Monday, October 15

Memandu sambil lewa langgar mati pekerja jalan

SUNGAI PETANI: Kamal, Nizam... lari. Itu perkataan terakhir yang sempat saya jerit sebelum tergamam melihat dua rakan sekerja melekat di depan sebuah Perodua Viva akibat dirempuh, kata Shahril Md Saad, 35, apabila melihat rakannya, Kamal Said, 36, dan Azrolnizam Alias, 27, menemui ajal selepas dirempuh kereta berkenaan ketika melakukan kerja membaiki jalan di Jalan Lencongan Barat dekat Sungai Layar, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 6 petang ketika kedua-dua mangsa bersama tiga rakan lain melakukan tugas menampal lubang di jalan berkenaan sebelum Perodua Viva dari arah Laguna Merbok itu merempuh mereka.

Akibat rempuhan itu, Kamal dan Azrolnizam yang masing-masing sudah bekerja dengan syarikat penyelenggaraan jalan itu sejak dua tahun lalu dan beberapa bulan lalu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dikatakan melekat di depan kereta dan diseret manakala mesin penebat tar melambung lalu terkena cermin depan kereta itu sebelum pemandunya memberhentikan kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.


Shahril berkata, kejadian berlaku ketika mereka bertiga berada di tengah jalan dengan dia bertugas mengawal lalu lintas manakala Kamal menanda jalan berlubang dan Azrolnizam pula membawa tar dan mesin penebat sementara dua lagi rakan berada di tepi jalan bersama lori.





p/s: Aku dengar orang cakap driver kereta tue sedang menjawab message h/p.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi