Thursday, November 1

Khalifah Uthman Bin Affan... saudagar yang berkorban

Sepuluh orang kesemua sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang telah dijanjikan dengan ganjaran syurga, atas jasa dan pengorbanan mereka dalam berdakwah mempertahankan ajaran Islam. Salah seorang daripada sepuluh orang itu, adalah Saidina Uthman Bin Affan, atau turut digelar sebagai Zu al-Nurain kerana beliau telah memperisterikan dua orang anak perempuan Nabi Muhammad iaitu Ruqayah dan kemudiannya Ummi Kalsum.

Saidina Uthman r.a dilahirkan pada tahun 576 Masihi dan berasal daripada Bani Umaiyah. Baik sebelum memeluk Islam, mahupun selepas memeluk Islam, beliau merupakan satu-satunya tokoh saudagar paling berjaya. Dialah sahabat Rasul yang paling banyak mengorbankan harta bendanya demi menegakkan perjuangan Islam.

Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang disebabkan kaum Musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum Muslimin, Saidina Uthman adalah yang termasuk golongan mereka yang turut melakukan hijrah ke Abyssinia. Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaan yang ditinggalkannya, kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama Allah.

Antara pertolongan yang paling hebat disumbangkan oleh Saidina Uthman adalah ketika, Nabi mendapat berita bahawa Rom merancang untuk memusnahkan Negara Islam yang baru muncul. Kaum Muslimin seterusnya, melengkapkan diri mereka dengan persiapan perang. Tetapi persediaan menjadi sukar kerana pada tahun itu, kaum Muslimin kekurangan sumber tanaman, dan mereka sedang menghadapi musim panas yang sangat terik....

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi