Tuesday, November 6

Punggung janda muda basah jugak akhirnya.(Cerpen Musim Banjir)

Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya
memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya
memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar
pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah
hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan
penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau
amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang
malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal
berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah
amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam
dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!
"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya
yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an
berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.
Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik
lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya
meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan."duduklah di sini" kata lelaki itu.
Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki
itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata
"Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana
tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!"

Jawab Imah "Yalah!!
Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni
nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi.
Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah
saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah ...
Comments
1 Comments

1 ulasan:

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi