Friday, September 14

Mengejar Bayangan

Di satu sudud, manusia sentiasa berusaha untuk mengenali Tuhannya di satu sudud lain manusia menafikan kewujudanNya. Ketika sedar mereka mentaatiNya tetapi dalam sekelip mata mereka mendustaiNya. Sebahagian besar manusia tidak tidak menyedarinya. Di waktu pagi mereka beriman di sebelah petangnya mereka kafir. 

Apa Kaitannya?

Kafir di sini bukan bermaksud menyembah berhala zahir seperti patung atau benda sebaliknya mereka terdinding atau terlindung dari sinar iman kerana terleka dengan dunia serta perhiasannya. Antara tarikan terkuat perhiasan dunia ialah harta, wanita, pangkat dan kuasa. Bila hati tertumpu kepada salah satu atau kesemua perkara ini, hilanglah Allah dari sanubari. Musnahlah iman sehingga mereka kembali tersedar menyebut dua kalimah tauhid.

Idaman bagi yang mengidam

Agak ganjil jika dikatakan wang, pangkat dan harta itu seumpama berhala yang tersembunyi. Itulah syirik yang tidak nyata yang amat ditakuti oleh mereka yang mencintai Allah. Namun bagi orang biasa, ia seolah suatu yang lumrah dan menjadi amalan mereka tanpa rasa bersalah. Mereka menduakan Allah tetapi mereka masih mengaku sebagai orang yang beriman.

Fenomena ini menjadi semakin meruncing pada akhir zaman ini, apabila seluruh kehidupan telah dikuasai oleh media massa. Hati mereka terpukau dengan apa yang terhidang di hadapan mata. Kelekaan semakin hari semakin meluas dan akhirnya meninggalkan usaha mendalami ilmu ketuhanan.


Tuhan ?

Sistem kehidupan sekular juga memainkan peranan penting dalam merosakkan akidah secara tidak langsung. Agama dikeluarkan dari semua aktiviti harian baik sosial, ekonomi atau politik. Nasib baik di negara kita masih ada segolongan manusia yang tetap tegas menolak bentuk kehidupan sedemikian. Malangnya bilangan mereka semakin hari semakin mengecil dan selebihnya umpama buih di lautan. Jika tiada lagi manusia yang benar-benar beriman, nescaya Allah akan menarik balik rahmatnya ke atas kita dan semuanya akan terjerumus ke lembah bencana dan sukar kembali ke jalan yang lurus dan di redhai.
Manusia telah tertipu dengan mudah bila tiada ilmu. Sebab itu Rasulullah SAW menegaskan "Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi kaum muslimin" .

Salah satu perdayaan dunia ialah apa yang dibawa oleh golongan elit dunia termasuk elit di negara kita. Mereka mempamirkan kekayaan, kemegahan, kemewahan dan kemayhuran. Semua ini mendorong manusia mengejar kekayaan. Terhidang di mana-mana sahaja media terutamanya di TV yang menjadi media popular masa kini. Dipertontonkan gaya hidup mewah penuh prestij dan elegan menjadikan setiap orang tergila-gila dan terbawa-bawa cara hidup sebegini. Diperbesarkan berita tentang manusia yang terkaya di dunia, billonaire, jutawan atau hartawan. 
Tiada siapa yang mahu percaya jika dikatakan bahawa kekayaan itu sebenarnya satu bencana kepada manusia. Tumpuan minda telah berubah dan di mind control melalui pelbagai saluran. Keinginan telah terpindah ke tahap cita-cita, maka berlakulah kegelojohan dalam mencari ruang untuk kaya. Mereka mengejar bayang-bayang ini sehingga hilang minat untuk mengenal dan mencintai Tuhannya. Mala petaka akan segera menerpa jika budi dan jujur terhakis.

Apakah yang dimaksudkan sebagai orang kaya? Kenapa orang ingin menjadi orang kaya? Berapa harta yang diperlukan untuk berhenti mengejar kekayaan? Bayang-bayangnya terus berada di hadapan. Inilah maksudnya apabila kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita, pengejaran yang tidak berkesudahan sehinggalah maut merapatkan diri.


Orang kaya dalam konteks hari ini ialah orang yang mempunyai banyak harta, banyak aset dan prestij.

Tarikan Untuk Menjadi Kaya :

1. Kepercayaan mereka bahawa apabila mereka bergelar orang kaya, mereka akan senang dan bahagia, boleh makan apa saja yang diinginkan, boleh beli apa saja yang dikehendaki.

2. Kekayaan adalah Lambang Kemegahan supaya mereka tidak di pandang rendah oleh masyarakat. Menganggap (sangka) kemuliaan itu terhasil dari kekayaan bukan lagi budi pekerti.
Bermegah diri adalah salah satu sifat Iblis, kerananya Iblis bersikap sombong dan bongkak. Bukankah Allah dan Rasulullah SAW sudah peringatkan mengenainya? 

Manusia takkan berhenti mengejar kekayaan kerana nafsu sentiasa ingin lebih kaya dan sentiasa merasa masih belum mencukupi. Hati mereka hanya tertarik untuk melihat ke arah orang yang lebih kaya dari mereka menyebabkan mereka terlupa untuk bersyukur.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?“. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”. H.R. TermiziDAKYAH MENGEJAR KEKAYAAN KINI SUDAH BERLELUASA, IA MERUPAKAN ALAT YANG BOLEH MELALAIKAN DAN MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM.

Hari ini, pelbagai seminar wujud , dari forex hinggalah menarik duit, kekayaan guna minda, millionaire mind power, dan macam-macam lagi yang tanpa sedar telah melalaikan dan merosakkan akidah kita sebagai Muslim Sejati.

Mereka "percaya" bahawa apabila mereka kaya (banyak duit, harta) mereka boleh hidup senang dan bahagia. Pada hal bahagia itu dari Allah, ada orang kurang berada tapi sangat bahagia, ini membuktikan bahawa jadi kaya dan bahagia itu tidak ada signifikannya. Apabila kita "percaya" kaya itu boleh memberikan "kebahagiaan", kita telah pun mensyirikkan Allah. Ingat, hanya Allah yang boleh memberi kebahagiaan, kerana kita semua tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah s.w.t
Saya memohon maaf kepada mereka yang pernah memasuki atau menganjurkan seminar sebegini. Kita ambil logikanya, contoh menggunakan kuasa minda/reiki untuk menarik kekayaan dan harta. Logik atau tidak logik? Contoh kereta enzo ferrari di kilangkan 90 biji, ada 100 orang yang menggunakan kuasa minda untuk menarik enzo ferrari, antara kaedahnya (jika anda nak dapatkan kereta tersebut, ambil gambar, sebelum tidur dan bangun tidur anda tatap dengan penuh hikmah dan bayangkan kereta tersebut akan berada depan rumah anda), tak mungkin 100 orang tu akan dapat kerana enzo cuma ada 90 saja.

Walau anda bayangkan setiap hari pun gambar enzo tu, Jika Allah s.w.t tetapkan tahun depan lagi 10 tahun anda akan dapat enzo tu, maka 10 tahun lagi lah anda akan mendapat enzo. Jadi bukan kerana kuasa minda yang anda amalkan itu boleh merealitikan apa yang anda inginkan, tapi dengan izin Allah s.w.t iaitu apabila sampai masa dan ketikanya. Manakan mungkin ada 9 jika tiada 8, atau 8 tanpa 7.. atau bayi lahir terus bersilat, semua mesti merangkak dulu. Inilah dipanggil fitrah Alam.

Bayangkan lagi, jika separuh penduduk bumi, boleh guna kuasa minda untuk menarik kekayaan dan harta contohnya, maka akan huru haralah bumi ini kerana ia tidak lagi berpaksikan peredaran masa. Dan untunglah bagi mereka yang terus menyebarkan dakyah ini kerana mereka akan terus menerus kaya dengan hanya membuaikan anda dengan mimpi indah belaka. Sama seperti mengejar bayang.
Berhentilah menganut fahaman yang terang bercanggah ini.



Kenapa kaedah ini mudah mendapat tempat di hati orang Melayu. Kita pernah membincangkan Melayu dan signifikan dengan angka 7, jika anda belum baca boleh refer di sini 
This site

Orang Melayu ialah orang yang sangat suka kepada sesuatu yang bersifat shortcut. Jika boleh lahir saja di muka bumi, mereka ingin terus jadi superstar. Orang Melayu ialah orang yang mudah mengikut-ikut jika ada perkumpulan orang ramai, hanya kerana sifat ingin tahu, kemudian memikir-mikir akhirnya ditipu. Ini diilustrasikan dalam cerita Tan Sri P Ramlee ketika menjual ubat. dalam filem DO RE MI. Tanpa berfikir secara logik, mereka bertindak "mempercayai" itulah ubat yang sebenar. Diharap anggapan ini tidaklah benar, bukan semua orang Melayu bersikap demikian, mungkin majoritinya begitu.
Baiklah kita berbalik kepada tajuk asal iaitu penghapusan sistem kekayaan.
Kenapa kita perlu menghapus sikap mengejar kekayaan?

1. Kita mengucap kalimah syahadah, bukan kalimah duit. Kita mengaku bahawa Tiada Tuhan Selain Allah, Bukan Tiada Tuhan Selain Duit. Kita percaya hanya Allah saja yang berkuasa untuk memberi sihat, kesenangan dan bahagia bukannya duit.
2. Mengejar kekayaan lebih banyak buruk dari yang baik. kerana apa? Apabila kita membayangkan kita akan jadi kaya pada tahun depan, kita akan buat APA SAJA untuk mendapatkan kekayaan tersebut, termasuk menerima rasuah, menindas orang, bersikap rakus dan tamak, berselisih faham dan pentingkan diri sendiri dan ada yang memutuskan silatulrahim kerana menganggap rakan/keluarga adalah penghalang kepada mereka dalam usaha mencapai cita-cita untuk menjadi KAYA.

3. Bayangkan setiap orang mempunyai ciri-ciri di atas, apa akan jadi ke atas dunia? semua manusia sudah tiada pedoman, semuanya menganut agama "kertas" kerana mereka percaya kertas yang diberi nama duit itu adalah Tuhan mereka. Bayangkan manusia berbunuh, mendengki sesama sendiri kerana ingin Kaya. Siapa yang dapat untung? The Hidden Hand. Merekalah yang paling untung kerana manusia kini sudah menganut agama mereka.

4. Negara yang boleh hidup secara aman harmoni, ialah apabila semua rakyat, hidup dalam keadaan sama rata, tiada kaya atau miskin, semuanya sama. Maka tiadalah sifat mendengki, penipuan, jenayah dan lain-lain. Fikirkan kenapa masalah jenayah semakin berleluasa hingga hari ini, Ini semua kerana keinginan nak kaya, nak hidup senang. Menganut agama baru, agama moden iaitu Wang dan Harta.
Di dalam azan terkandung satu kata-kata hikmat lagi sakti iaitu " Marilah bersama menuju kejayaan !"

Inilah yang dianjurkan oleh Islam, bukan penindasan gara-gara kerakusan mereka yang bertuhankan duit. Bagi adik beradik ku sekalian, " ...hang pa kena ingat, matlamat kita fisabilillah bukan menaikkan ekonomi tapi perjuangan kita kerana Allah s.w.t

Apabila jemaah kita kuat, secara tidak langsung ekonomi juga akan naik dan tiada lagi adik beradik yang susah. Kepada adik beradik yang menganut fahaman 36 dan 77. Berhentilah membuat kerja tidak berfaedah, sampai bila hang pa nak jadi samseng. Kita adalah sama. Dah sampai masa kita jadi kuat dan bersatu padu. Bersama kita menuju kejayaan".


0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi