Sunday, September 23

Perbezaan MLM Dan Affiliate

Mungkin anda semua sedia maklum mengenai konsep MLM iaitu konsep perniagaan berbilang tingkat dengan memasarkan dan menjual produk syarikat MLM tersebut. Tidak perlu saya sebut perniagaan MLM yang ada di Malaysia, beribu-ribu syarikat yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan kepada ahli-ahli MLM.

Sejarah saya di MLM suatu ketika dahulu di mana saya menjadi ahli MLM di sebuah syarikat memasarkan produk aromatherapy dan kosmetik, saya dilatih menjadi ahli MLM dengan menghadiri setiap kelas yang diadakan setiap minggu. Dari situ saya pelajari pelbagai teknikapproach prospek, teknik penjualan, memahami sistem marketing MLM dan sebagainya.

Walaupun syarikat berikan pelbagai ilmu berkenaan MLM, tetapi masih ada yang tidak dapat hasilkan pendapatan yang lumayan. Mungkin mereka tidak pandai melakukan teknik perniagaan MLM, tidak pandai berkata-kata ayat-ayat manis untuk approach prospek join bisnes MLM mereka. Bahkan, mereka banyak kehabisan wang membawa prospek ke syarikat untuk mengikuti setiap function mingguan syarikat MLM tersebut. Begitu susah sekali mereka melakukan perniagaan MLM hinggakan kawan-kawannya anggap mereka adalah mat “MLM”, ajak orang buat duit, sampai kawan-kawan melarikan diri jika diajak minum-minum di kedai dan sebagainya.
;-)


Walaupun begitu sukar, masih ramai yang melakukan perniagaan MLM sehinggalah ke hari ini dan sudah ramai yang berjaya. Tetapi, dengan adanya platform INTERNET, konsep affiliate telah berkembang dari setahun ke setahun, semakin ramai yang telah mengubah dari platform MLM (konsep offline) suatu ketika dahulu ke platform affiliate (konsep online). Di mana pada hari ini, semakin ramai menggunakan platform internet untuk memasarkan produk mereka khususnya menggunakan konsep affiliate.

Konsep affiliate ini di mana penjual produk menawarkan komisen kepada affiliator yang memasarkan produk penjual tersebut. Peratus komisen akan dibayar berdasarkan tetapan peratus komisen dari penjual kepada affiliator tidak kira produk fizikal atau digital.


Konsep affiliate ini di mana penjual produk menawarkan komisen kepada affiliator yang memasarkan produk penjual tersebut. Peratus komisen akan dibayar berdasarkan tetapan peratus komisen dari penjual kepada affiliator tidak kira produk fizikal atau digital.


Contohnya saya memasarkan produk TEKNIK FB, saya telah memasang sistem affiliate di mana sesiapa sahaja boleh mempromosi produk tersebut mereka melakukan pendaftaran sistem affiliate saya. Komisen affiliator saya sudah tetapkan seperti yang telah tertera di halaman affiliate produk tersebut.





Konsep affiliate ini bagi saya begitu SMART and low maintenance di mana saya tidak perlu bersusah payah melakukan promosi produk saya, jumpa prospek, keluar ayat manis dan sebagainya. Anda yang “kosong” mengenai MLM pun boleh melakukan konsep affiliate, tidak perlu mahir berkata-kata, hanya promosikan produk penjual di platform INTERNET, biarkan sahaja “sales letter” ataupun “laporan percuma” berkata-berkata kepada prospek anda tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan keringat, tenaga untuk menerangkan kepada pembeli tentang isi perut produk tersebut.

Dengan adanya affiliate anda hanya perlu peruntukan 2 hingga 3 jam sehari melakukan promosi, duduk di kerusi empuk anda di depan PC sambil menikmati minuman kegemaran anda. Anda tidak perlu bersusah payah berpanas, berhujan, keluar rumah mencari prospek dan sebagainya, biarkan INTERNET menjalankan tugasnya 24 jam sehari, 7 hari seminggu memasarkan produk anda. Anda hanya membuat semakan akaun bank anda, promosi dan jualan mencurah-curah!!

Secara kesimpulannya, saya anggap konsep affiliate adalah konsep yang amat tepat dan paling mudah sekali pada masa kini berbanding menggunakan konsep MLM seperti dahulu. Sebenarnya konsep affliate ini sudah lama di jalankan oleh syarikat-syarikat di luar negara seperti Commission Junction (Produk Fizikal), Pay per sign Up, Click Bank (Produk Digital), Amazon dan sebagainya. Mereka dengan mudah sekali meraih pendapatan kerana terdapat beribu-ribu affiliator yang memasarkan produk syarikat menggunakan konsep affiliate. Semakin ramai yang mendapat status jutawan dengan adanya sistem affiliate ini.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi