Monday, December 17

Sejarah pembinaan Jambatan Pulau Pinang

Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.






Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 k


Tarik-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate

Tahun 1982 - Pembinaan bermula

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang


Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.


0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi