Wednesday, November 21

Perang Twitter

Israel, Hamas saling berbalas mesej, muat naik video serangan

Baitulmaqdis: Perang kini memasuki era baru kerana jika sebelum ini istilah berkenaan hanya merujuk kepada penggunaan senjata tetapi sekarang ia bertukar menjadi ‘serangan’ di media sosial seperti Twitter.

Perkara yang sama turut berlaku di Asia Barat ketika Israel menggempur wilayah Gaza di Palestin.

Kedua-dua belah pihak memiliki akaun rasmi Twitter. Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memiliki akaun @IDFSpokeperson, manakala Palestin yang diwakili sayap tentera Hamas, Alqassam Brigades memiliki akaun @AlqassamBrigade.


Muat naik video

Kedua-dua akaun Twitter terbabit saling berperang dengan menyebut pihak musuh. IDF turut memuatkan sejumlah video serangan pesawat gempurnya ke Semenanjung Gaza termasuk serangan yang menewaskan komandan kanan Hamas, Ahmad Jaabari sebelum ini.

Sementara itu akaun milik Brigade Alqassam juga enggan mengaku kalah dengan membalas dan menyebut IDF dalam setiap tweet mereka yang berisi nada ancaman.

Masing-masing turut memuatkan pautan video YouTube yang menampilkan serangan yang dilakukan mereka.
Alqassam misalnya memuatkan video serangan Fajr 5 milik mereka ke Tel Aviv, Israel di halaman Youtube. Alqassam juga turut memuatkan video pesawat tanpa pemandu Israel yang ditembak jatuh Hamas.

Alat propaganda

Penggunaan media sosial seperti Twitter sebagai alat propaganda sendiri sebenarnya melanggar peraturan yang menentang kekerasan dan ancaman dalam media sosial.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dari firma Enders Analysis, Benedict Evans, perkara terbabit membuatkan Twitter dalam keadaan sulit. - Agensi

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi