Thursday, January 3

Kecantikan bukanlah segala-galanya


kajian pernah dibuat ke atas ramai respondent tentang apakah kriteria yang dilihat oleh lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan. majoriti lelaki memilih kecantikan sebagai kriteria pertama dan majoriti wanita memilih kewangan/harta sebagai kriteria utama. kajian ini adalah kajian di amerika dan saya andaikan inilah kriteria yang diambil oleh kebanyakkan org di dunia.

di sini saya ingin fokuskan kepada kecantikan. kecantikan memang satu kebahagiaan bagi lelaki. semakin cantik seseoranag itu, semakin dia mendekati nilai kewanitaan dari segi kaca mata kasar. keinginan lelaki kepada kecantikan bukan satu perkara baru. ia adalah nafsu yang sudah bertapak sejak zaman pembunuhan qabil terhadap habil lagi kerana dengki melihat saudaranya mendapat pasangan yang cantik.

saya teringat satu filem bersiri dr house memilih dr cameron sebagai pembantunya. dr cameron merasa tercabar kerana dr house memilihnya untuk berkerja dengannya kerana kecantikannya dan bukan kerana kepandaiannya. bila ditanya oleh dr cameron, dr house menjawab "saya memilih awak sebab memilih awak adalah seperti meletakkan patung hiasan di ruang legar".

sepertimana tidak wujudnya cinta sejati, begitulah juga tidak wujudnya kecantikan sejati. saya maksudkan dengan kecantikan sejati ialah kecantikan yang apabila diperolehi, kita puas dengannya dan tidak akan ada yang lebih cantik dari itu. 'kecantikan sejati' tidak wujud. gelaran wanita tercantik di dunia adalah satu tahyol. sesiapa yang menburu kecantikan sejati samalah seperti mengejar fatamorgana. sungguh kasihan, dia merasakan dengan mendapat wanita yang lebih cantik akan memuaskan hatinya tetapi sebaliknya dia akan menjadi seperti seorang yang sentiasa lapar walaupun makan apa sahaja. jiwa tidak tenteram dan sentiasa tercari-cari kecantikan yang boleh memuaskan hati buat selama-lamanya. melompat dari satu wanita ke wanita yang lain mencari-cari kepuasan diri yang tak kunjung tiba.

realitinya kecantikan wanita tidak akan berkesudahan. setiap hari kita akan sentiasa berjumpa dengan wanita cantik yang berlainan dan nafsu akan sentiasa tertarik. persoalannya dimanakah sudahnya pencarian ini? seperti kawan saya pernah berkata "ibu-ibu melahirkan perempuan cantik setiap hari, dimanakah sudahnya?".

jika inilah kriteria utama yang dijadikan kayu ukur untk memilih pasangan, ia akan mendatangkan masalah kepada kita atas beberapa faktor:

1. perempuan yang terlalu cantik akan menarik terlalu ramai lelaki. ia dari satu segi akan menyusahkan kita sebagai pasangan hidupnya. seperti kata pepatah "barangsiapa yang berkahwin dengan wanita cantik, maka sebenarnya dia berkahwin dengan masalah".

2. sebenarnya kecantikan bukanlah segala-galanya yang menjamin kebahagiaan. kecantikan tanpa agama adalah tanggungan dosa. kecantikan tanpa akhlak adalah neraka. kecantikan tanpa ilmu adalah kemunduran.

sebab itulah rasulullah pernah bersabda "wanita yang berkulit hitam dan koyak telinganya adalah lebih afdhal dikahwini jika dia beragama".

saya tidak sekali-kali menafikan kecantikan sebagai salah satu dari faktor kebahagiaan.ia adalah satu faktor yang tidak boleh dinafikan. menurut imam ghazali, kecantikan diletakkan dalam keutamaan ke 3 selepas agama dan akhlak.

jangan ditolak faktor kecantikan dalam memilih pasangan. itu adalah orang yang cuba menafikan fitrah. sesiapa yang cuba menafikan fitrah, dia akan mengundang masalah dalam hidupnya. cuma pada pendapat saya berpada-padalah dalam memilih kecantikan sebagai faktor memilih pasangan. jangan cuba mendidik diri kita untuk terlampau dalam memilih kecantikan, kelak akan menyusahkan diri sendiri.
Comments
1 Comments

1 ulasan:

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi