Thursday, October 18

Indonesia Negara Kristian Tahun 2035?


Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.Namun,apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.Secara purata,seorang rakyat Indonesia terutamanya daripada golongan remaja akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.Bayangkan jika kadar itu terus meningkat,sudah tentu pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang liberal.Selain itu,golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.

Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.Disebabkan oleh kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu,Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’.Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission,mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.Kempen ini sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.



Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat,namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad(seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda,yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.Selain itu,badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.

Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini,ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.Namun,apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen,jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.

sumber:kelakar@yahoogroup.com


Comments
2 Comments

2 ulasan:

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi