Sunday, September 23

Produk Fizikal VS Produk Digital




Berdasarkan tajuk artikel, sudah tentulah ia berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Sebabnya, ada ke orang jual produk digital secara offline? Mungkin ada, tapi sangat jarang untuk kita menjumpainya.

Baiklah, dalam artikel kali ini kita akan berbicara mengenai kelebihan dan kekurangan penjualan produk fizikal dan digital di internet. Ini adalah pendapat saya sendiri dan mungkin anda mempunyai pendapat yang boleh diutarakan di ruangan comment. 


Kelebihan Produk Fizikal

Untuk berbicara mengenai kelebihan dalam penjualan produk fizikal, ia terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang membuat jualan ulangan bagi produk yang sama (repeat sale) ataupun hanya dengan sekali jualan sahaja. Potensi penjualan produk yang mampu memberikan repeat sale sangatlah lumayan kerana anda tidak perlu pening untuk mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan yang telah sedia ada akan membuat pembelian ulangan dari anda sekiranya produk yang digunakan telah habis. Sungguhpun begitu, jika anda menjual produk yang turut dijual oleh orang lain, anda mesti memastikan yang mereka akan membuat jualan ulangan dari anda, bukan dari orang lain.


Kelebihan Produk Digital

Ini adalah produk yang sangat mudah dijual dan mempunyai margin keuntungan yang paling tinggi iaitu 100%. Jika anda menjual produk fizikal, katakan modal anda RM100 dan menjualnya dengan harga RM140, margin keuntungan anda baru sahaja 40%. Tapi jika anda menjual produk digital, anda hanya perlu peruntukan masa dan sedikit kos sahaja untuk hasilkannya. Kemudian anda boleh menjualnya tanpa had sampai bila-bila. Jika anda menjualnya dengan harga RM100, itu adalah keuntungan BERSIH! Anda juga tidak perlu untuk menyimpan stock dan menyusahkan diri untuk ulang alik ke pejabat pos untuk membuat penghantaran produk.

Kekurangan Produk Digital

Sekiranya anda menjual produk seperti ebook ataupun software, sudah pasti tidak akan berlaku jualan ulangan bagi produk yang sama. Takkan orang nak beli banyak kali pula kan. Tapi ini berbeza dengan anda membuat produk yang memerlukan ‘subscription fee’ iaitu langganan berbayar. Kalau anda berniat untuk melakukan cara ini dalam market Malaysia, baik lupakan sahaja. Bukan hendak menghina, tapi kalau rakyat Malaysia ini ditawarkan dengan sesuatu yang melibatkan langganan berbayar pasti ia sangat sukar diambil bahagian.

Ini sangat berbeza dengan orang lain di luar negara, mereka sanggup membayar walau harga berapapun asalkan mereka dapat apa yang mereka nak. Sebagai contoh laman web yang membuat ruangan untuk mendownload. Pada pasaran antarabangsa bersepah-sepah. Tapi kalau dalam Malaysia?

Saya telah kemukakan beberapa pro dan contra. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan anda gambaran jenis produk yang akan anda pilih untuk menjalankan perniagaan di internet. Semoga berjaya!

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi