Thursday, November 15

Nikmat Sesaat Mudarat Berpanjangan

Islam mengharamkan zina kerana beberapa sebab antaranya:-
Zina merupakan sebab langsung menularnya penyakit merbahaya seperti sifilis,AIDS, genorea, klamidia (chlamydia) dan sebagainya.

Zina juga boleh mengakibatkan rosaknya sesebuah rumahtangga sekiranya pasangan yang berzina itu salah seorang darinya telah melakukan hubungan seks takala bukan dengan pasangannya yang halal disisi agama islam. Kesannya akan menyebabkan anak-anak lebih bersosial pada dunia luar angkara ibu bapa mereka yang curang dalam perkahwinan yang dibina. Bukan itu sahaja malahan pendidikan anak-anak juga akan terjejas..terjunam teruk.

Zina merupakan bebanan yang menimpa diri penzina itu sendiri kerana hamilnya wanita yang tidak dinikahinya itu. Meskipun dia terpaksa mendidik dan mengasuh anak yang dilahirkan itu namun secara hukumnya itu bukanlah anaknya secara halal dari sisi agama islam.

Zina adalah satu hubungan kelamin sesat yang membawa mudarat yang berpanjangan dan perbuatan ini merupakan tabiat binatang yang tidak berakal sama-sekali.

Mengikut hukum Allah s.w.t. perlaku zina yang telah berkahwin namun ia telah melakukan zina pada orang lain hukumnya mereka akan direjam sehingga mati.



Manakala penzina yang belum berkahwin pula mereka akan dirotan sebanyak 100 kali sebatan. Jika seseorang penzina itu cuba lari dari hukum dunia, maka ia sama sekali tidak akan terlepas dari hukuman Allah s.w.t. yang amat dasyat di akhirat kelak.

Sedarkah anda semua bahawa ketegasan larangan zina menunjukkan kita bukan sahaja wajib menjauhi zina malah tanggungjawab menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menghampirkannya kepada zina termasuklah perkara-perkara yang boleh merangsangkan seks.

Wahai sahabatku sakalian jika anda diantara kita didalam kategori ini maka bersegeralah kembali bertaubat kepadanNYA selagi pintu
TAUBAT ITU TERBUKA LUAS DI HADAPAN MATA KITA. Sekiranya KITA TERLEWAT MAKA JAGANLAH SESEKALI SAHABATKU BAKAL MENYESALINYA DI AKHIRAT KELAK..

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi