Thursday, November 8

Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Bantu Palestin

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.

Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.


Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi