Monday, December 31

Jika kematian Raja Abdullah betul berlaku, kehadiran Imam Mahdi semakin dekat



Raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdulaziz, secara klinikal telah mati melalui laporan Al-Sharq il-Awsat. Kematian otaknya dilaporkan berlaku selepas melalui pembedahan yang rumit pada 17 November  lalu di King Abdulaziz Medical City Riyadh dan menurut laporan medis itu, pembantu raja mendakwa dia berada dalam kesihatan yang baik. Walau bagaimanapun, sumber perubatan memberitahu media keadaan raja "dijangka berubah tidak lama lagi."

Menurut Pengarah Institusi Kajian Politik dan syariat Islam, Fauzan Al Anshari melihat fenomena sekarang ini sebagai petanda akhir zaman. Fauzan menjelaskan akan terjadi perebutan kuasa oleh tiga ahli keluarga waris raja yang mengakibatkan pertumpahan darah di Mina hingga melibatkan jemaah haji menjadi korban.

"Lalu 7 ulama dari berbagai pelosok Dunia yang tidak saling mengenali membaiat Imam Mahdi untuk memimpin jihad membebaskan Jazirah Arab hingga ke Al aqsha," 

Penulis buku 'Proses Berakhirnya Dunia' menilai tanda akhir zaman yang lain juga muncul di Syiria dengan kehadiran Jabhah Nushrah yang diakui semua kelompok mujahidin sebagai mujahidin paling cemerlang yang menentang rezim zalim Bashar al-Assad.



"NIC (National Intellegence Council) AS mengatakan bahawa Khilafah akan muncul pada 2020 manakal George Soros mengatakan Zionis akan lenyap dari muka bumi pada tahun 2022," katanya lagi.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi