Monday, February 4

Gambar Terkini Permukaan Mahatari Berjaya Dirakam

4 ulasan

Mengambil gambar matahari dengan teleskop jarak jauh sangat merbahaya.Bagaimanapun ia berjaya dirakam setelah teleskop baru dicipta untuk menapis cahaya matahari yang panas itu.Gambar-gambar dibawah ini merupakan kejayaan yang luar biasa kerana buat pertama kali matahari berjaya dirakam pada permukaan oleh ahli astronomi bernama Paul Andrews.

Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.

Matahari dikelaskan sebagai bintangkerdil jenis G. Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Matahari merupakan satu bebola plasma dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg. Untuk terus bersinar, matahari, yang terdiri daripada gas panas menukar unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas gabungan nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 5,000 juta tahun lalu.

Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria menyamai 1.37 kilowatt semeter persegi setiap saat.

Matahari berputar 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh mencecah sehingga 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahariini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindung. 

Matahari juga menghasilkan gelombang radio, gelombang ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnet bumi, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. 

Terdapat tompokan hitam yang wujud dari masa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari. Tompokan hitam itu menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, oleh itu mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
Read more ►

Thursday, January 17

Subhanallah, guruh dan kilat juga bertasbih memuji Allah SWT

0 ulasan

Pernahkah kita berfikir bagaimana guntur - sebagai salah satu peristiwa atmosfera terhebat yang Allah ciptakan - itu terbentuk? Dan bagaimana pula guntur mampu melepaskan sejumlah tenaga yang demikian besar?

Menurut Harun Yahya, selama hujan, guruh dan kilat yang tersusun dari pembentukan cahaya-cahaya terang akibat pelepasan tenaga elektrik di ruang atmosfera, sesungguhnya merupakan sumber tenaga yang menghasilkan elektrik lebih besar dari pada ribuan penjanaan elektrik-di samping sebagai fenomena iklim.

Inilah kehebatan dan keajaiban kilat dan petir:

* Tenaga yang dikeluarkan oleh sekali kilatan petir lebih besar dari pada tenaga yang dihasilkan seluruh penjanaan elektrik di Amerika Syarikat.

* Satu kilatan petir boleh menyalakan 100 watt lampu selama lebih dari tiga bulan.

* Pada titik sentuh petir ke bumi, cuaca menjadi panas hingga 25.000 darjah Celcius. Kelajuan kilatan petir 150.000 km / detik dan rata-rata ketebalannya 2,5-5 cm.

* Petir menghasilkan molekul nitrogen yang diperlukan bagi tumbuh-tumbuhan di Bumi utuk menyokong kehidupanya.

* Setiap petir rata-rata mempunyai 20,000 amper kuasa. Seorang tukang las hanya menggunakan 250-400 amper untuk mengelas baja.

* Petir bergerak pada kelajuan 150,000 km / saat, hampir setengah kelajuan cahaya dan 100,000 kali lebih cepat dari kelajuan suara.

'' Suara yang dilepaskan oleh satu kilatan lebih besar dari pada cahaya 10 juta bola lampu berdaya 100 watt. Jadi, apabila setiap rumah di Istanbul, Turki menyalakan bola lampu, pancaran cahaya dari satu kilatan petir akan lebih besar,'' ungkap Harun Yahya.

Allah menyatakan fenomena kilat yang menakjubkan ini sebagai berikut "... Kilauan kilatnya hampir membutakan pandangan." (Al-Nur: 43)

Bagaimanakah kilat terbentuk?

Menurut Harun Yahya, hawa-yang dipanaskan oleh cahaya matahari-naik membawa molekul-molekul air yang menguap di dalamnya. Ketika udara yang naik ini mencapai ketinggian 2-3 km, hawa tesebut bersentuhan dengan lapisan udara dingin. Saat kenaikan hawa, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam awan melepaskan tenaga elektrik statik yang terbentuk kerana pergesekan. Tenaga elektrik ini mengandungi unsur positif (+) pada lapisan atas awan dan unsur negatif (-) pada lapisan bawahnya. Ketika awan cukup terisi untuk mengionisasi hawa, maka petir terbentuk.

Mengapa bergemuruh?

Menurut Harun Yahya, petir memanaskan udara di sekitarnya hingga 30.000 darjah celcius dalam sepersejuta saat. Udara yang dipanskan meluas, dan menyebarkan gelombang suara yang lebih cepat dari kelajuan bunyi; dengan tekanan 100 kali lebih besar dari tekanan atmosfera normal. Sama halnya dengan pesawat yang melintas dengan kelajuan suara, ini menyebabkan letupan suara (gemuruh) di udara, sehingga dinamakan gemuruh / guntur.

Mengapa cahaya dan suara guruh tidak bersamaan mencapai bumi?

Harun Yahya mengungkapkan, hal ini kerana suara guntur mencapai pendengaran kita dengan kelajuan suara (340 m / saat di udara), sedangkan petir mencapai visual (penglihatan) kita dengan kelajuan cahaya (99, 793 km / saat). Ini menyebabkan perbezaan masa antara dua peristiwa, dan dengan demikian membuat kilatan (petir) mencapai bumi lebih sebelum guntur.

Apa perbezaan antara kilat dan petir?

Ketika perbezaan muatan listrik menjadi lebih besar antara bumi dan awan, udara menjadi lebih mudah ditembus dari bumi ke awan; pelepasan tenaga elektrik bermula melalui saluran penghantar yang dibentuk oleh udara yang ditembus itu. Pelepasan tenaga elektrik dari awan disebut dengan kilat, dan pelepasan tenaga elektrik dari bumi disebut petir atau sambaran balik.

Kebenaran kilat yang dinyatakan dalam Al-Quran

Guruh atau Guntur ternyata terpilih menjadi nama salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah al-Rad. Allah memberitahu bahawa guntur dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya: "Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya ..." (al-Rad: 13)



Editor: Heri Ruslan
Sumber: harun yahya


Read more ►

Monday, December 31

Menakjubkan, masjid yang dibina daripada lumpur

0 ulasan

Masjid Agung di Djenné, Mali tidak hanya bangunan yang diperbuat dari Bata dengan bahan dasar lumpur yang terbesar di dunia, tetapi juga sebuah model senibina Ecofriendly dan berterusan, menurut Infomrasi bahawa bangunan ini dibina pada tahun 1200 hingga 1300, dan mengalami kerosakan teruk. kemudian masjid ini dibina lagi oleh kerajaan kolonial Perancis pada tahun 1906, gaya bangunan tersebut masih mengamalkan gaya Afrika di wilayah tersebut. Bahkan, masjid dianggap oleh banyak orang sebagai salah satu contoh terbaik dari gaya senibina, contoh lain termasuk Agadez Masjid Agung di Nigeria dan Masjid Larabanga di Ghana.


Masjid Agung di Djenné, Mali Yang Rosak

Apa itu sebenarnya batu Bata dari tanah? yang juga disebut adobe (tidak ada hubungannya syarikat Adobe), merupakan bahan bangunan semulajadi. dimana bahan bangunan diperbuat dari pasir, tanah liat, air dan bahan pelekat organik seperti jerami, kayu atau bahkan pupuk kandang, struktur yang dihasilkan dikenali sangat tahan lama dan kukuh.

Dinding Masjid Agung diperbuat daripada bata lumpur yang dijemur di bawah sinar matahari
 (disebut ferey)

Lumpur yang dilapisi dengan plaster lumpur yang halus. Dinding bangunan yang dihiasi dengan bundel kelapa sawit (Borassus aethiopum) atau di sebut Toron dengan ukuran sekitar 60 cm (2 kaki) dari paras, toron ini juga berfungsi sebagai "ready made" untuk pembaikan tahunan. Keramik dipasang untuk menjaga agar air hujan boleh melewati bangunan dan langsing keliar, dimana seramik ini di pasang di atas bangunan. Masjid ini dibina asas berukuran sekitar 75 mx 75 m dan berada pada ketinggian 3 meter di atas permukaan tanah terdapat 6 set tangga, masing-masing dihiasi di puncaknya.Masjid Agung di Djenné, Mali Tahun 2010
 (Umurnya sudah kira-kira 700 - 800 Tahun , Jadi Sudah Sangat terbukti Mengatasi Gangguan Seperti Hujan dan Air)


Setiap tahun, masjid Djenné mendapat baik pulih atau pembaikan dalam rangka menyambut pelbagai perayaan festival rakyat sebagai hiburan yang luarbiasa, serta menyenangkan bagi masyarakat Djenné. Masjid Agung Djenné adalah salah satu "Tapak Warisan Dunia" yang ditetapkan oleh UNESCO pada tahun 1988 ", yang boleh dikunjungi bila-bila masa, tetapi tidak dibenarkan memasuki bangunan, kecuali anda Muslim. Masjid Agung ini telah ditutup untuk non-Muslim pada tahun 1996, akibat dari rusuhan dan insiden tembakan salah seorang official fotografi majalah Vogue Perancis di dalam masjid.


- terjemahan dari smartnewz.info



Read more ►

Sunday, December 30

Keindahan masjid kedua terbesar di dunia ini, sujud boleh melihat terus ke dalam laut

0 ulasan


Banyak destinasi pelancongan di dunia yang menarik untuk dikunjungi, kerana agama dan seni binanya. Kedua-dua hal ini ada di Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca, Maghribi.

Masjid Hassan II merupakan masjid kedua terbesar di dunia. Menara masjid setinggi 210 meter disebut sebagai menara masjid yang paling tinggi di dunia. Masjid yang mempunyai kapasiti 25 ribu orang ini dibina hanya dalam tempoh enam tahun, mulai 1980 dan direka oleh arkitek warga Perancis, Michel Pinseau.


Masjid dibina oleh Raja Hassan II yang kemudian dinamakan sama dengan nama raja. Masjid Hassan II terletak di sebuah tanjung yang menghadap terus ke Lautan Atlantik.

Ini merupakan permintaan khas dari Raja Hassan kerana di dalam Al-Quran, kitab suci umat Islam, disebutkan bahawa singgahsana Tuhan terletak di atas laut. Istimewanya, sebahagian lantai masjid diperbuat daripada kaca dan oleh itu umat Islam yang beribadah atau sujud boleh melihat terus ke dalam laut.



Masjid direka tahan gempa lengkap dengan mandian khas Turki dan mempunyai lantai yang boleh dihangatkan sesuai dengan cuaca. Atap masjid diperbuat dari pintu elektrik yang boleh terbuka, sebagai simbol semua ibadah yang dilakukan di masjid ini akan dibawa ke atas (syurga).

Seni bina masjid dipengaruhi gaya Moorish dan mirip Masjid Al Cordoba di Sepanyol. Masjid Hassan II dan Masjid Tin Mal adalah dua masjid di Maghribi yang terbuka untuk umum dan tetamu bukan Islam. Semua tetamu boleh membeli tiket masuk masjid dan akan dipandu oleh pemandu pelancongan yang menjelaskan secara terperinci interior masjid.

 - terjemahan dari blog-ansyari.blogspot.com

Read more ►

Saturday, December 29

Misteri sungai bawah laut menurut Al-quran

0 ulasan

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalang." 
(Surah Al Furqan: 53)

Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery 'pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur atau tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan .. . "Ertinya:" Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus. "Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu` u wal marjaan "ertinya" Keluar dari keduanya mutiara dan marjan. "Padahal di muara sungai tidak ditemui mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al-Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke-20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Read more ►

Monday, December 24

Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

0 ulasan


Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual - WASHINGTON : Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.

Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).
Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.
Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. 
Read more ►

Britain mahu Azhar di universitinya

0 ulasan


Britain mula mengorak langkah bagi mengadakan cawangan Universiti al-Azhar di universitsi-universitinya, dan Universiti al-Azhar pula memberi reaksi yang positif dan sedia memberi kerjasama kepada cadangan itu.

Ia adalah satu perkembangan yang baik bagi alam ilmu seglobal dan langkah yang dunia Islam wajar sambut.

England masih dikira sebagai pusat pengajian yang terbaik di dunia kerana masih mengekalkan disiplin dan kawalan yang ketat terhadap mutu pengajian dan martabat universitinya.

Apapun England adalah sarang pengembangan fahaman sekular yang penting dan sarat dengan sekolah orentalisnya. Dengan kedatangan kampus Azhar ke kampus-kampus di Britain boleh mengimbangi pengembangan ajaran sekular-orentalis itu dan langkah itu adalah membawa Islam dan ajarannya ke depan tangga dan pintu orang-orang England.

England masih menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini bererti pengajian ilmu mengikut tradisi Islam dan penggunaan bahasa Arab akan lebih tersebar ke seluruh dunia.

Perkara ini adalah perkembangan yang boleh mengetuk pintu univerisiti-universiti di Malaysia bagi mengambil langkah yang sama. Universiti di Malaysia jangan tertinggal daripada kampus-kampus di England dalam membekalkan ilmu dan pengetahuan agama kepada para pelajar.

Beberapa universiti di Malaysia memang sudah ada sekolah Islamnya sendiri tetapi belum diterima umum dapat menyamai pencapaian lepasan Azhar. Almarhum Dr Ismail Faruqi yang menyandang ijazah PhD dalam pengajian Islam di luar Mesir dan terkenal sebagai pemikir Islam yanag hebat tidak diterima sebagai ahli ilmu Islam yang berwibawa disebabkan dia bukan keluaran al-Azhar.

Justeru, beliau telah mendaftar belajar di al-Azhar, Mesir bagi mendapatkan pengiktirafan dunia Islam.

Universiti-universiti di Malaysia wajar mengambil langkah yang segera untuk mengadakan cawangan kampus al-Azhar bagi memberi peluang seramai pelajar kita mendapat pengajian daripada kampus itu sama ada penjadi pelajar penuh masa daripadanya atau mengambil kursus tertentu di samping tambahan kepada bidang pengajiannya yang asal.

Sebagai bakal pelajar yang mengikut kursus di kampus Azhar di Britain nanti, bukan semua orang Islam tetapi ia memberi peluang mudah kepada pelajar bukan Islam, maka cawangan kampus seperti ini di Malaysia akan memberi peluang kepada pelajaran bukan Islam menimba ilmu di situ.

Masa ini, kita tidak dapat hendak memikirkan pelajar bukan Islam dari Malaysia akan pergi ke Mesir. Sekalipun ia bukan pilihan majoriti pelajar Islam untuk ke sana, tetapi pelajar Malaysia dikira siswa bukan Mesir yang teramai di sana.

Di samping cawangan kampus itu mendekatkan peluang bukan Islam untuk belajar di situ, ia akan membuka peluang yang lebih banyak bagi pelajar Islam berpeluang menimba ilmu di situ.

Ini tidak bererti tiada lagi selepas ini pelajar kita akan ke al-Azhar Mesir. Demokrasi dalam bidang pengajian tidak menyekat pelajar membuat pilihan belajar dalam negeri atau luar negeri, tetapi yang penting ialah lebih banyak peluang pengajian untuk pelajar kita daripada semua kaum dan anutan agama.

Lim Guan Eng pernah bercakap tentang kehebatan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pelajar Cina yang mahu tahu apa yang Guan Eng kata tidak akan menggunakan sebahagian dari masa pengajiannya untuk ke al-Azhar Mesir bagi mengetahuinya, mereka boleh dapatkannya daripada kampus yang ada di mana-mana universiti dalam negeri.

Sama ada rancangan Britian itu akan terlaksana atau tidak, universiti di Malaysia wajar merebut peluang itu, kerana ia satu pelaburan yang tidak merugikan.

Kalau gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammadlah yang pergi ke gunung.

Read more ►

Monday, December 17

Sejarah pembinaan Jambatan Pulau Pinang

0 ulasan
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Kerja Raya bersama pasangan masing-masing sewaktu perasmian

Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed bridge'') yang terawal di dunia. Ia mula dibuka pada 14 September 1985 untuk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan Pulau Pinang adalah 13.5 Km, yang menjadikannya antara jambatan terpanjang di dunia. Sebelum tahun 1985, Pengangkutan utama untuk pergi ke pulau ialah feri yang masih beroperasi sehingga sekarang.






Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 4 Laluan (6 laluan pada sekarang)
Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 k


Tarik-tarikh Penting :

Awal 1970 an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang

Akhir 1970 an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya

23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate

Tahun 1982 - Pembinaan bermula

3 Ogos 1985 - Perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad

14 Sept 1985 - Pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam


Sewaktu dalam pembinaan

Hanya sekali dalam sejarah, majlis makan malam diadakan di atas Jambatan Pulau Pinang


Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.


Read more ►

Thursday, December 13

Sesuatu yang indah

0 ulasan
☀☀TEMAN-TEMAN HANYA
DENGAN KLIK TULISAN BIRU & SUKAI
HALAMANNYA ANDA AKAN
MENDAPATKAN SESUATU YANG
WOOOW !!
BURUAN SUKAI HALAMANNYA
SEKARANG JUGA!! ☀☀

CARA MENGUBAH NAMA YANG
SUDAH TIDAK BISA DI UBAH
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

CARA MUDAH AGAR STATUS
BANYAK YANG "LIKE"
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

CARA BUAT STATUS VIA
BLACKBERRY DAN VIA APA
SAJA
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

CARA MUDAH MENGETAHUI
PASSWORD FB ORANG LAIN
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

CARA AGAR DI "ADD" RIBUAN
JEMPOLER'S
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

CARA MENDAPATKAN RIBUAN
PELANGGAN FB
---> ☆ KLIK DISINI ☆ <---

☀☀ TUNGGU 24 JAM DAN
PROSES AKAN BERHASIL,
SILAHKAN Anda BUKTIKAN
SENDIRI GAN!!!☀☀
Read more ►

Friday, November 30

Ferris Wheel Pertama Di Dunia

0 ulasan
Pada masa dahulu, Ferris Wheel boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui,
namun pada masa kini, dengan bilangan peminat Ferris Wheel yang semakin meningkat, ia mudah di dapati di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai contohnya seperti taman tema dan fun fair berdekatan korang..Walaubagaimana pun, korang tahu tak bila Ferris Wheel ni wujud? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..

Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World's Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World's Fair mereka.

George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.

Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.

Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.











p/s: Punca sebab nak lawan dengan Perancis je, Ferris Wheel jadi terkenal di seluruh dunia..








Read more ►

Thursday, November 29

Gadis Barat Kebanyakannya Telah Ditebuk Tupai

0 ulasan
Ramai Gadis Di Bawah 16 Tahun Sudah Berhubungan Seks -

Survey kesihatan di Inggeris menunjukkan kaum wanita muda sekarang lebih aktif berhubungan seksual dari pada generasi ibu mereka.

Bahkan, mereka juga berhubungan seks dalam usia yang jauh lebih muda daripada ibu atau nenek mereka. Seperti dikutip Daily Mail, wanita muda Inggris mulai berhubungan seks sejak usia mereka masih di bawah 16 tahun.

Sekarang ini, satu dari empat responden (27 persen) berusia 16-24 tahun, mengaku bahwa mereka melakukan hubungan seks di bawah umur. Sementara di kalangan wanita berusia 35-44, mereka melakukan seks setelah berusia 16 tahun.

Juru bicara LSM kesihatan FPA, Rebecca Findlay, berharap, hasil penelitian ini akan membuatkan pihak berkuasa untuk membuat undang-undang berkait dengan pendidikan seks di kalangan muda.
Read more ►

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM (Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar)

0 ulasan
Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...


[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]


sumber :asraf_yemen06@yahoo.com
Read more ►
SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi