Tak kiralah blog itu berdomain percuma ataupun berbayar. Ramai yang berlumba-lumba nak jadi blogger.
Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?
Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.
Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?
Kod etika blogger.
1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
2. Tidak memplagiat hasil tulisan.
3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Sumber kod etika: Utusan Malaysia Online
p/s: Agak-agaknya, adakah kita dah mematuhi standard menjadi seorang blogger yang beretika. Heh.
wahhh...nice tips. akan zie praktikkan utk mengasah skill blogging zie...hehe
ReplyDelete