Monday, December 31

Subhanallah, kanak-kanak ini telah mengislamkan beribu orang



Sharifuddin Khalifa seorang kanak-kanak luar biasa. Dia dilahirkan di Tanzania, Afrika Timur pada Disember 1993 itu berasal dari keluarga Katholik. Namun, pada usia 1.5 tahun, Khalifa sudah hafal 30 juz Al-Quran dan solat lima kali sehari.

Subhanallah, dia mampu menghafal Al-Quran tanpa ada orang yang mengajarnya. Pada awalnya, kedua-dua orang tua Khalifa merasakan anaknya dikuasai syaitan. Namun, jirannya yang Muslim memahami apa yang diucapkan kanak-kanak. Akhirnya, kedua-dua orang tuanya menyedari bahawa anaknya adalah tanda kebesaran Allah. Kedua-dua orang tuanya pun memeluk Islam.

Meski berbahasa ibunda Swahili, Khalifa mampu bercakap dan berpidato dalam bahasa Arab, Inggeris, Perancis, dan Itali tanpa mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Pada usia empat hingga lima tahun, dia sudah mengelilingi Afrika dan Eropah untuk berceramah dan mengajar. Berkat dakwaahnya, beribu-ribu orang memeluk Islam. Di Kenya, Afrika sebanyak 1000 orang berduyun-duyun bersyahadat setelah mendengar ceramahnya.

- terjemahan dari republika.co.id

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi