Thursday, October 25

Adakah MCA Hina Islam, UMNO Hanya Mampu Membisu?

      

Melihat kepada serangan yang bertalu-talu dari komponen parti BN, MCA terhadap hukum Islam dan membisunya UMNO, it seems there is some sinister work is happening.
Semalam MCA bukan sekadar menyerang, malah menjadikan resolusi AGM Pemuda MCA untuk memastikan hukum Islam tidak d jalankan d Malaysia.

Persoalannya kenapa UMNO membisu dan enggan memberi kata dua?

Apakah ada grand design untuk mengolah public opinion dengan kemarahan kepada MCA hingga menimbulkan ketegangan agama dan kacau bilau?

Jika itu berlaku, maka Mageran boleh d isytiharkan dan pilihanraya d batalkan - atas faktor keselamatan awam.

Perlu d ingati, BN dalam keadaan tertekan dan banyak lapuran menyatakan BN bakal jatuh, seperti juga rejim Mubarak dan Gadaffi.

BN perlukan talian hayat.

Masih ingat Operasi Lalang? Siapa yang mulakan? Siapa yang mengapi-apikan ketegangan kaum ketika itu? Dan kenapa pula pemimpin PAS dan DAP turut d ISA kan?

Pakatan Rakyat inginkan Malaysia yang lebih baik. Yang hormat perbezaan pandangan, bukan menyerang membuta tuli dan mengapi-apikan serta mempertajamkan perbezaan majmuk negara.

Saya harap rakyat Malaysia matang melihat apa yang sedang d sajikan hari ini.

Dan saya harap juga telahan saya tentang grand design ini tidak benar. Kerana sebenarnya MCA hanya jadi menurut tok gurunya, UMNO yang memulakan serangan dan melekehkan hukum ALLAH seperti d bawah.


1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran.Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor

4. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa. 

5. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.

6. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
7. “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.” - Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah. 

8. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat” - Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.

Sumber :  Abdul Rahman Abdul Talib
               21/10/2012

Dari kenyataan2 pemimpin MCA, bolehlah kita seneraikan beberapa penghinaan Islam yang dilakukan MCA dalam dua tiga hari ini:
1.0 Hukum hudud/syariah akan menyebabkan 1.2 juta rakyat Malaysia kehilangan kerja
2.0 Perjalan hukum hudud/syariah akan membawa Malaysia ke zaman kegelapan (Dark Ages)
3.0 Penghinaan kepada hukum menutup aurat
4.0 Penghinaan terhadap hudud dilakukan oleh seorang pelakon porno
5.0 Penghinaan terhadap ulama Islam oleh seorang pelakon porno
Keseluruhan organisasi UMNO berdiam diri apabila hukum Allah SWT dimomokkan serta dipermainkan oleh rakan rapat UMNO ini.
Sepertinya UMNO sudah mengetahui MCA akan menyerang hukum Islam seperti ini dan redha dengan penghinaan2 ini.
Kalau dilihat rekod pemimpin2 UMNO sendiri sebelum ini pun apa kurangnya? Pemimpin2 UMNO sendiri pun cukup mudah mempersenda hukum Allah SWT.
Kalau ahli2 UMNO terus menerus menyokong UMNO dan BN selepas ini, eloklah mereka berhenti mengaku Islam.
TULANG BESI

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi