Thursday, November 29

Tiada kompromi jika bocor rahsia kerajaan?

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak-ansur dan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau mengingatkan sebarang perlanggaran termasuk ketidakpatuhan, kecuaian dan kelalaian penjawat awam sehingga berlaku kebocoran rahsia rasmi kerajaan akan dikenakan tindakan tegas.

Sebarang undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur mesti dipatuhi bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan, sekali gus mengancam keselamatan negara serta rakyat.

Kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan membawa mudarat kepada kerajaan jika tidak diberi perhatian sewajarnya. Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan perlu lebih tegas memberi teguran dan amaran.

Tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) hendaklah diambil. Beliau berkata ketika perasmian Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2012 baru-baru ini.

Melihat kepada senario ini, satu pendekatan harus dilakukan bagi menangani permasalahan ini. Kepentingan amanah terutama dalam menjaga kerahsiaan harus diterapkan dalam diri setiap pegawai pada hari pertama mereka berkhidmat.

Mereka juga harus ditanam dengan sifat menyayangi organisasi dan tidak suka mendedahkan serta menyebarkan apa yang berlaku di dalam organisasi kepada apihak luar.

Dalam konteks kerajaan, rahsia kerajaan adalah aset kerajaan. Begitu juga dengan rahsia organisasi adalah aset organisasi tersebut. Tindakan mendedahkan atau membocorkan rahsia organisasi adalah tindakan yang amat tidak wajar.

Sebagai seorang warga negara Malaysia, setiap orang harus bersama menghayati prinsip integriti, akauntabiliti, jujur, amanah, telus dengan penuh rasa tanggungjawab.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi