Monday, October 15

Pengalaman Menyaksikan Cina Memeluk Islam

Pengalaman menyaksikan seorang Cina memeluk Islam bersama Ustaz Zunaidin di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Ahad, 28 Oktober 2007, 3:44:46 PM. Anda boleh lihat akh Aliff ada di belakang tu.

Pada mulanya saudara baru ini hadir bersama seorang lelagi Cina muslim, seorang pakcik tua. Lihatlah bagaimana seorang yang baru memeluk Islam begitu gigih menarik rakannya yang belum Islam agar menerima Islam. Saya sempat bertanyanya, kenapa ingin memeluk Islam. Katanya, dirasakan semuanya mudah dengan Islam, tiada yang susah.

Disambung dengan tazkirah oleh Ustaz, bagaimana kita harus melakukan dakwah. Kadang-kadang mereka mahukan Islam, tapi kita tidak menyentuh mereka.

Ustaz menceritakan pengalamannya memandu uji kereta (test drive) di Selayang. Sambil test drive, dia berdakwah kepada salesman tersebut. Dia bertanya: “Siapa Tuhan kamu? Blehkah Tuhan kamu mencipta lalat?” Salesman tersebut tidak dapat menjawab. Sambungnya lagi, “Tuhan saya bukan setakat lalat, seluruh alam ini Dia yang cipta,”


Akhirnya Salesman Cina tersebut memeluk Islam

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi