Thursday, November 29

Benarkah Iblis atau syaitan Buta sebelah matanya ?

Kenalilah siapakah azazil dan kenapa ade banyak agama yang diterbitkan manusia melalui tipu daya syaitan selepas kamu kenal tuhan kamu iaitu tiada tuhan selain Allah dan selepas kenal muhammad iaitu pesuruh Allah Dan kamu harus megenali iblis atau syaitan dengan lebih mendalam agar kamu tidak tersesat dengan nya kerana dia lah pertama dan sentiasa mengambil peluang apabila manusia leka (tak berzikir) dan akan membuat soalan tak masuk akal atau karut dalam fikiran kamu mengenai hukum hakam agama islam dan akhirnya.ikuti lah kisah ini di bawah dengan penghayatan percaya 100% kepada allah.kerna syaitan amat pantas berada di hati kamu. ingat lah allah sentiasa. kerana dunia hendak akhir zaman..dan agar kite semua yang bakal menjadi mayat. mati dalam keaddaan beriman.insya allah.dan kekalkan keinsafan itu. seterusnya kepada Allah. supaya anda sentiasa bertaqwa padanya iaitu pada pencipta kita Allah. dan ingatlah sekali lagi. dan sentiasalah lah ingat bahawa syaitan lagi pantas berada difikiran mu untuk memikirkan dunia agar kamu sesat.
sabda rasulullah : "dunia ini penjara bagi org mukmin dan syurga bagi org kafir" 
 Untung pulak penjara orang mukmin ni. boleh kawin, makan tak terbatas, boleh buat macam macam lah selagi ianya tidak melanggar perintah Allah. asalkan sentiasa beriman kepada rukun iman dan islam 100%. Fikir-fikirkan lah... dan ingat balik kat syaitan tadi... bila baru nak fikir je time tu dia mesti goda..

 think carefully about life after death from now.
 __________________________________________________________

 Bermulanya sebuah kisah benar..... long story... sorry yea... and pls take
 time to read this story....

 Allah SWT telah menitahkan Malaikat untuk berjumpa raja iblis dan menyuruh
 raja iblis mengadap kehadhirat Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad
 Rasulullah S.A.W. bagi membuka segala jenis rahsia kegemaran dan kebencian
 raja iblis. Peristiwa ini juga membayangkan ketinggian darjat Baginda
 Rasulullah S.A.W. serta menjadi perisai dan peringatan kepada sekelian umat
 Baginda. Malaikat menyatakan Titah Allah SWT kepada raja iblis :

 Hai iblis!! Bahawa Allah SWT Yang Maha Mulia lagi Maha Besar telah
 menitahkan engkau supaya mengadap kehadhirat Rasulullah S.A.W. dan hendaklah
 engkau membuka segala rahsiamu dan apa-apa yang disoal oleh Nabi Muhammad
 S.A.W. hendaklah engkau menjawab dengan benar dan sekiranya engkau berdusta
 walau satu perkataan sekalipun nescaya diputuskan segala anggotamu dan
 uratmu serta engkau akan disiksa dengan azab yang amat keras

 Mendengar sahaja perkataan Malaikat berkenaan, iblis terasa dahsyat dan amat
 gerun sekali. Dengan segera iblis datang mengadap Baginda Rasulullah S.A.W.
 dengan menyamar menjadi seorang tua yang buta sebelah matanya serta
 berjanggut putih sebanyak 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. iblis
 memberikan salam dengan penuh hormat dan takzim sebanyak 3 kali yang tiada
 dijawab oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. iblis pun bertanya :-

 Yaa Rasulullah, mengapakah Tuan Hamba tidak menjawab akan salam hamba kerana
 bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah SWT?

 Maka sabda Baginda S.A.W. :-

 Hai aduwullah musuh Tuhan! Kepada akukah engkau menunjukkan helahmu?
 Patutkah engkau dengan urusanmu itu hendak menipu aku sebagaimana engkau
 menipu Nabi Allah Adam A.S. sehingga terkeluar dari syurga dan Habil mati
 teraniaya dibunuh oleh Qabil dengan sebab hasutan engkau serta Nabi Allah
 Ayub A.S. engkau tipu asap racun semasa baginda sujud di dalam solatnya
 hingga begitu lama baginda menanggung sengsara oleh perbuatan engkau. Dan
 Nabi Allah Daud A.S. dengan perempuan pahlawan Urya serta Nabi Allah
 Sulaiman A.S. meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai
 isterinya untuk melarikan cincin baginda; demikian juga beberapa Anbiya
 A.S.W.S serta para ulama yang telah menanggung kesengsaraan dan penganiayaan
 oleh perbuatan mu yang khianat. Hai iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia
 pada Tuhan Azza Wajalla. Hanya salam engkau sahaja aku tidak ingin
 menjawabnya kerana telah diharamkan oleh Tuhan dan engkau ini terlaknat
 serta telah ditentukan kepada engkau kedalam neraka yang amat keras bagi
 menyiksa dirimu. Maka aku kenal sangat bahawa engkaulah iblis yang menjadi
 raja segala syaitan telah datang dalam bentuk penyamaran. Apakah tujuan
 engkau datang mengadapku ini?

 Maka sembah iblis :

 Ya Nabi Allah, janganlah Tuan Hamba murka. Demi sesungguhnya, Tuan Hambalah
 Nabi yang terakhir lagi mulia dan kekasih Allah S.W.T. maka dapatlah Tuan
 Hamba mengenali hamba. Ya Nabi Allah, tujuan kedatangan hamba ke mari ialah
 dengan keizinan Tuhan Azza Wajalla. Allah SWT telah mengutuskan malaikatNya
 dengan Titah supaya hamba datang mengadap ke hadhirat Tuan Hamba. Ini supaya
 Tuan Hamba dapat bertanyakan apa juga persoalan mengenai keadaan umat Tuan
 Hamba. Hamba sedia menkhabarkan secara terus-terang mengenai tipu daya hamba
 di atas sekelian manusia bermula daripada zaman Nabi Allah Adam A.S.
 sehinggalah kepada zaman yang akan datang selepas zaman Tuan Hamba. Mereka
 yang hamba goda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya
 mereka binasa dengan tipu daya hamba yang amat halus.

 Ya Nabi Allah, setiap pertanyaan Tuan Hamba akan hamba jawab satu persatu
 dengan sebenar-benarnya tanpa sembunyi.

 Maka raja iblis pun bersumpah dengan nama Tuhan dan berkata :

 Ya Nabi Allah, sekiranya hamba berdusta barang sepatah kata sekalipun,
 nescaya hancur-leburlah diri hamba terbakar menjadi abu

 Mendengarkan pengakuan Raja iblis dan sumpahnya, maka Rasulullah S.A.W.
 berasa sukacita dan merasakan inilah peluang keemasan untuk baginda
 menyiasat segala perbuatan raja iblis dengan disaksikan oleh sekelian
 sahabat yang hadir di majlis berkenaan. Ianya juga akan menjadi senjata atau
 perisai kepada sekelian umat hingga kemudian hari.

 DIALOG

 RASULULLAH S.A.W : Wahai iblis! Siapakah yang sebesar-besar seteru engkau
 dan apakah pandanganmu terhadap aku ini?

 raja iblis : Ya Nabi Allah, Tuan Hambalah musuh hamba yang paling besar
 daripada segala seteru hamba di muka bumi ini.

 Maka Rasulullah S.A.W. merenung wajah raja iblis menyebabkan iblis
 menggeletar segenap tubuh badan serta anggotanya disebabkan terlalu gerun
 akan kebesaran Baginda.

 raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba mampu menyamar sebagai sesiapa juga
 termasuk haiwan bersekali dengan suara-suara yang tepat. Hamba ditegah Tuhan
 Azza Wajalla untuk menyamar sebagai Tuan Hamba kerana jika hamba melakukan
 yang demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu .

 raja iblis : Hamba bersungguh-sungguh merentap iktikad anak Adam supaya
 mereka menjadi kafir ialah kerana Tuan Hamba bersungguh-sungguh menasihatkan
 mereka dengan memberikan pedoman kepada seluruh manusia supaya berpegang
 teguh kepada Islam. Begitulah juga kesungguhan hamba menarik mereka kepada
 kafir, murtad dan munafik. Hamba tarik sekelian umat Islam supaya
 meninggalkan jalan yang lurus dan beralih kepada jalan yang sesat. Hamba
 berharap mereka akan mauk ke neraka bersama-sama dengan hamba serta kekal di
 dalamnya buat selama-lamanya

 RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Bagaimanakah perbuatanmu kepada makhluk Allah
 SWT?

 raja iblis : Ya Nabi Allah, hamba goda perempuan-perempuan supaya
 merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya dan
 sesetengahnya hingga menghasilkan benih yang bersalah-salahan sifatnya.
 Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan solat dan leka dengan
 makan-minum dan berbuat kemungkaran. Sesetengahnya hamba lalaikan dengan
 harta-bendanya daripada emas, perak, rumah dan ladang dan hasilnya
 dibelanjakan ke atas segala pekerjaan yang haram. Telah banyak kaum lelaki
 dan perempuan terpesong imannya menerusi tentera jin, iblis dan syaitan yang
 hamba perintahkan supaya menarik mereka ke jalan kemungkaran. Kalau terdapat
 sesuatu pesta yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, maka
 hamba akan menggoda bersungguh-sungguh supaya mereka kehilangan maruah,
 meminum arak dan mempengaruhi rakannya dengan cara paksaan supaya meminum
 arak sehingga hilang akal dan hilang rasa malu mereka. Lalu hamba hulurkan
 tali percintaan yang asyik sehingga terbuka beberapa pintu maksiat yang
 besar supaya mereka berhasad-dengki sehingga melakukan perzinaan. Apabila
 lelaki dan perempuan berkasih-kasihan, maka terpaksalah mereka mencari wang
 menerusi tipu daya serta mencuri. Sekiranya mereka menyedari kesalahan
 masing-masing dan ingin bertaubat atau beramal-ibadat, hamba akan halang
 mereka sehingga mereka bertangguh dan bertempoh dalam berbuat kebajikan.
 Hamba juga akan menggoda dengan lebih kuat supaya melazimkan maksiat dan
 menyukai isteri orang. Maka telah ramai umat Tuan Hamba telah hamba sesatkan
 dengan jalan ini dengan bantuan jin, syaitan dan iblis di mana hamba
 menyuruh mereka menghasut seluruh anggota manusia hingga ke dalam tubuh
 badannya. Apabila mereka digoda pada hati, maka mereka akan sentiasa riak
 dan takabbur, ujub serta melengah-lengahkan amalnya dan berlaku sombong.
 Apabila mereka digoda pada lidah, maka sentiasalah mereka gemar berdusta,
 mencela dan mengumpat satu sama lain. Demikianlah hamba menghasut mereka
 semasa siang, malam, pagi dan petang.

 RASULULLAH S.A.W: Hai iblis! Mengapakah engkau suka bersusah-payah dan
 berpenat-penatan untuk melakukan pekerjaan yang tidak memberikan sebarang
 faedah kepada dirimu bahkan menambahkan lagi laknat ke atas dirimu serta
 engkau akan ditimpakan sebesar-besar siksaan di dalam neraka yang paling
 bawah sekali?

 RASULULLAH S.A.W: Hai laknatuLlah! Siapakah yang menghidupkan engkau?
 Siapakah yang menjadikan engkau? Siapakah yang melanjutkan usia engkau?
 Siapakah yang menerangkan mata engkau? Siapakah yang memberikan pendengaran
 telinga engkau? Siapakah yang memberikan kekuatan kepada anggota engkau?

 raja iblis : Adalah sekeliannya itu adalah anugerah daripada Allah SWT yang
 Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur serta khianat telah menyebabkan
 hamba melakukan sebesar-besar kejahatan. Tuan Hamba juga sedia maklum bahawa
 hamba pernah menjadi ketua segala malaikat sehingga ribuan tahun dan
 bersujud kepada Allah SWT semenjak di dunia ini lagi dan hamba telah
 dinaikkan darjat menerusi satu langit ke satu langit dengan aman. Hamba pun
 mendiami tempat hamba dengan beribadat bersama-sama malaikat serta
berkhidmat kepada Tuhan Azza Wajalla dalam tempoh yang begitu lama.

 Tiba-tiba datang Firman Allah SWT kepada hamba sekeliannya mengenai
 dijadikanNya seorang khalifah di dalam dunia ini. Maka hamba membantah
 kerana tidak suka berkhalifah. Lantas Tuhan Azza Wajalla menjadikan seorang
 lelaki dan dititahkan hamba dan sekelian Malaikat memberikan penghormatan
 kepada Adam kecuali hamba seorang enggan bersujud dan hamba telah
 mengingkari hukumNya. Maka hamba dimurkai Tuhan Azza Wajalla serta
 dilaknatiNya hamba sehingga Hari Qiamat. Wajah hamba yang selama ini
 bercahaya dan cantik telah dihapuskan oleh wajah yang hodoh dan keji. Hamba
 sakit hati dan begitu berdendam kepada Adam. Kemudian Adam diangkat oleh
 Tuhan Azza Wajalla menjadi raja di dalam syurga serta dikurniakan seorang
 isteri untuk dijadikan permaisuri yang memerintah segala bidadari.
 Sentiasalah mereka dalam kesukaan dan kesenangan. Hasad-dengki hamba
 menjadi-jadi kepada kedua mereka dan merancang untuk mengkhianati mereka.
 Akhirnya hamba telah menipu Siti Hawa supaya meminta Adam memakan buah
 khuldi larangan Tuhan Azza Wajalla. Maka kerana perempuan itulah, Adam
 termakan buah larangan berkenaan sehingga mereka dihalau dari syurga dan
 diturunkan ke dunia secara terpisah kedua suami-isteri beberapa lama
 sehinggalah dipertemukan kembali oleh Tuhan Azza Wajalla dengan selamatnya
 sehingga mereka mendapat beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kemudian
 kami hasut pula anak lelakinya yang bernama Qabil supaya membunuh abangnya
 Habil sehingga mati. Itupun hamba masih tidak berpuas hati sehingga hamba
 dapat melakukan pelbagai tipu-daya ke atas sekelian anak-cucunya hinggalah
 ke Hari Qiamat. Tetapi Tuan Hamba telah menghalang pekerjaan hamba dengan
 menarik mereka supaya memeluk Islam. Ada pun sebelum Tuan Hamba diputerakan
 ke dalam dunia ini, hamba bersama-sama bala tentera hamba mampu naik ke
 langit dengan mudahnya mencuri rahsia dan tulisan-tulisan yang menyuruh
 manusia berbuat ibadat dan mendapat pahala serta syurga. Demikian juga bagi
 mereka yang beribadat malam akan mendapat setinggi-tinggi pahala. Apabila
 hamba turun ke dunia, maka hamba khabarkan kepada mereka itu dengan jalan
 yang sesat melalui pelbagai tipu daya sehingga mereka berpegang kepada
 kitab-kitab bidaah dan karut. Tetapi apabila Tuan Hamba zahir ke alam dunia
 ini, maka hamba tidak dizinkan Allah SWT untuk naik ke langit dan hamba
 tiadalah lagi mendapat apa-apa rahsia umat Tuan Hamba. Ramai malaikat yang
 menjaga di pintu tiap-tiap lapisan langit dan jika hamba berdegil untuk naik
 ke langit, nescaya malaikat akan melontar anak panah api yang
 bernyala-nyala. Telah ramai bala tentera hamba daripada golongan jin, iblis
 dan syaitan terkena lontaran malaikat sehingga badan mereka terbakar menjadi
 abu. Hamba dan bala tentera hamba amat susah hati dalam usaha menjalankan
 hasutan ditambah pula Tuan Hamba dapat menzahirkan mukjizat-mukjizat yang
 amat hebat di hadapan sekelian raja-raja dan di khalayak ramai.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah tipu helah terawal engkau ke atas
 manusia?"

 raja iblis : Pertama, hamba palingkan iman mereka sehingga terpesong iktikad
 mereka kepada kekafiran samada pada perkataan, perbuatan, kelakuan dan hati
 mereka. Namun jika mereka gagal hamba pesongkan, hamba akan berusaha menarik
 mereka kepada jalan yang mengurangkan pahala supaya lama-kelamaan, mereka
 akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku mendirikan solat, bagaimanakah
 keadaan engkau?"

 raja iblis : "Itulah sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah
 seluruh badan hamba dan lemahlah tulang sendi hamba, maka pada waktu itu,
 hamba menyuruh puluhan syaitan iblis menggoda setiap orang yang hendak
 bersolat menerusi anggotanya supaya malas bersolat dan hatinya supaya
 was-was dalam solatnya serta terlupa bilangan rakaatnya. Mereka juga akan
 bimbangkan pekerjaan dunia dan hatinya hendak cepat-cepat menamatkan
 solatnya. Sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yang hendak bersolat
 supaya ia tidak kusyuk dalam solatnya sehingga mereka berpaling atau
 menjeling ke kanan dan kiri semasa solat. (Maka) tidaklah tetap hatinya
 serta hilanglah kusyuknya. Sesetengah iblis memasuki telinga orang yang
 bersolat supaya memasang telinga mendengar perbualan orang, bunyi-bunyian
 dan sebagainya - yang sia-sia belaka. Sesetengah iblis duduk pada
 belakangnya supaya orang yang bersolat itu tidak berupaya lama-lama semasa
 bersujud atau bertahiyyat. Di dalam hatinya sering bekehendakkan agar
 solatnya segera tamat dan ini tentunya akan mengurangkan pahala solat. Jika
 sekelian iblis berkenaan gagal menggoda seperti yang demikian, nescaya
 mereka akan hamba hukum seberat-beratnya.

 RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca Al-Qur an kerana Allah, apakah yang
 engkau rasa?"

 raja iblis : "Jika mereka membaca Al-Qur an kerana Allah, maka terbakarlah
 tubuh hamba serta putus-putus segala urat hamba, maka larilah hamba dari
 mereka.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah,
  apakah yang engkau rasa?"

 raja iblis : "Telah binasalah diri hamba dan gugurlah tulang hamba kerana
 mereka telah menyempurnakan rukunnya.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berpuasa kerana Allah, apakah yang
 engkau rasa?"

 raja iblis : "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besar bahayanya
 terhadap hamba kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlah nur
 Arasy dan Kursiy serta segala Malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagi
 orang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang
 Maha Pengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan
 pahala yang amat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia
 berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi
 langit, bulan dan bintang serta Malaikat sehinggalah burung-burung dan
 ikan-ikan laut dan air tawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi
 mendoakan siang dan malam memohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu
 lagi setinggi-tinggi kemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan
 1000 kemerdekaan dari azab neraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan,
 segala pintu neraka ditutup, segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah
 yang amat lembut berhembusan ke dalam syurga. Maka pada hari mulanya umat
 Tuan Hamba berpuasa, datanglah segala bala tentera Malaikat yang garang
 tanpa mengira lawannya menangkap hamba dengan perintah Tuhan serta
 ditangkapnya segala bala tentera hamba iaitu jin, syaitan dan ifrit serta
 dipasung kaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya hamba
 sekeliannya serta dibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula
 dengan beberapa azab sengsara sehingga selesai ibadat puasa umat Tuan Hamba,
 baharulah hamba dilepaskan supaya hamba tidak boleh mengganggu mereka. Dan
 umat Tuan Hamba sendiri telah merasa kesenangan dalam menjalani ibadat puasa
 sebagaimana mereka bekerja untuk bersahur di waktu tengah malam seorang diri
 sekalipun tanpa sedikit perlu merasa takut seperti malam-malam yang lain

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Bagaimanakah halnya para sahabatku kepada
 engkau?

 raja iblis : "Ya Nabi Allah, Adalah sekelian para sahabat Tuan Hamba adalah
 sebesar-besar seteru kepada hamba, kerana tiada upaya hamba melawan mereka
 dan tidak ada satu pun tipudaya hamba dapat memasuki mereka, kerana Tuan
 Hamba pernah berkata Sekelian para Sahabatku adalah umpama bintang di
 langit, jika kamu mengikuti mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk Ya
 Nabi Allah, sekelian para sahabat Tuan Hamba sangat taat mengerjakan
 perintah Tuan Hamba lagi setia serta bersungguh-sungguh menyiar dan
 menghebahkan syariat Tuan Hamba kepada sekelian manusia menerusi Al-Qur an
 dan Al-Hadis. Ada pun Sayyidina Abu Bakar As Siddiq bin Abi Qahafah R.A. itu
 semasa sebelum beliau bersama Tuan Hamba pun, hamba gagal menghampirinya
 apalagi sekarang beliau telah mendampingi Tuan Hamba. Beliau amat kuat
 bersaksi di atas kebenaran Tuan Hamba sehingga beliau telah menjadi wazirul
 a zam dan Tuan Hamba telah berkata bahawa kiranya ditimbang kebajikan Abu
 Bakar dengan amal kebajikan sekelian isi dunia ini, nescaya lebih beratlah
 kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula, beliau telah menjadi bapa mertua Tuan
 Hamba dengan mengahwinkan puterinya Sayyidatina Aishah R.A yang sangat hafiz
 Hadis-Hadis Tuan Hamba. Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Umar
 Al-Khattab R.A., hamba tidak berani memandang wajahnya kerana beliau sangat
 tegas dalam menjalankan hukum syariat Tuan Hamba. Jika hamba terpandang
 wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana tersangat takut
 kepadanya kerana imannya yang sangat kuat apalagi Tuan Hamba pernah
 bersabda, Jikalaulah ada lagi Nabi selepas aku, nescaya Umar boleh
 menggantikannya kerana harapan besar Tuan Hamba ke atasnya. Beliau juga
 mampu membezakan iman dan kafir sehingga beliau mendapat gelaran Umar
 Al-Faruk . Ada pun sahabat Tuan Hamba, Sayyidina Osman Al-Affan itu
 lebih-lebih lagi tidak dapat hamba hampiri kerana lidahnya sentiasa bergerak
 membaca Al-Qur an, siang, malam, pagi dan petang. Dialah penghulu segala
 orang yang sabar dan penghulu segala syuhada dan menjadi menantu Tuan Hamba
 sebanyak 2 kali. Kerana ketaatannya, beliau dikunjungi oleh para Malaikat
 dengan penuh hormat kerana sangat malunya Malaikat kepada beliau. Tuan Hamba
 telah berkata, Barangsiapa menulis BismillaahirRahmaanirRahiim pada
 kitab-kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala
 baginya seperti pahala syahid Sayyidina Osman. Ada pun sahabat Tuan Hamba,
 Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A., hamba sangat takut kepadanya kerana
 kehebatan kelakuannya serta kedahsyatan melihat keperkasaannya di medan
 peperangan merempuh segala musuhnya. Maka apabila iblis, syaitan dan jin
 memandang wajah Sayyidina Ali, nescaya terbakar kedua biji mata mereka
 kerana beliau sangat kuat mengerjakan perintah Tuhan serta beliau adalah
 julung-julungnya kanak-kanak yang memeluk Islam serta enggan menundukkan
 kepala kepada sebarang berhala, sebab itulah beliau digelar Ali
 KarimahullahuWajhah dan Harimau Allah . Tuan Hamba pernah bersabda, Akulah
 negeri segala ilmu dan Ali adalah pintunya . Tambahan pula, beliau telah
 menjadi menantu tuan hamba, maka terlebihlah ngeri hamba kepadanya.

 RASULULLAH S.A.W: "Bagaimanakah tipudaya engkau terhadap umatku?

 raja iblis : "Adalah umat Tuan Hamba ada tiga golongan (1) Seperti air hujan
 turun dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan lagi banyak manfaatnya
 dan pertolongan kepada lainnya iaitu guru-guru yang memberi nasihat kepada
 manusia supaya mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhi segala tegahanNya
 dan kata (Malaikat) Jibril A.S., Adapun ulama itu pelita dunia dan pelita
 akhirat (2) Umat Tuan Hamba itu seperti tanah iaitu orang (yang) sabar,
 bersyukur dan redha akan kurnia Tuhan kepadanya serta beramal soleh dan
 bertawakkal kepada Allah dan banyak berbuat kebajikan, dan (3) Umat Tuan
 Hamba itu keadannya seperti Fir aun yang terlampau tamak dengan harta dunia
 (dan) dihilangkan amal (perbuatan) akhirat. Maka (dengan) sukacitalah hamba
 kepada mereka (umat ke 3) lalu hamba masuk ke dalam tubuh mereka, hamba
 putarkan hati mereka menuju ke lautan derhaka. Apabila telah kekal atas
 jalan kejahatan, hamba tarik ke mana (sahaja) sesuka hati hamba, jadi
 sentiasalah mereka bimbangkan dunia dan tidak suka menuntut ilmu, dijadikan
 dirinya tiada kelapangan untuk beramal, tidak mengeluarkan zakat hartanya
 dan sesetengah (golongan) yang miskin (yang) hendak beribadat, hamba goda
 mereka (supaya) meminta kekayaan terlebih dahulu, maka apabila disampaikan
 Tuhan akan hajatnya untuk mendapatkan kesenangan, maka (hamba) lupakan
 mereka dari beramal, tidak mahu mengeluarkan zakat harta mereka ibarat Qarun
 dengan mahligainya dan diri mereka serta harta benda mreka habis terbenam ke
 dalam bumi kerana mereka tidak mahu membelanjakan (harta mereka) pada
 jalan-jalan kebajikan dan jika terkena kesakitan, mereka tidak sabar, mereka
 sentiasa bimbangkan harta mereka dan sesetengah dari mereka yang kaya asyik
 dengan perebutan dunia, bercakap besar kepada sesama Islam dan benci dan
 menghina golongan miskin. Mereka gemar mengeluarkan harta mereka kepada
 jalan-jalan maksiat dan menaburkan harta mereka kepada perempuan-perempuan
 jahat dan tempat-tempat judi dan (majlis) tarian.

 RASULULLAH S.A.W: "Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?

 raja iblis : "Orang-orang yang meringankan syari at Tuan Hamba dan membenci
 orang-orang yang mempelajari Islam.

 RASULULLAH S.A.W: "Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?

 raja iblis : "Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi)
 saksi pembohong serta memungkiri janji.

 RASULULLAH S.A.W: "Apa pula rahsia engkau terhadap umatku?

 raja iblis : "Jika seorang muslim ingin membuang air besar (ke tandas), jika
 tidak membaca doa kepada Allah SWT untuk mohon perlindungan daripada
 syaitan, nescaya hamba lumurkan najis itu ke tubuhnya tanpa disedari.

 (Inilah doanya sebelum sampai ke tandas - Bismillahi AllaHomma Innii a uu
 dzubikaminal khubusi wal khobaa is jika masuk ke tandas, dahulukanlah kaki
 kiri dan jika keluar dari tandas dahulukan pula kaki kanan dan apabila jauh
 empat-lima langkah daripada tandas, dibaca di dalam hati
 GhufraanakalhamdulillaaHilladzii azHaba annil azaa wa aafinii dan apabila
 selesai bersuci dibacakan doa AllaaHumma ToHHir Qalbii minnifaaqi wahaSSin
 farjii minal fawaa hi shi )

 Maka jika dibacakan doa-doa tersebut, larilah hamba daripadanya

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berjimak dengan isterinya,
 bagaimanakah keadaan engkau?

 raja iblis : "Jika seseorang hendak berjimak dengan isterinya, (dan) jika
 dia membaca : A uu dzubillaaHiminassyaitaanirrajiim, AllaHumma jannibnaa
 minassyaitaani wajannibissyaitaan maa razaqtanaa maka larilah hamba
 daripadanya. Maka jika dia tidak membacakan doa tersebut, (maka) hambalah
 yang terlebih dahulu berjimak dengan isterinya dan jika menjadi anak (hasil
 pergaulannya), maka anak itu menggemari pekerjaan maksiat serta malas
 berbuat (baik) atas jalan kebajikan dengan sebab kelalaian ibubapanya.
 Demikian juga jika mereka makan atau minum dengan tidak membaca
 BismillaahirRahmaaniRahiim maka, hambalah yang terlebih dahulu makan dan
 minum sebelum mereka, maka walaupun mereka makan, tetapi mereka tidak
 kenyang.

 RASULULLAH S.A.W: "Dengan jalan manakah yang dapat menolak tipudayamu?

 raja iblis : "Jika seseorang berbuat dosa, maka ia segera sedar dan
 bertaubat kepada Allah SWT dan menangis serta menyesal di atas perbuatannya
 serta apabila dia marah, dengan segera dia berwudhuk, nescaya padamlah
 kemarahannya. Barangsiapa yang membaca doa ini setiap kali solat Jumaat
 sebanyak 5 kali, maka dosanya akan diampunkan Tuhan kerana dia telah
 bertaubat. Inilah doanya : Ilaahii lasta lil firdausi ahlan, walaa aq waa a
 laa naaril jahiim, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka
 ghaafirudzzanbil aziim

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang benar-benar menjadi kegemaranmu?

 raja iblis : "Apabila lelaki dan perempuan tidak mencukur atau mencabut atau
 menggunting bulu di ari-arinya selama 40 hari, maka hamba akan tinggal
 mengecilkan diri seperti pepijat bersarang di situ, begitu juga, (menjadi)
 tempat hamba bergantung dan berbuai pada bulu ketiak orang yang tidak
 mencukurnya atau mencabutnya

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah saudaramu?

 raja iblis : "Orang yang tidur meniarap atau tidur (nyenyak) di waktu subuh,
 maka dia masih tidur dan tidak segera solat subuh, maka hamba akan
 mengulitnya sehingga dia lena sehingga terbit matahari dan begitu juga pada
 waktu zohor, asar dan maghrib, hamba (akan) beratkan hatinya (sehingga)
 menjadi malas mengerjakan solat.

(Apabila hendak tidur, bacalah BismillaahirRahmaanirRahiim sebanyak 21 X)

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Dengan jalan manakah yang boleh
 membinasakanmu?

 raja iblis : "Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan
 sedekah dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan taubat,
 memperbanyakkan tadarrus Al-Qur an serta solat di waktu malam.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah pula yang memecahkan penglihatan
 engkau?

 raja iblis : "Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah

 (lafaz niat iktikaf Nawaitul I tikaaf fii Haa dzal masjidi sunnatan
 lilLaahiTa aala )

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah lagi yang memecahkan penglihatan
 engkau?

 raja iblis : "Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu
 (menjaga) makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah
 bersabda Bermula syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa pula yang merantai engkau?

 raja iblis : "Penjual (peniaga) yang betul timbangan (dan) sukatannya,
 ukuran dan tukarannya.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu
 dengan yang lain, bagaimanakah keadaanmu?

 raja iblis : "Apabila dua orang (muslim) bertemu di tengah jalan, lantas
 memberikan salam (Assalaamu alaikum waroh matulLaaHiwabaa rakaatuh) dan
 dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka hamba
 pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan- dia dan saudaranya -
 apabila berpisah keduanya

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula sahabat karibmu?

 raja iblis : "Orang yang minum arak atau tuak (samsu) atau (ketagih) candu
 atau ganja (termasuk penyalahgunaan dadah) kerana kemerbahayaannya telah
 nyata menyebabkan perpecahan, perkelahian dan perceraian

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah pula yang bersekutu dan sekedudukan
 dengan engkau?

 raja iblis : "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, maka
 hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan wajahnya
 (perempuan) dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati serta apabila
 terpandang belakang (perempuan), maka terpandanglah lehernya (perempuan)
 yang halus dengan pinggang dan punggungnya melenggang yang membangkitkan
 nafsunya (lelaki) serta manakala terpandang hadapannya (perempuan), hamba
 hiaskan dadanya (perempuan) supaya bergetaran serta hamba panah tepat pada
 jantung hati keduanya (lelaki dan perempuan) atau salah satu daripadanya
 sehingga tergerak syahwatnya. Orang yang tiada memelihara hatinya, nescaya
 tidak terpelihara farajnya dan apabila tidak memelihara farajnya, maka tidak
 terpeliharalah imannya.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah kediamanmu?

 raja iblis : "(hamba tinggal) Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu,
 kayu, tembaga dan sebagainya (bahan pujaan) Apabila mereka menyembah
 (berhala, batu, kayu, tembaga dan sebagainya), maka hamba cenderungkan hati
 mereka supaya bertambah-tambah keyakinannya terhadap pekerjaan mereka
 (menyembah berhala) yang syirik itu. Betapa ramainya umat Tuan Hamba telah
 hamba pesongkan sehingga memasuki rumah berhala Majusi dan Hindu yang
 menunjukkan betapa nipisnya iman mereka.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Di manakah tempat perhimpunanmu?

 raja iblis : "Pada rumah wayang dan tempat majlis tarian dan seumpamanya
 seperti tempat percampuran lelaki dan perempuan (secara bebas)

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Aku lihat engkau mengintai-ngintai di dalam
 masjid, apakah yang hendak engkau lakukan?

 raja iblis : "Hamba hendak mengganggu orang yang sedang bersolat di situ.

 RASULULLAH S.A.W: "Kenapa engkau tidak takutkan orang yang sedang bersolat
 dan bermunajat dengan Tuhannya? Sebaliknya engkau takut pula dengan orang
 yang sedang tidur di sebelahnya padahal orang (yang sedang tidur) itu
 (mungkin) dalam keadaan lalai

 raja iblis : "Adapun orang yang sedang bersolat itu amat jahil sekali,
 (maka) mudahlah untuk hamba merosakkan (melalaikan) solatnya, tetapi orang
 yang sedang tidur itu (sebenarnya) alim. Maka apabila hamba menggoda dan
 cuba merosakkan solatnya, hamba takut kalau-kalau orang alim itu bangun dari
 tidurnya lalu menegur serta memperbetulkan solat si jahil itu

 (Sabda Rasulullah S.A.W. Na umul aliimi khairun min ibaadatil jahiil yang
 bermaksud Tidur orang yang alim lebih baik daripada ibadat orang yang jahil
 seperti 1000 orang beribadat dengan tidak berilmu agama, sangat senanglah
 syaitan mengganggunya, tetapi seorang pelajar ilmu feqah itu, sangat susah
 bagi syaitan hendak menggodanya)

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apakah kata-kata pujian bagimu?

 raja iblis : "Suara orang yang bernyanyi dan berpantun-seloka serta suara
 bunyi-bunyian kecuali orang yang bernyanyi, berpantu, bernazam memuji Tuhan,
 bernasyid serta berselawat di atas Nabi

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang sekaum denganmu?

 raja iblis : "Orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim
 serta memakan riba

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sebab apakah engkau gelapkan hati manusia?

 raja iblis : "Mereka yang makan dan minum dengan (punca) mata pencarian yang
 haram kerana mereka buta dalam mencari harta yang halal serta mereka banyak
 tidur sehingga matahari tinggi dan meninggalkan solat subuh serta memenuhi
 perutnya dengan kenyang sekali

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menggembirakan hati engkau?

 raja iblis : "Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat
 untuk hamba Allah yang dhaif, malah zakatnya dihantar kepada orang lain
 padahal kaumnya miskin, kerana orang yang bakhil itu seteru Allah SWT serta
 orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan masuk ke dalam neraka yang
 paling bawah bersama-sama dengan hamba.

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyuburkan badan engkau?

 raja iblis : "Orang yang berhasad dengki dan orang yang tidak mempelajari
 hukum Islam serta semua perempuan yang jahat dan perempuan yang merosakkan
 dirinya serta perempuan yang menjual maruahnya

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika seorang ulama meninggal dunia,
 bagaimanakah keadaanmu?

 raja iblis : "Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba.

 (Sabda Rasullullah S.A.W. - yang bermaksud Barangsiapa yang berdukacita di
 atas kematian seorang ulama , maka dituliskan Allah SWT pahala baginya
 seribu ulama dan seribu syuhada , Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud
 Akan datang atas umatku yang melarikan diri dari ulama atau mereka yang
 membenci golongan yang mengajar agama, maka diberikan Allah SWT 3 jenis bala
 ke atas mereka (yang membenci atau melarikan diri dari ulama dan
 seumpamanya) (1) Dihilangkan keberkatan dalam pencariannya (rezki), (2)
 Didatangkan Allah SWT ke atas mereka seorang ketua yang zalim atau raja yang
 zalim, dan (3) dikeluarkan (dimatikan) mereka daripada dunia dengan tidak
 beriman Na uu dzubillaaHimin dzaalik kita berlindung dengan nama Allah SWT )

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat jemaah, bagaimanakah
 keadaanmu?

 raja iblis : "Sesungguhnya segala simpulan (tali pengikat) tipudaya hamba
 telah mereka leraikan

 (Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa solat 5 waktu, maka
 dia akan mendapat 5 perkara (1) Tidak akan terkena pada dirinya kefakiran
 (kemiskinan), (2) Diangkatkan darinya siksa kubur oleh Allah S.W.T., (3)
 Dianugerahi orang itu dengan kitab tulisannya (perbuatan di dunia) pada
 sebelah kanan (pihak yang selamat), (4) Melalui titian (Siraatal Mustaqiim)
 di atas neraka sepantas kilat, (5) Dimasukkannya Allah SWT ke dalam syurga
 tanpa sebarang hisab dan tanpa sebarang siksaan. Sabda Rasulullah S.A.W.
 lagi yang bermaksud Solat lelaki berjemaah lebih baik daripada solat 40
 tahun di rumahnya seorang diri dan solat berjemaah itu mendapat 27 darjat -
 serta solat berjemaah di rumahnya bersama anak (anak) dan isterinya akan
 mendapat pahala haji dan umrah )

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku berselawat ke atas ku,
 bagaimanakah keadaanmu?

 raja iblis : "Mereka telah membelah muka hamba disebabkan ingatan kuat
 terhadap Tuan Hamba

 (Maka sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud Barangsiapa berselawat ke
 atasku, maka para Mailaikat akan memohon diampunkan (segala dosanya) dia dan
 dia adalah sebahagian daripada isi syurga

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku bersolat Hari Raya di masjid,
 bagaimanakah keadaanmu? Kerana Tuhanku yang Maha Besar telah berfirman - Hai
 sekelian Malaikat! Saksikanlah olehmu bahawa sesungguhnya telah Aku ampunkan
 sekelian dosa umat Muhammad, lelaki dan wanita/perempuan, Maka apabila telah
 selesai dari solat dan khutbah dibacakan, maka Firman Allah SWT Hai umat
 Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah
 mengampunkan dosa kamu yang terdahulu dan yang kemudian dan Aku telah
 gantikan dosamu itu dengan kebajikan!

 raja iblis : "Ya Rasulullah! Apabila umat Tuan Hamba pergi (untuk) bersolat
 Hari Raya, maka hamba sangat berdukacita dan kesal. Maka hamba pun menjerit
 sehingga datang sekelian bala tentera hamba dan (mereka) bertanya Hai raja
 kami! Siapakah yang engkau marah? Adakah ianya (puncanya) dari langit atau
 dari bumi? Perintahkanlah kami sekelian pergi membinasakan barang di langit
 dan di bumi. Maka hamba menjawab Hai bala tenteraku! Apa yang menyebabkan
 aku berdukacita ialah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada
 Hari Raya ini. Wahai sekelian bala tenteraku! Tidakkah kamu mengetahui
 bahawa Allah SWT telah memberkati puasa umat Muhammad? Dan Tuhan amat
 mengasihi dan mengasihani mereka dengan penuh rahmat serta diperkenankan
 segala doa mereka dan diampunkan segala kesalahan mereka? Wahai tenteraku!
 Hendaklah kamu goda mereka itu supaya malas beramal ibadat dan resah dengan
 berjalan ke sana dan kemari serta asyik berjudi serta bersukaria memuaskan
 nafsu dengan mengerjakan maksiat supaya datang kemurkaan Tuhan ke atas
 mereka itu dan ditimpakan bala ke atas mereka kerana dengan demikian, akan
 membawa kesenangan di dalam hatiku. Maka berangkatlah sekelian bala tentera
 iblis syaitan untuk mengganggu umat Muhammad

 RASULULLAH S.A.W: "Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah),
 bagaimanakah keadaanmu?

 raja iblis : "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun,
 tiba-tiba mereka membaca doa (yang hanya) mengambil masa yang sedikit, maka
 lemahlah hamba lalu hamba menyapu dengan tanah (dan berkata), aduhai, celaka
 betapa malang dan celaka diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling
 (dan) pergi

 (Doa Hujung Tahun AllaaHomma maa amiltu min amalin fii HaaziHissanati mimmaa
 nahaitanii anHu, walam tar Dhahu walam tan sahu, wahamilta alaiyya ba da qud
 rotika alaa, uquubatii, wada autanii ilattaubati ba da jur aatii alaa ma
 Siatika, fainnii astaghfiruka faghfirlii waHablii min amalin tarDhahu, wa wa
 datanii alaihitsawwaab )

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun,
 bagaimanakah keadaanmu?

 raja iblis : "Ya NabiyUllah! Putuslah harapan hamba, kerana barangsiapa
 membaca doa awal tahun, (maka) Tuhan memerintahkan dua Malaikat supaya
 membakar buku kesalahan hambanya dan dituliskan kebajikan di dalam (buku
 kebajikan) disebabkan orang yang membaca doa ini .

 (Doa Awal Tahun AllaaHomma antal abdiyyulQadiim,waHaaziHi sanatu jadiidatun,
 as aluka fiihal iSmata minassyaiTooni wa au liyaa ihi. Wal au na alaa Haa
 dzihiinnafsil ammaarati bissuu wal ish ti ghaala bisaa yuQorribunii ilaika
 yaa Kariim )

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Siapakah yang menyokong engkau?

 raja iblis : "Orang yang tidak bertaubat atas dosanya dan suka ketawa ketika
 berbuat dosa berkenaan. Ya NabiyyUllaah! Telah hamba binasakan ramai manusia
 dengan (menggoda mereka) mengerjakan dosa daripada berbagai-bagai (jenis)
 maksiat, maka hamba gembria. Tiba-tiba, mereka mengucapkan kalimah-kalimah
 Laa ilaa Ha illAllaah dan istighfar, maka binasalah hamba, kerana pada masa
 hamba dibuang ke dunia (dulu), hamba mengembara sambil bersiul-siul dan
 orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis syaitan, tetapi orang yang
 azan itu adalah penghalau iblis syaitan, kerana para Malaikat akan hadir
 bersolat bersama-sama dengan mereka .

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Sekarang apalah kesudahan ikhtiar engkau di
 atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke dunia ini bagi
 menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kufur kepada iman, daripada gelap
 gelita kepada terang benderang?!

 Maka iblis pun mengangkat kepalanya ke hadhirat Tuhan dan berkata Yaa Rabbi!
 Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan
 bersungguh-sungguh pada menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai
 jalan maksiat selama ada nyawa di tubuh mereka, hamba jadikan pemuda dan
 wanita bercampur dan berkenalan, supaya hamba dapat mencelah di dalamnya.

 (Maka) Datanglah Firman Allah SWT :

 Hai mala un, Demi Kebesaran dan KetinggianKu, bahawa Aku sentiasa bersedia
 untuk mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu memohon ampun kepadaKu

 RASULULLAH S.A.W: "Hai iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?

 raja iblis : "Ya Rasulullah! Bahawasanya hamba sangat ajaib (hairan) melihat
 dua macam hal sekelian hamba Allah SWT iaitu (1) Mereka itu mengaku kasihkan
 Tuhan, walhal mereka itu taatkan hamba dan berbuat maksiat, (2) Mereka itu
 sangat marah kepada hamba, tetapi mereka menurut hasutan hamba.

 (Maka) Datanglah Firman Allah SWT:

 Hai mala un! Demi Kemuliaan dan KebesaranKu, Aku anugerahi umat Muhammad
 (dengan) 2 kebahagiaan 1) Kasih mereka kepadaKu dijadikan kifarah (penebus
 dosa) bagi maksiat mereka kerana tipudayamu, dan (2) Kemarahan mereka
 kepadamu Aku jadikan kifarah (penebus dosa) perbuatan maksiat mereka
 kepadaKu

 Maka iblis tercengang-cengang mendengar umat Muhammad yang sangat dikasihi
 Tuhan GhafuururRahiim yang Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani hambanya
 dengan limpah rahmatNya.

 Setelah selesai baginda Rasulullah S.A.W. berdialog dengan raja Iblis, maka
 baginda menghalau iblis dengan sabdanya : Wahai laknatullah! Nyahlah engkau
 dari hadapanku ini maka iblis pun keluar dengan perasaan yang amat dukacita.

 Maka hairanlah para sahabat yang hadir dalam majlis berkenaan mendengar
 tipudaya iblis yang menyelubungi seluruh umat manusia.

 Sabda Nabi S.A.W.: Hai para sahabatku! Ketahuilah olehmu bahawa iblis telah
 membuat kesalahan atas beberapa sebab 1) ia engkar dan membantah perintah
 Tuhan, (2) ia takbur dan besar diri (3) ia berhasad dengki dengan Nabi Adam
 a.s. (4) Ia menghasut dan mengkhianati (manusia) (dari) seorang kepada
 seorang (yang lain) seperti yang telah ia ajarkan kepada Qabil dengan
 tipudayanya sehingga berani Qabil melakukan pembunuhan ke atas saudaranya
 Habil yang disayangi oleh Nabi Allah Adam a.s.

 Sabda Nabi S.A.W.: Bahawa pada suatu hari, Iblis mengadap Nabi Musa bin
 Imran a.s. dan berkata : Yaa NabiyuLLaah! Apabila Tuan Hamba bermunajat
 kepada Allah S.W.T di Bukit Tursina, hamba hendak bertaubat kepada Allah
 SWT, adakah (taubat) hamba diterimanya?

 Maka sukacitalah Nabi Musa a.s. mendengarkan iblis yang hendak bertaubat itu
 lalu baginda menyanggupi permintaan iblis. Setelah tiba di Bukit Tursina,
 maka berdoalah baginda kepada Allah SWT memohon petunjuk. Maka datanglah
 Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, kesalahan iblis boleh Ku ampunkan dengan
 syarat hendaklah ia (iblis) bersujud pada kubur Nabi Adam Maka Nabi Musa a.s.
 pun menyampaikan firman Allah S.W.T. kepada iblis. iblis mengeluh dan
 berkata Wahai Nabi Musa! Semasa Adam masih hidup pun hamba tidak sudi
 bersujud kepadanya, inikan pula, Adam telah mati Maka iblis pun beredar.

 Sabda Nabi : Bermula (tegaknya) tiang dunia ini dengan 4 perkara 1) Dengan
 ilmu para ulama, (2) Dengan adilnya sekelian raja-raja, (2) Dengan kemurahan
 (hati) orang-orang kaya, (4) Dengan doa sekelian fakir miskin.

 Maka sekiranya tidak ada ulama, nescaya binasalah sekelian orang yang jahil
 dan sekiranya raja-raja tidak adil, nescaya (segolongan) manusia (ibarat)
 memakan (segolongan) manusia yang lain sebagaimana harimau menghambat dan
 memakan kambing. Sekiranya (pula) tidak ada kemurahan (hati) orang-orang
 kaya, nescaya binasalah sekelian fakir miskin dan sekiranya tidak ada doa
 fakir miskin, nescaya runtuhlah langit dan bumi.

 KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis (KEMBALI KE ATAS)

 Pada suatu hari, sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, tiba-tiba
 berdiri di hadapan pintu rumahnya seorang lelaki memegang sebiji telur di
 tangannya. Katanya Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan dunia ke
 dalam telur ini?

 Maka Nabi Idris a.s. memandang lelaki berkenaan dan baginda terus mengecam
 lelaki berkenaan sebagai iblis laknatullah.

 Nabi Idris A.S. bersabda: Marilah ke sini dekat denganku, tanyalah apa yang
 engkau kehendaki. Maka raja iblis itu pun mendekati baginda sambil
 mengulangi pertanyaannya : Ya Nabi Allah Idris! Bolehkah Tuhanmu memasukkan
 dunia ke dalam telur ini?

 Sahut Nabi Allah Idris A.S. : Jangankan memasukkan dunia ini ke dalam telur
 sebesar ini, bahkan ke dalam jarumku yang sekecil inipun, Tuhanku Maha
 Berkuasa memasukkan dunia ke dalamnya Lalu dengan pantas Nabi Allah Idris
 A.S. pun menikam mata raja iblis dengan jarum. iblis pun terperanjat dan
 kesakitan lalu melarikan diri setelah menerima tandatangan Nabi Allah Idris
 A.S. yang telah menyebabkan ia buta sebelah matanya sehinggalah zaman
 kebangkitan Junjungan kita dan kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad
 Rasulullah S.A.W.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi