Friday, September 28

Kisah seram selepas kematian kawan abang minggu lepas

Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca..



Adik, charger handsetnya mana?


                                                   

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi