Wednesday, September 12

Asal Usul Sholawat Badar

*LIKE SEIKHLASNYA 

Sholawat Badar adalah rangkaian

sholawat berisikan tawassul
dengan nama Allah, dengan
Junjungan Nabi s.a.w. serta para
mujahidin teristimewanya para
pejuang Badar. Sholawat ini adalah
hasil karya Kyai Ali Manshur, yang
merupakan cucu KH. Muhammad
Shiddiq, Jember. Oleh itu, Kyai ‘Ali
Manshur adalah anak saudara atau
keponakan KH. Ahmad Qusssyairi
( ulama besar dan pengarang kitab
“” Tanwir al-Hija” yang telah
disyarahkan dengan judul “Inarat
ad-Duja“oleh ulama terkemuka
Haramain, Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas
bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani.
Diceritakan bahawa karya ini
ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur
sekitar tahun 1960, tatkala
kegawatan umat Islam Indonesia
menghadapi fitnah Partai Komunis
Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali
adalah Kepala Kantor Departemen
Agama Banyuwangi, juga menjadi
Pengurus Cabang Nahdlatul Ulama
di situ. Keadaan politik yang
bercelaru saat itu dan kebejatan
PKI yang bermaharajalela
membunuh massa, bahkan ramai
kiyai yang menjadi mangsa
mereka, menyebabkan terlintas di
hati Kiyai ‘Ali, yang memang mahir
membuat syair ‘Arab sejak nyantri
di Pesantren Lirboyo Kediri lagi,
untuk menulis satu karangan
sebagai sarana bermunajat
memohon bantuan Allah s.w.t.
Dalam keadaan sedemikian, Kiyai
‘Ali tertidur dan dalam tidurnya
beliau bermimpi didatangi
manusia-manusia berjubah putih –
hijau, dan malam yang sama juga,
isteri beliau bermimpikan Kanjeng
Nabi s.a.w.
Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung
pergi berjumpa dengan Habib Hadi
al-Haddar Banyuwangi
dan menceritakan kisah mimpinya
tersebut. Habib Hadi menyatakan
bahawa manusia-manusia
berjubah tersebut adalah para ahli
Badar. Mendengar penjelasan
Habib yang mulia tersebut, Kyai ‘Ali
semakin bertekad untuk
mengarang sebuah syair yang ada
kaitan dengan para pejuang Badar
tersebut. Lalu malamnya, Kyai ‘Ali
menjalankan penanya untuk
menulis karya yang kemudiannya
dikenali sebagai “Sholawat al-
Badriyyah” atau “Sholawat Badar“.
Apa yang mengherankan ialah
keesokan harinya, orang-orang
kampung mendatangi rumah
beliau dengan membawa beras
dan bahan makanan lainnya.
Mereka menceritakan bahwa pagi
pagi sekali mereka telah didatangi
orang berjubah putih menyuruh
mereka pergi ke rumah Kyai ‘Ali
untuk membantunya karena satu
kenduri akan diadakan di
rumahnya. Itulah sebabnya
mereka datang dengan membawa
bahan makanan tersebut menurut
kemampuan masing-masing.
Tambah pelik lagi apabila
malamnya, hadir bersama untuk
bekerja membuat persiapan
kenduri orang-orang yang tidak
dikenali siapa mereka.
Menjelang keesokan pagi,
serombongan habaib yang
diketuai oleh Habib ‘Ali bin ‘Abdur
Rahman al-Habsyi Kwitang
tiba-tiba datang ke rumah Kiyai
‘Ali. Tidak tergambar kegembiraan
Kiyai ‘Ali menerima tetamu
istimewanya tersebut. Setelah
memulakan perbicaraan
bertanyakan khabar, tiba-tiba
Habib ‘Ali Kwitang bertanya
mengenai syair yang ditulis oleh
Kiyai ‘Ali tersebut. Tentu sahaja
Kiyai ‘Ali terkejut kerana hasil
karyanya itu hanya diketahuinya
dirinya seorang dan belum
dimaklumkan kepada sesiapa pun.
Tapi beliau mengetahui, ini adalah
satu kekeramatan Habib ‘Ali yang
terkenal sebagai waliyullah itu.
Lalu tanpa lengah, Kiyai ‘Ali
Manshur mengambil helaian kertas
karangannya tersebut lalu
membacanya di hadapan para
hadirin dengan suaranya yang
lantang dan merdu. Para hadirin
dan habaib mendengarnya dengan
khusyuk sambil menitiskan air
mata kerana terharu. Setelah
selesai dibacakan Sholawat Badar
oleh Kiyai ‘Ali, Habib ‘Ali menyeru
agar Sholawat Badar dijadikan
sarana bermunajat dalam
menghadapi fitnah PKI.
”Ya akhi , mari kita perangi genjer
–genjer PKI itu dengan sahalawat
Badar ! ”kata Habib Ali kwitang
mantap . setelah itu Habib Ali
kwitang memimpin doa , lalu
rombongan itu memohon
diri .Maka sejak saat itu
masyhurlah karya Kiyai ‘Ali
tersebut.
Selanjutnya, untuk
mempopulerkan shalawat badar ,
Habib ‘Ali Kwitang telah
mengundang para ulama dan
habaib ke Kwitang untuk satu
pertemuan, termasuk dijemput
ialah Kyai ‘Ali Manshur bersama
pamannya KH. Ahmad Qusyairi.
Dalam pertemuan tersebut, Kyai
‘Ali sekali lagi diminta untuk
mengumandangkan Sholawat al-
Badriyyah gubahannya itu. Maka
bertambah masyhur dan tersebar
luas Sholawat Badar ini dalam
masyarakat serta menjadi bacaan
popular dalam majlis-majlis ta’lim
dan pertemuan.
Semoga Allah swt memberikan
sebaik-baik ganjaran dan balasan
buat pengarang Sholawat Badar
serta para habaib tersebut….. al-
Fatihah.

                          

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi