Wednesday, January 2

Kehidupan di syurga kebebasan seks

Dikatakan islam adalah agama fitrah. Fitrah bermaksud mengikut undang-undang alam. Salah satu undang-undang alam ialah kepuasan seks. Tetapi islam nampaknya menghalang kepuasan seks dengan mengharamkan seks tanpa batasan. Adalah islam benar-benar agama fitrah?

Mengapa kita tidak hidup di dunia penuh kebebasan seks. Barat sudah menikmatinya. Bahkan ianya sudah menular ke negara timur. Seks tanpa sempadan. Kita boleh lakukan seks dengan siapa sahaja yang kita mahu, bila masa dan di mana saja. Perempuan boleh menunjukkan bentuk badan mereka dalam apa bentuk sekalipun, hatta seutas benang sahaja di badan tanpa cegahan undang-undang. Sungguh 'bebas'. Bukankah ini syurga namanya? Bukankah ini kepuasan nafsu yang kita mahukan? Bukankah ini tujuan kita diciptakan? Untuk kepuasan seks.

Sebenarnya kebebasan yang sama bukan sekadar diperoleh oleh barat, bahkan barat masih baru menikmatinya. Masyarakat jahiliah arab dan kaum purba lain sudah lama menikmati syurga seks, mengawan tanpa batas. Buktinya? Buktinya ialah sudah dicatatkan jenis-jenis cara hubungan seks jahiliyah sebelum Islam dalam pelbagai buku. Ianya tidak jauh beza dengan 'syurga' seks sekarang. Dan dalam satu hadith seorang pemuda yang pernah hidup di zaman jahiliyah datang berjumpa dengan Rasulullah dan ingin kebebasan untuk mengawan seperti mana di zaman jahiliyah dulu. Kebebasan untuk mengawan? Bukankah itu budaya yang baru dipromosikan oleh barat kepada orang Islam melalui filem-filem yang ditayangkan? Bukan. Ianya adalah budaya jahiliyah sebelum kedatangan cahaya Islam yg hanya diperkenalkan kembali oleh barat 'bertamadun'.

Apa jawapan Rasulullah kepada anak muda ini? Rasulullah memakinya? Memukulnya? Tidak. Mengapa tidak? Kerana seks bebas sudah menjadi budaya kaum jahiliah arab. Bukan macam kita anak muda Islam yang baru tersengeh-sengeh berkenalan dengan budaya mengawan secara bebas ini. Seks bebas adalah budaya turun temurun kaum jahiliah arab padang pasir. Bukan sekadar itu, ia adalah kenikmatan yang besar bagi lelaki. Kenikmatan untuk mengawan dengan mana-mana perempuan yang dikehendaki tanpa sebarang tanggung jawab. Bukankah ini bayangan syurga? Ini syurga bagi lelaki. Syurga terbesar. Kerana itu permintaan anak muda itu adalah sungguh logik dan betul.

Tapi apa jawpan Rasulullah? Lihat kebijaksanaan Rasulullah dgn menjawab 'adakah kamu suka org luar mengawan dgn ibumu? Dgn adik perempuanmu?'. Pemuda yg gila seks ini menjawab 'tidak' (sila lihat matan hadith yang sebenar dibawah artikel ini). kita mahu bertanya mengapa tidak? Jika saya ada bersama pemuda jahiliyah itu saya ingin bertanya apakah logik yg bermain di dalam kepalanya ketika memberikan jawpan itu?

Jawapannya mudah - seks sangat berkait rapat dengan maruah. Walaupun ianya kenikmatan, ia diselaputi oleh maruah.

Perempuan yang boleh membuka kangkangnya kepada pelbagai lelaki adalah murah dan tiada maruah. Fakta ini dipersetujui oleh semua bangsa di dunia ini sekalipun bangsa itu sendiri membudayakan seks bebas. Mereka meluluskan undang-undang untuk seks bebas tetapi 'undang-undang' jiwa memberontak tidak membenarkannya. Walaupun masyarakat barat sudah beberapa generasi melakukan budaya 'mengawan secara bebas' ditambah ianya dibenarkan oleh undang-undang dan dijaja ke seluruh dunia melalui filem dan drama yang mereka hasilkan, mereka masih benci kepada gelaran 'pig' (lelaki bernafsu babi) dan masih benci dengan kekasih yang menduakan mereka. Jika seks bebas inilah budaya orang bertamadun dan suatu hal yang mengikut fitrah, mengapa masih wujud kebencian bila kekasih melakukan seks dengan orang lain? jawapannya ialah kerana jiwa itu fitrah dan fitrah itu mahukan kebaikan. Lelaki jahiliyah ini tahu perkara ini walaupun dia cuma duduk di padang pasir.

Seks bebas memang syurga dunia. Tapi harganya ialah kerosakan masyarat, maruah diri berharga 3-10 ringgit, perempuan diniagakan, kekecewaan, tertekan, ditipu, perbalahan, bunuh diri dan sebagainya. Kalau benarlah seks bebas adalah syurga dunia, mengapa ianya dipakejkan bersama neraka dunia? Jika ianya benar syurga dunia - syurga bagi siapa? Jika benar ianya syurga bagi barat, mengapa stress, bunuh diri dan perkahwinan-perceraian bagaikan masuk dan keluar dr pasaraya dalam kehidupan harian mereka?

Sekali lagi, adakah islam agama fitrah? Jawpannya ialah ya, Islam adalah agama fitrah. Islam memang hendak kita memuaskan nafsu seks kita. Kerana itu rasulullah tidak mengaku ummat sesiapa yg mahu membujang. Tetapi cara yang islam mahukan ialah memuaskan nafsu seks kita dgn cara yg bertamadun - cara manusia, bukan cara lembu. Sebab cara lembu tiada akad. Cara yang menjaga kepentingan semua pihak. Cara yang memuaskan hati semua orang. Cara yang telah dibuktikan betul dan bagus di sepanjang sejarah peradaban manusia bermula dari zaman nabi adam - cara perkahwinan.


Sesungguhnya seorang pemuda telah mendatangi An-Nabiy SallaLlahu `alayhi wasallam dan dia berkata "Ya RasuluLlah, izinkanlah bagiku untuk berzina". Maka orang ramai pun memarahinya dan mereka berkata ?? ?? . Maka baginda berkata "Aku ingin mendekatinya", maka baginda pun mendekatinya dengan dekat. Dia berkata "Maka dia pun duduk".


Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada ibumu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada ibu-ibu mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada anak perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada anak-anak perempuan mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada saudara perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada saudara-saudara perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah bapa) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah bapa) mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah ibu) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah ibu) mereka".

Maka dia (perawi hadis) berkata: Lalu baginda meletakkan tangannya ke atasnya (pemuda itu) dan baginda berkata "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka tidak berlakulah selepas itu (pemuda itu tidak berzina) pemuda itu berubah kepada sesuatu.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi