Tuesday, November 6

Londeh Style

Lelaki pulak dengan budaya seluar londehnya. Aku tak tahu la apa mesej yang cuba disampaikan oleh si pemakai seluar londeh ne? Nak tunjuk jenama boxer atau seluar dalam dia ke?

Nak kata keding pun tak juga sebab tali pinggang ada kat situ. Kepada yang suka pakai seluar londeh, gaya seluar londeh anda merupakan satu gaya yang menyakitkan mata.

Masalahnya boleh pulak mereka rasa bangga bila menampakkan seluar dalam mereka. Minda mereka ne semua dah terbalik. Hebat dalam pendidikan dan kerjaya tapi mundur dan kurang beradab dalam etika pemakaian.

Entah ke mana hilangnya rasa malu tu. Budaya barat ramai nak ikut. Sunnah nabi semua tolak ke tepi dengan alasan kolot. Mungkin pemakai seluar londeh ne diorang rasa stylo dengan berpakaian seperti itu.

Mungkin juga mereka berasa janggal bila berpakaian sopan seperti yang ditetapkan dalam Islam. Entah la. Kalau boyfriend anda berpakaian seperti ini, apa anda akan buat?

Fikirlah sendiri. Inilah dunia fesyen. Banyak yang negatif berbanding positifnya. Teguran kerana anda juga saudara sesama islam.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi