satu kilatan lebih besar dari pada cahaya 10 juta bola lampu berdaya 100 watt. Jadi, apabila setiap rumah di Istanbul, Turki menyalakan bola lampu, pancaran cahaya dari satu kilatan petir akan lebih besar,'' ungkap Harun Yahya.

Allah menyatakan fenomena kilat yang menakjubkan ini sebagai berikut "... Kilauan kilatnya hampir membutakan pandangan." (Al-Nur: 43)

Bagaimanakah kilat terbentuk?

Menurut Harun Yahya, hawa-yang dipanaskan oleh cahaya matahari-naik membawa molekul-molekul air yang menguap di dalamnya. Ketika udara yang naik ini mencapai ketinggian 2-3 km, hawa tesebut bersentuhan dengan lapisan udara dingin. Saat kenaikan hawa, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam awan melepaskan tenaga elektrik statik yang terbentuk kerana pergesekan. Tenaga elektrik ini mengandungi unsur positif (+) pada lapisan atas awan dan unsur negatif (-) pada lapisan bawahnya. Ketika awan cukup terisi untuk mengionisasi hawa, maka petir terbentuk.

Mengapa bergemuruh?

Menurut Harun Yahya, petir memanaskan udara di sekitarnya hingga 30.000 darjah celcius dalam sepersejuta saat. Udara yang dipanskan meluas, dan menyebarkan gelombang suara yang lebih cepat dari kelajuan bunyi; dengan tekanan 100 kali lebih besar dari tekanan atmosfera normal. Sama halnya dengan pesawat yang melintas dengan kelajuan suara, ini menyebabkan letupan suara (gemuruh) di udara, sehingga dinamakan gemuruh / guntur.

Mengapa cahaya dan suara guruh tidak bersamaan mencapai bumi?

Harun Yahya mengungkapkan, hal ini kerana suara guntur mencapai pendengaran kita dengan kelajuan suara (340 m / saat di udara), sedangkan petir mencapai visual (penglihatan) kita dengan kelajuan cahaya (99, 793 km / saat). Ini menyebabkan perbezaan masa antara dua peristiwa, dan dengan demikian membuat kilatan (petir) mencapai bumi lebih sebelum guntur.

Apa perbezaan antara kilat dan petir?

Ketika perbezaan muatan listrik menjadi lebih besar antara bumi dan awan, udara menjadi lebih mudah ditembus dari bumi ke awan; pelepasan tenaga elektrik bermula melalui saluran penghantar yang dibentuk oleh udara yang ditembus itu. Pelepasan tenaga elektrik dari awan disebut dengan kilat, dan pelepasan tenaga elektrik dari bumi disebut petir atau sambaran balik.

Kebenaran kilat yang dinyatakan dalam Al-Quran

Guruh atau Guntur ternyata terpilih menjadi nama salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah al-Rad. Allah memberitahu bahawa guntur dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya: "Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya ..." (al-Rad: 13)



Editor: Heri Ruslan
Sumber: harun yahya


Read more ►

Menteri Taiwan usulkan buang air kecil ikut sunnah Rasulullah

0 ulasan

Nabi Muhammad SAW mencontohkan umatnya untuk duduk atau jongkok ketika buang air kecil. Meski bukan seorang muslim, tapi Menteri Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shen mencontohi anjuran Rasulullah SAW dengan selalu buang air kecil dengan duduk.

Ia pun mengusulkan agar masyarakat Taiwan buang air kecil sambil duduk. Cadangan mengikuti sunnah Rasulullah SAW itu khusus untuk para lelaki yang acapkali buang air kecil sambil berdiri. Badan Perlindungan Persekitaran Taiwan (EPA) mendedahkan Stephen memang selalu duduk bila buang air kecil, baik di rumah ataupun di tandas awam.

Badan itu mengatakan, kebiasaan kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Para pegawai Taiwan mengatakan akan meminta pemerintah daerah memasang tanda di tandas-tandas umum berisi anjuran agar lelaki duduk bila buang air kecil.

Seperti dilansir Yahoonews.com, anjuran ini adalah sebahagian daripada kempen Taiwan guna menjaga kebersihan di tandas awam. Sekira 100 ribu tandas umum tersebar di Taiwan. Tandas-tandas tersebut saat ini jauh lebih bersih berbanding sebelumnya. "Namun sejumlah kakus masih bau pesing kerana percikan air seni lelaki," kata EPA.

Nantinya, tanda anjuran lelaki buang air kecil sembali duduk akan dipasang di tandas awam di sekolah-sekolah, stesen keretapi, lapangan terbang, hingga terminal bus. Meski baik, anjuran tersebut melahirkan silang pendapat di dunia maya.

Majoriti wanita yang memang biasa buang air kecil sambil duduk, menyokong gagasan tersebut. Tapi tak sedikit lelaki yang menentang lantaran sukar mengubah kebiasaan sejak kecil.

Cadangan buang air kecil sambil duduk bukan kali pertama. Sebelumnya beberapa ahli politik sayap kiri di Sweden juga pernah mencadangkan undang-undang baru yang melarang para lelaki buang air kecil sambil berdiri. Beberapa alasan dan keuntungan dari buang air kecil sambil duduk dipaparkan para ahli politik tersebut.

Parti sosialis dan feminis di Sweden mendakwa akan lebih higenis bila seorang lelaki duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan mengurangkan genangan air dan baik untuk kesihatan lelaki. Kerana buang air kecil sambil duduk akan mengosongkan pundi kencing yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat.

"Kami ingin belajar dari Sweden dan Jepun," kata Pengarah Sanitasi Persekitaran dan Zat Toksik EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. "Di Jepun, kami mendengar 30 peratus laki-laki buang air kecil sambil duduk."

dipetik:detikislam.blogspot.com
sumber nahimunkar.com
Read more ►
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi