Di pagi ini, ingin kongsikan satu kisah yang menarik untuk tatapan anda semua. Semoga sumber bacaan yang tidak seberapa ini akan membuatkan kita merenung sejenak siapakah diri kita yang sebenarnya dengan lebih mendalam lagi.
Moga-moga saki baki kehidupan ini akan kita pergunakan ia dengan sebaik yang mungkin. Amin Ya Rabal Alamin.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Setiap hari akan turun malaikat ke bumi ini pada lima tempat iaitu Makkah, Madinah, Baitul Maqadis, perkuburan orang-orang muslim dan majlis kaum muslimin,”
Kata Malaikat yang turun ke Mekkah, “Ingatlah! sesiapa yang meninggalkan kewajipannya terhadap Allah, sesungguhnya ia akan terlepas dari RahmatNYA.”
“Kata Malaikat yang turun dari Madinah. Ingatlah! Sesiapa yang meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w., sesungguhnya mereka akan terlepas dari syafaatnya di akhirat kelak,”
"Kata Malaikat yang turun dari Baitulmaqdis. Ingatlah! Sesiapa yang memakan harta yang haram, sesungguhnya amalan yang dikerjakannya tidak akan diterima,”
Kata Malaikat yang turun di masjid orang muslimin, “Wahai orang yang beriman! bertenanglah kamu semua, sesungguhnya Allahlah yang akan memberi balasan. Akan sesiapa yang takutkan akan hukuman Allah maka hendaklah ia segera memperbaiki dirinya dan bertaubat keatas segala dosa-dosanya.
Kalaulah tidak ada orang-orang yang kusyuk, bayi-bayi yang masih menyusukan ibunya, binatang peliharaan serta orang-orang tua yang bersembahyang, nescaya telah ditimpakan ke atas kamu seksa yang pedih,”
0 ulasan:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi