Friday, October 5

Jam Loceng

Terjadi pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang berselisihan faham dan tidak bertegur sapa. Si Suami ini hendak bangun pagi pada keesokkan harinya. Tetapi tidak tahu bagaimana hendak memberi tahu kepada Si Isteri supaya dapat kejutkannya pada hari esok. Akhirnya Si Suami mendapat satu idea yang bernas!. Dia menulis satu nota ringkas kepada isterinya yang berbunyi;

"KEJUTKAN ABANG!!

PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya Si Suami ini terlewat bangun. Dia hendak marahpun ada, hendak ketawa pun ada dekat isterinya.

Hendak tahu kenapa? Si Suami ini terjumpa satu nota;

"BANG!! BANG!! BANGUN BANG!

DAH PUKUL 6.30 PAGI!"

                           

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi