Wednesday, January 2

Sejarah Kerosakan Akhlak

Selepas kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 12, kebanyakkan adab jahiliyyah telah dihapuskan. ini termasuklah pergaulan tanpa perkahwinan dan cara berpakaian jahiliyyah. lama-kelamaan budaya Islam ini telah meresap kepada masyarakat Islam nusantara dan dikekalkan beratus tahun lamanya. sultan dan ulama-ulama di nusantara telah meneruskan undang-undang Islam. ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di kuala berang, terengganu yang merupakan bukti terawal kedatangan Islam ke Malaysia.

walaupun batu bersurat itu adalah batu bersurat abat ke 14 (1300++), tapi dipercayai kedatangan Islam sudahpun bertapak 200 tahun sebelumnya.
antara kandungan batu bersurat itu adalah hukuman hudud yang melibatkan hukuman terhadap pelaku zina.

walaupun berlaku penaklukan portugis terhadap melaka pada tahun 1511, penaklukan itu hanyalah melibatkan kawasan sekecil melaka dan bukannya keseluruhan semenanjung tanah melayu.

akhirnya setelah kekalahan kerajaan Islam Bengali pada perang Palashi (1775), maka bermulalah penguasaan british terhadap kawasan-kawasan di nusantara. maka mulalah british menakluki Perak, Pulau Pinang, Terengganu, pahang sepertimana kita tahu penentangan pejuang Islam seperti tok gajah, mat Said dan tokku paloh terhadap kerajaan british.

British mula mengurangkan kuasa Islam dan dan menghadkan kuasa sultan kepada Agama Islam (yang dimaksudkan ialah Ibadah Islam) dan adat istiadat sahaja dan pemerintahan lain dikekalkan kepada British. Kebijaksanaan british berbanding penakluk lain ialah mereka mendidik orang-orang tempatan untuk mengikut jejak langkah (millah) mereka sebelum mereka selesa untuk meninggalkan satu-satu kawasan yang dijajah.

inilah yang telah diperkatakan oleh Lord Cromer semasa memerintah Mesir. "kita boleh memerdekakan negara-negara Islam tetapi kita tidak akan sekali-kali mebenarkan mereka menubuhkan pemerintahan Islam"

sebelum memberikan kemerdekaan kepada satu-satu negara Islam, british memastikan bahawa perundangan mesti mengikut cara mereka dan undang-undang Islam dihadkan kepada perkara perkahwinan, faraid dan ibadah sahaja.mereka juga memastikan pendidikan negara mengikut cara mereka termasuk sukatan sejarah dan yang terakhir mereka memastikan orang yang memerintah mestilah anak didik yang mengikut cara mereka. kemerdekaan yang diberikan bukanlah kemerdekaan sepenuhnya.

akhirnya umat islam yang dahulunya dilindungi dan dikawal oleh undang-undang Islam dari segenap segi kini telah terlepas dari ikatan itu. segala langkah pencegahan kerosakan moral dilakukan hanya oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. walaupn ada operasi pencegahan kerosakan akhlak yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan, ia hanya dilakukan dalam ruang lengkup yang sangat kecil. pergaulan bebas di universiti, konsert-konsert dan di tempat-tempat awam hanya dibiarkan sahaja bahkan mendapat lindungan dari pihak berkuasa. sekarang kita mula melihat wanita-wanita bertudung mula memasuki program realiti TV, menari, bermain gitar dan bernyanyi dan ini telah banyak mempengaruhi wanita-wanita Islam yang lain.

sistem co-education (percampuran lelaki perempuan dalam pendidikan) yang diperkenalkan oleh penjajah adalah satu bom jangka yang akhirnya meletup dengan kerosakan akhlak pemuda-pemudi islam sama ada di sekolah menengah dan di universiti. hatta kolej-kolej dan univeriti yang ada perkataan 'islam' pun dengan tidak mereka sedari mengamalkan co-edocation. sedangkan sistem pendidikan Islam tidak membenarkan percampuran dalam pendidikan. akhirnya universiti bukan lagi tempat untuk belajar ilmu pengetahuan tetapi menjadi tempat perbelajaran kerosakan akhlak. pemuda pemudi Islam yang baik akhlaknya di kampung apabila datang ke universiti mula terpengaruh dan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. akhirnya kita melahirkan guru, jurutera, doktor, arkitek dan profession lain tetapi tidak bermoral.

era globalisasi yang berkembang dengan terciptanya siaran televisyen dan seterusnya internet telah membawa masuk pelbagai budaya luar kepada masyarakat Islam. kerana setiap hari mereka melihat cara berpakaian dan bergaul yang ditonjolkan dalam televisyen, masyarakat Islam mula terpengaruh dan mengikut budaya asing satu langkah demi satu langkah. saya bersetuju dengan kata-kata syed qutb dalam bukunya ma'alim fittariq yang berkata "perubahan budaya Islam kepada budaya jahiliyyah sudah mengambil proses yang lama. kita sangat faham bahawa untuk kembali kepada islam juga ia akan memakan masa yang lama juga".

organisasi Islam yang leka

yang paling menyedihkan ialah organisasi-organisasi Islam hanya membiarkan evolusi (perubahan secara perlahan) ini berlaku. mereka hanyut dalam memfokuskan sesetengah isu dan mengabaikan masalah kerosakan akhlak. ada organisasi Islam yang hanya memfokuskan permasalah politik sahaja. ada organisasi Islam yang memfokuskan permasalahan kebajikan dan pendidikan sahaja. ada kumpulan Islam yang hanya memfokuskan kepada permasalahan bid'ah sahaja. kita belum nampak satupun organisasi Islam yang betul-betul lantang bersuara tentang masalah kerosakan akhlak. walaupun ada beberapa usaha yang dibuat untuk membenteras kerosakan akhlak, ia hanyalah usaha yang kecil dan bersifat tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan usaha serius dan berterusan yang dilakukan di seluruh negara sepertmana mereka memfokuskan permasalah politik, bid'ah dan kebajikan.

persatuan wanita Islam juga lesu dalam permasalahan ini. sebenarnya golongan yang paling layak untuk memperjuangkan permasalahan kerosakan akhlak dengan serius adalah pertubuhan wanita Islam. malangnya kebanyakkan pertubuhan wanita Islam lesu dan hanya mengikut di belakang pertubuhan pemuda Islam. apa yang persatuan pemuda buat, maka mereka akan membantunya dari belakang. ini adalah salah. memang pertubuhan wanita Islam perlu menolong rakan kaum pemuda Islam dalam isu-isu kenegaraan tetapi fokusnya bukan di situ. sepatutnya pertubuhan wanita Islam adalah golongan yang paling lantang dalam menentang kerosakan akhlak dan bukannya terpengaruh dengan gerakan feminisme yang lebih memfokuskan kepada memperjuangkan hak sama rata ala barat dan pengharaman poligami. ini adalah suasana yang memalukan bila pertubuhan wanita islam terpengaruh dengan gerakan feminisme ala barat. mereka berusrah dan bermesyuarat agung tetapi kerosakan pemudi-pemudi Islam dibenteras dengan sekadarnya sahaja.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi