Thursday, December 27

Badan yang sihat menjana minda yang sihat

Tips Kekal Sihat | Tips Menjaga Kesihatan |

Jadi hari ini terdetik di hati untuk berkongsi tips-tips mudah yang boleh diamalkan untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terpelihara.

Antara tips-tips mudah yang boleh di amalkan dan terbukti keberkesanannya adalah :-

1) Mandi Pagi : Cuba mandi sebelum matahari naik. Kebaikan mandi pagi ini adalah untuk menyegarkan badan dan mengurangkan lemak yang terkumpul di dalam badan.

2) Minum Segelas Air Suam : Amalkan meminum segelas air suam setiap pagi sebelum bersarapan untuk membersihkan segala toksin di dalam badan kita. Ia juga dikatakan boleh menjauhkan kita dari terkena penyakit.

3) Sarapan : Wajib bersarapan pagi walau sesibuk mana sekalipun sebagai menjana tenaga namun pastikan kita makan makanan yang berserat tinggi untuk sarapan setiap pagi.

4) Minuman : Elakkan mengambil minuman yang berkafein seperti kopi sebaliknya amalkan minum jus segar dan juga air suam sepanjang hari. Pastikan minum air yang secukupnya agar badan sentiasa segar. Malah air juga melancarkan sistem pencernaan kita.

4) Makanan : Pastikan kita tidak skip 3 waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ketiga-tiga waktu makan ini sangat penting untuk membantu memberi tenaga pada badan kita.

5) Jenis Makanan : Sekiranya boleh, elakkan memakan lauk yang mengandungi makanan darat dan makakan laut serentak kerana menurut kajian, makanan darat mempunyai ion

 (+) manakala makanan laut mempunyai ion
 (-). Gabungan dua ion ini dalam satu masa boleh merosakkan usus kita.

6) Bersenam : Pastikan kita bersenam setiap hari walaupun hanya sekadar berjoging atau berjalan kaki. Senaman ini penting untuk mengeluarkan peluh dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

7) Tidur : Pastikan kita mendapat tidur yang mencukupi setiap hari. Kalau boleh cuba kekalkan waktu tidur yang sama setiap hari. Kekurangan tidur boleh mengakibatkan seseorang itu cepat letih dan lesu.

8) Pemakanan Yang Sihat : Pastikan korang mengamalkan cara pemakanan yang sihat



Badan yang sihat menjana minda yang sihat. Kecergasan fizikal seseorang boleh dinilai berdasarkan beberapa kaedah pengukuran tertentu. Mari menjaga kesihatan dengan sempurna, supaya minda kita juga sihat sempurna.



Harga Pasaran: RM14.00

Harga Pakej (diskaun 50%): RM7.00



0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi