Monday, December 17

Cabul Budak Atas Sejadah

Cabul Budak Atas Sejadah - DUBAI: Seorang lelaki 22 tahun didapati bersalah mencabul seorang budak perempuan berusia enam tahun ketika mengajarnya bagaimana untuk sembahyang.
Lelaki warga India, A B itu yang dijatuhkan hukuman penjara lima tahun akibat tindakannya menanggalkan pakaian budak warga India itu di sejadah yang dibentang di bilik rumahnya.
Hakim Al Saeed Mohammad Barghout berkata, A B akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman.
Pendakwaraya berkata, bapa mangsa berusia 43 tahun meminta bantuan A B untuk mengajar mangsa dan juga kakaknya berusia tujuh tahun dan abangnya pendidikan agama dan juga membaca Al-Quran.
A B tidak mengaku salah terhadap dakwaan itu. Bagaimanapun, doktor forensik mengesahkan mangsa dicabul ketika masih berpakaian.
Hukuman itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan andai rayuan A B ditolak dalam tempoh 15 hari.
Menurut dakwaan, pendakwaraya mendakwa A B kerap melawat kediaman mangsa untuk mengajar hal ehwal agama dan juga membaca Al-Quran.
Bapa mangsa menyatakan, isterinya mendakwa A B mencabul anak mereka di tikar sejadah.
“Anak saya yang ketakutan memaklumkan ustaznya melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya.
“Beliau mendakwa dicabul guru agama itu. Beliau menunjukkan seluarnya yang kusut akibat tindakan guru agama itu.
“A B memintanya meniarap di tikar sejadah dan kemudian menanggalkan sebahagian daripada pakaiannya dan mencabulnya,” kata ibu mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah.
Bapa mangsa pula berkata, beliau bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Saya pulang sebaik sahaja dihubungi isteri saya. Agak pelik kerana A B sudah pulang meskipun tempoh mengajar selama 30 minit antara Maghrib dan Isyak belum berakhir.
“Pada masa sama, isteri saya kelihatan panik dan anak saya kemudian menceritakan apa yang dilakukan A B terhadapnya,” katanya.
Rekod menunjukkan polis Dubai menahan suspek tidak lama selepas itu.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi