dah lama kahwin tapi tak ada cahaya mata. Si suami teramat lah *kedekut*,
bukan setakat taik idung masin, Taik mata pun masin gak.. Salah satu
aktiviti tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.
Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah
mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. ****
'Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?' tanya si suami
'Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan' jawab pilot tu.
'Uuiishh..mahalnya,tak jadi la saya nak naik' jawab si suami lalu menarik
tangan isterinya berlalu dari situ.
'Alaa... abang ni, RM50 pun nak berkira, Setahun sekali je bang, dah lama
saya nak naik pesawat cam tu' rayu si isteri dengan nada manja dengan
harapan si suami akan ubah fikiran.
'Jgn nak ngada-ada, RM50 tu banyak benda lain kita boleh beli'****
Kecewalah si isteri atas sifat kedekut suaminya. Bukannya tak mampu,dlm
bank melambak lagi duit dia. Tahun kedua,mereka pergi lagi. Si isteri
sekali lagi memujuk Suaminya untuk menaiki pesawat tu. Berjumpa lah mereka
dengan pilot tu, pilot yg sama tahun lepas. Tapi kali ni, bayaranya dah
jadi RM80...
Apa lagi sekali lagi kecewa lah si isteri tadi.****
Tahun ketiga, mereka pergi lagi... Si isteri tadi awal2 lagi dah pujuk si
suami untuk menaiki pesawat ringan tu.
'Baiklah, kalau bayaranya kurang dr RM30, kita naiklah'kata suami yang
membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan
meningkat lagi tahun ni. Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas
dan jumpa ngan pilot yang sama juga.
Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami
menarik tangan istrinya berlalu dari situ. Si pilot tadi yang kesiankan si
isteri
yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka
semula.****
'Encik, berapa yang encik sanggup bayar?'
'Aku cuma nak bayar bawah RM30 ajer' jawab si suami.
Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi
'Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn
satu syarat'****
Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer
'tapi apa syaratnya'
'semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara
pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran lebih RM10 bagi setiap
perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik' jawab pilot tadi
sambil tersenyum.****
'Baiklah saya setuju' jawab si suami dengan yakin bolehnya.****
Maka, naiklah mereka akan pesawat tu... Pilot tadi pun ada niat lain
sebenarnya. dia nak ajar si suami yang
kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya.
Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sebab suami isteri yang duduk kat
belakang dia tak menjerit pun.
Dia ****cuba**** lagi buat aksi-aksi yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu,
tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun
mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.
Bila dah mendarat, Cuma si suami yang turun dari pesawat tu.****
'Ehh? mana isteri encik?'tanya pilot tu terkejut.
'Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi'
'Hahh apasal tak cakap'
'Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak' jwb si suami****
Sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...
Moralnyer..: Carilah suami yang mengasihi isterinya****
0 ulasan:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi