Memang ada buku kejayaan tokoh di Malaysia seperti Tun Mahathir, Tony Fernandes si pemilik Air Asia. Tetapi impian itu terlampau pula besarnya. Memang menarik kisah mereka cuma ianya mungkin terlalu besar untuk saya. Jadi dengan membaca buku ini yang berjaya dicapai beberapa hari lalu, membuka satu perspektif minda. Kisah mengenai Exabytes
.
Exabytes? Pernah dengar? Ia sebenarnya sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan hosting untuk Malaysia khususnya. Ianya diasaskan oleh seorang yang berumur 19 tahun ketika ianya bermula. ‘Zerobytes to Exabytes’ merupakan sebuah buku yang berkisahkan mengenai seorang remaja 19 tahun yang keluar daripada sekolah dan seterusnya membangunkan sebuah syarikat yang bernilai jutaan ringgit. Pergh! Tiada alasan.
Jalan cerita dalam buku ini disusun dengan baik. Memang seronok membacanya sehinggakan saya berjaya menghabiskannya dalam masa sehari sahaja. Buku yang diperolehi di Popular Sunway Pyramid ini berjaya dihabiskan sebelum tidur. Kisah perjalanan hidup jejaka yang bernama Chan Kee Siak. Inilah nama sebenar tuan punya syarikat ini.
Antara pengajaran utama yang diperolehi adalah:
Betapa pentingnya masa dalam perniagaan. Ketika itu Si Chan perlu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perniagaannya yang sedang membesar atau meneruskan pelajaran di kolej. Akhirnya keputusan dibuat, Si Chan telah berjanji dengan ibunya yang dia akan kembali bersekolah selepas setahun jika perniagaannya gagal.
Dalam perniagaan adalah penting mencari keunikkan. Si Chan sedar produknya adalah sama sahaja dengan syarikat hosting lain.Jadi beliau mencari keunikan dengan memberi servis khidmat support 24/7 jam sehari/seminggu. Memberi tumpuan lebih kepada permasalah teknikal.
Mewujudkan bilik untuk berseronok. Haha. Pelik pula bunyinya apabila diMelayukan. Erti kata mudah, beliau telah mengwujudkan sebuah bilik di mana pekerja lain dapat berehat dan meredakan tekanan. Di bilik tersebut biasanya ikatan hubungan yang mendalam dalam dibina tanpa disedari.
Selain itu, si Chan ini merupakan seorang yang tersangat positif. Tiada istilah mustahil dalam kamusnya. Baginya keyakinan diri adalah punca utama kepada sesuatu kejayaan. Dan perkara ini penting, Bos yang berkeyakinan akan membuatkan pekerjanya turut berkeyakinan.
Hoho dan banyak lagi. Kalau hendak tahu lebih lagi, bolehlah dapatkan di kedai buku berhampiran. Ketika saya mendapatkan buku ini, ianya berharga RM38.90. Dengan kad ahli popular yang ada, dapatlah diskaun lagi 10%. Sangat disyorkan unutk orang Malaysia yang ingin menjadi berjaya dan mendapatkan sumber inspirasi.
Salam inspirasi!
TERTEKAN & SDH BOSAN DGN `TRAFFIC-JEM`,`PUNCH-CARD(9PG-5PTG),`POLITIK PJBT`,BLA-BLA-BLA@HUHUHU@HIDUP INI TERLALU SINGKAT dan BEGITU BERHARGA UTK DISIA-SIAKAN BEGITU SHJ@KINI TDK LGI@ANDA MAMPU MENGUBAHNYA KERANA PILIHAN DITGN ANDA:-http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=11473
ReplyDelete