Pastinya anda mempunyai akaun Facebook! Sekiranya tiada, maka, anda memang memerlukannya untuk Tips Mudah 2 hari ini. Facebook dapat menghubungi anda dengan kenalan-kenalan lama anda dan juga membuat kenalan baru. Satu platform yang sememangnya baik untuk memperkenalkan perniagaan berangkaian dan perniagaan internet anda.
TETAPI, satu peringatan yang amat penting. Facebook bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukan promosi demi promosi perniagaan anda !
Habis itu bagaimana?
Facebook adalah tempat menghubungi anda dan kenalan anda. Oleh itu, jadikannya tempat untuk berhubung dan mengeratkan silaturrahim dan bukan berniaga. Perkenalkan diri anda, bina peribadi yang baik, kongsikan tip dan maklumat menarik, kongsikan video yang menarik. Lebih menarik laman Facebook anda, lebih ramai yang ingin berkenal dengan anda dan ini akan menambahkan jaringan anda.
Walaupun saya kata Facebook bukanlah tempat sesuai untuk berniaga, tetapi jadikannya tempat untuk berkongsi informasi menarik untuk kenalan-kenalan anda. Kongsikan informasi yang berkaitan dengan perniagaan berangkaian anda.
Kongsikan informasi yang bermanfaat mengenai produk perniagaan berangkaian dan perniagaan internet yang anda sertai. Sekiranyanya perniagaan berangkai atau perniagaan internet anda menjual jus kesihatan, kongsikan tip-tip kesihatan di Facebook anda. Di samping itu, sertakan juga sedikit maklumat ringkas mengenai perniagaan anda sebagai “iklan mini” selepas anda memberi informasi bermanfaat.
Satu formula mudah untuk anda ikuti adalah, hanya iklankan perniagaan berangkai atau perniagaan internet anda 1 kali sahaja selepas 10 kali anda update status, kongsi video, kongsi gambar, kongsi nota & link yang tidak berkaitan dengan perniagaan anda.
Di Facebook, sekiranya anda asyik mengiklan perniagaan anda sahaja, ia akan menyebabkan kenalan anda tidak suka. Orang lain juga akan rasa berat untuk menambahkan anda sebagai “friends”. Oleh sebab itu, perbanyakkan mesej-mesej mengenai anda, keluarga, aktiviti, informasi, dan hanya sekali-sekala selang-selikan dengan iklan- terutamanya selepas memberi informasi menarik mengenai industri anda. Pastinya, ia akan menjadi lebih efektif dalam jangka masa panjang !
0 ulasan:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi