Satu teknik yang anda boleh gunakan untuk menambah pelanggan anda adalah dengan menciptakan satu komuniti berdasarkan industri anda melalui Facebook. Buka satu akaun Facebook Page melalui Fun Pages dan mulakan komuniti anda. Pilih nama yang sesuai berdasarkan perniagaan anda.
Komuniti yang baik akan menyampaikan berita-berita terkini dan juga maklumat-maklumat menarik mengenai industri anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda menjual tudung (offline atau online), bina satu komuniti yang berkongsikan tip-tip fesyen muslimah, gambar-gambar fesyen tudung terkini, maklmat dan fakta menarik mengenai fesyen dan sebagainya.
Mereka yang berminat dengan fesyen, akan "Like" page anda dan sering berinteraksi dan berhubung di page Facebook anda.
Apa yang akan terjadi adalah, anda mengumpul prospek-prospek terbaik anda iaitu, mereka yang minat dengan fesyen muslimah di ruang Facebook anda. Dan setiap hari, mereka akan menerima feed/berita dari anda - termasuk promosi-promosi perniagaan anda.
Terdapat pelbagai lagi teknik menambahkan pelanggan untuk apa sahaja perniagaan melalui Media Sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan banyak lagi. Tanggungjawab anda adalah untuk mengetahui dan pelajari teknik dan kaedah media sosial untuk mengubahkan Media Sosial menjadi Media Wang anda!
0 ulasan:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi