Tuesday, November 6

Punggung janda muda basah jugak akhirnya.(Cerpen Musim Banjir)

1 ulasan
Imah, seorang janda yang muda, jelita dan seksi tinggal seorang diri disebuah banglo dua tingkat. Ramai lelaki tidak kira tua atau muda
menggilainya tapi Imah tidak pernah melayan. Siapakah agaknya lelaki yang berjaya
memikatnya? Sungguh bertuah lelaki itu kerana harta-harta Imah bernilai berjuta, hasil peninggalan suaminya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Kini sudah masuk tahun ke-3 Imah tidak bersuami. Sudah lama dia
bersabar. Dalam hatinya yang sepi itu, sebenarnya beliau tidak menafikan dirinya
memang kehausan teman. Apatah lagi dirinya kini kian bergetah kembali, yang longgar
pun sudah rapat, yang cantik pun pun makin bertambah cantik lagi. Ini juga adalah
hasil daripada minatnya yang mendalam terhadap barangan kosmetik dan barangan
penjagaan diri.

Dalam sikapnya yang tidak mengendahkan lelaki namun pada malam ini beliau
amat berharap mana-mana lelaki akan datang kepadanya. Sesiapa sahaja yang datang
malam ini beliau akan sudi menghulurkan tangan. Tambahan lagi, Imah tinggal
berseorangan dalam kegelapan. Bekalan elektrik petang tadi sudah terputus. Imah
amat kehausan sekali. Perasaan Imah semakin resah. Sabar Imah menunggu, sejam
dirasakan bagaikan sehari. Keresahan dan degupan jantungnya makin memuncak.

Tok!!! Tokkk! Tiba-tiba tingkap rumahnya diketuk orang. "Ohhhh! Syukurlah!!!
"kata Imah di dalam hatinya. Imah terus berlari membuka tingkap rumahnya
yang diketuk itu.

Apabila tingkap dibuka, muncul seorang lelaki umur dalam lingkungan 30an
berambut mawi melemparkan senyuman manis kepada Imah. Imah pun membalas senyuman itu.
Senyuman mereka berdua jelas kelihatan didalam samar-samar cahaya torch light milik
lelaki itu.

Lantas, lelaki itu menghulurkan tangan kanannya lalu disambut oleh Imah.
Inilah saat pertama kalinya Imah memegang tangan lelaki semenjak suaminya
meninggal dunia. Peluh Imah keluar mencurah disertai degupan jantungnya kian deras berdenyut.

Lelaki itu memimpin Imah berjalan."duduklah di sini" kata lelaki itu.
Imah pun duduk perlahan-lahan dan bagaikan terpukau mengikut sahaja apa arahan lelaki
itu dan tiba-tiba Imah terasa punggungnya menjadi dingin.

Dingin dan sejuk akibat air telah mula, membasahi punggungnya yang gebu itu.Tak pernah Imah merasa punggungnya sebasah ini. Seolah2 dugaan ini memang hebat.

Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat lelaki itu berkata
"Ohhh!! Maaflah dik, tempat duduk dalam sampan ini kesemuanya basah kerana
tempias dek air banjir ni, tapi apapun adik telah selamat!"

Jawab Imah "Yalah!!
Kalaulah abang tidak datang tadi, entah macam manalah nasib saya, air banjir ni
nampaknya semakin naik, kalaulah ia mencecah bumbung tak tahulah apa akan terjadi.
Tapi nasib baiklah air naik setakat tingkat atas rumah saya ini sahaja, jadi dapatlah
saya menunggu di sini".

Lelaki tadi terus menghidupkan semula enjin sampannya lalu terus ke pusat
pemindahan mangsa-mangsa banjir di sebuah sekolah kebangsaan. Begitulah kisah bagaimana punggung Imah jadi basah ...
Read more ►

Wednesday, October 31

Jenaka : Sengal

0 ulasan
abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereke di kelas..

cikgu: kenape awak lambat, abu?

abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..

cikgu: kenape kene lempar batu pulak?

abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)

cikgu: kamu pulak, seman?

seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..

cikgu: berat ke batu tu?

abu dan seman: berat cikgu..

cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..

abu dan seman: baik cikgu..


lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..


cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..

budak baru: saye budak baru..

cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?

budak baru: name saye BATU..
Read more ►

Tuesday, October 30

Jenaka : Lari Dari Penjara

1 ulasan
Mat ni banduan yg dimasukkan penjara atas kesalahan membunuh..die juga ade sakit/gangguan mental akibat tekanan perasaan..ade bioL2,SeweL2 sikit La..bgantung pada ubat,kalo x makan mmg giLa La..1 ari die ni nk escape dr penjara,die dpt idea n skill dr sebuah filem..merancang BLACK OUT kan penjara,supaya tidak ada siapa akan berjaya nampak & tangkap die..

Pada malam Mat nk Lari..die Lupe nk GeLapkan suasana penjara itu,namun Mat memikirkan cara lain utk melepaskan diri..apabila die dikepung oleh warden & pegawai2 lain..tiba2 Mat menutup mata nya..dan gelak sekuat hati.. lalu dia pon tertangkap..jd dia di bawa ke bilik khas utk disoal siasat oleh warden.. cengini la borak nye..



Warden : kenapa kamu lari td,lepas kene kepong..awk tutup mata? lepas tu gelak kuat2?

Mat : Ouh..tu semua rancangan sy,tp gagal..

Warden : rancangan ape?

Mat : Sy rancang nk lari dlm gelap supaya sy x ditangkap..org pon x nmpk sy.. (senyum sinis)

Warden : abis? kenape kamu tutup mata..kamu lari mase tu pon dlm keadaan terang..

Mat : sape cakap? mase sy TUTUP MATA tu smue nye GELAP..sy x nmpk apa-apa tau..jadi,sy gelak kan la kamu semua..sbb rancangan sy berjaya.. dah x nmpk apa2..sbb sy pon x nmpk apa2.. dah GELAP.. TAPI..sy peLik..

Warden : PeLik? kenape kamu PeLik?

Mat : yeLa..mcmane kamu semua bole tangkap sy dlm gelap? nmpak ke?

Warden : Laaaa.. kamu ni lain kali kalau nk lari,mkn ubat duLu Laa..adoiiiii..!!



Esok nya Warden buat surat utk hantar Mat ke Hospital Bahagia..
Read more ►

Jenaka : Renung2 Kan Lah

0 ulasan
Mungkin ada yang pernah baca cerita ni tapi tak salah kalau aku ingatkan sekali lagi..

Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun/AK 47...

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu""Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu !!!"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah..
Macammana..
Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas.
Selain terhibur anda fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

Dia tak kata pun nak bunuh.. Dia gertak ja bahlul.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
Read more ►

Jenaka :Tertangkapnya seekor toyol

0 ulasan
Bahan2nye...

1. seuncang kacang hijau.

2. beberapa ekor ikan puyu betina dan jantan.

3. dan seekor ketam.

cara-cara dan kisahnye..

Taburkan seuncang kacang hijau di ruang tamu krna tabiat toyol itu sendiri yg suka

bermain-main dgn kacang hijau ( lebih kurang mcm guli la ).

tatkala bermain kacang hijau toyol akan terpandang pula ikan puyu jantan dan

betina di dalam aquarium yg sedang mengawan.. ( ikan puyu mempunyai aura yg

tersendiri ). Lalu ia memberi makan kacang hijau ( kacang meningkatkan nafsu )

kepada ikan tersebut untuk menambahkan tenaga dalaman. Toyol yang sedang

asyik melihat ikan puyu berasmara menjadi khayal ( stim ) lalu bangunlah ia punya

anu, lantas tanpa membuang masa ketam ( di letak di bawah aquarium ) akan

menyunatkan toyol itu ( budak2 kecik kan takut disunat ). Toyol merasakan

kesakitan yang amat lalu menjerit meminta tolong tetapi terjerit namanye toyolll !!!!!

Maka tertangkaplah toyol yang tolol itu...



pengajaran di sini, pencuri di luar sana bukan dipotong di tangan lagi tetapi

potong je la tuttttttttt......
Read more ►

Jenaka :Adik makan Suratkhabar

0 ulasan
Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut
dimarahi oleh ibunya...

Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".

Ibu : "Apa?!"

Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....

Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".
Read more ►

Monday, October 29

kalau binatang ada facebook .. agak-agak apa status ?

0 ulasan

NYAMUK : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

AYAM : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

ANJING:hari ni aku takde suara.alaahh tuan aku bukan kisah pun.dia je tdo aku kena jaga umah dia.rumah kecik bajet ada orang nak masuk,hampeh btul!!malam ni aku nak tdo puas2 haha.

IKAN EMAS:bilala bley makan mknn yg sedap skit.asyik2 biji2 kecik warna warni tu je kasik.hello,i muak okeyyyy!!

KATAK:harap2 malam ni hujan,lama btul x main air hujan,rinduuuu~~

KAMBING:gatalnya badan ni,hmm japgi la mandi.malasla plak ngeee~

BABI : Aku bengang btol la…die gi pijak taik kucing tapi nama aku yang
disebutnye…wei bro! len kali siasat dlu la sape yang berak kt depan umah kaw… tension2!!





Read more ►

Sunday, October 21

Cinta antara dua benua

0 ulasan
Jangan pisahkan…aku dan dia..

Tuhan tolong lah,ku cinta dia..

Biarkan kami,tetap bersama..

Di dalam suka dan dukaaaaaa….


















Read more ►

Saturday, October 13

Macam mana rupanyer pinggan kucing tu?

0 ulasan
                                 
AKU ADA SATU CERITA KISAH BENAR PASAI LAKI KEDEKUT NIE!!
ADA SEPASANG SUAMI ISTERI NIE...KEDUA2NYA KUAR U DAN KERJA PON BAGUS!!!KALAU BINI NAK BELI APA KENA KASI TAU LAKI MINTAK IZIN DULU..GITULAH SYARAT YG LAKI DIA KENAKAN WALAUPUN BINI PON BEKERJA JUGAK!.
BINI DIA NI DAH BRAPA KALI DAH MENGIDAMKAN SET PINGGAN MANGKUK YG BARU...PINGGAN MANGKUK YG DOK GUNA SEKARANG NI NUH ZAMAN SILAM NUH MASA BARU KAWIN DULU2..ITUPUN ORAG HADIAH...MUAHAAAAAAA!!!
KESIAN BINI DIA, NAK BELI SENDIRI SEMBUNYI2 TAKOT TIMBULKAN KEMARAHAN LAKI DIA...
NAK JD CERITA PADA SUATU HARI RUMAH MEREKA DIKUNJUNGI SANAK SAUDARA SEBELAH LAKI DIA..RAMAI JUGAK...DATANG2 NAK MAKAN...LEPAS MASAK2 APALAGI NAK MAKANLAH..PINGGAN PON PINGGAN ITULAH YG ADA PON....MUAHAAAAA!!!!
Dok Dok anak saudara mereka yg kecil tue kata selamber jer...APA PINGGAN RUMAH PAK NAGH NIE CAM PINGGAN KUCING JER!!!!muahaaaaaaa!!!
apa lagi merah padam muka!!!

BESOKNYA AWAL2 LAGI LAKI DIA PI KE KEDAI PINGGAN nak beli pinggan baru yg mahal punya...TP SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT...sanak SAUDARA MEREKA yg ramai2 tue dah PON BERANGKAT PULANG...!!!

MUAHAAAAAA!!!SAMPAI BILA PON SANAK SAUDARA MEREKA AKAN INGAT PERISTIWA PENTING di rumah pak ngah mereka NI...''Pak Ngah mana??? 'Pak ngah pinggan kucing"" muahaaaaaaaa!!!
Read more ►

Monday, October 8

Harimau yang Beriman

0 ulasan
""Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke

dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan

KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak bolehbergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..

Ampunilah aku ya Allah ...makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Harimau itu bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun.

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! "
Read more ►

Bilal Testing Mic

0 ulasan
Sambil tunggu masuk waktu asar bilal tertidur kat tiang dalam masjid. tiba2 ada orang cuit bahu nak tanya 'Bang, oh bang' Bilal terjaga, terus bangun dan pergi kat mikrofon lalu azan 'Allahu Akbar Allahu Akbar' Orang yang nak tanya tadi terus bagi tau kat bilal, 'bang, asar belum masuk lagi' Apa lagi, bilal dengan selamba terus je cakap,'ujian suara, satu dua tiga, ujian suara satu dua tiga'... ..
Read more ►

Kisah kambing dan ayam

0 ulasan
Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.
Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.


Ayam : Kambing, pekabo?


Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
Read more ►

Siapa Ayahnye?

0 ulasan
Sepasang suami isteri sedang menikmati makan malam yang indah sempena ulang tahun perkahwinan nye yang ke-50. Mereka dikurniakan anak seramai 8 org..28 cucu dan 2 cicit.Ketika menikmati pencuci mulut..si suami tiba-tiba teringat sesuatu dan bertanyakan kepada isterinya…

Suami: Sayang…ada satu hal yang ingin ku tanyakan kepada mu sejak sekian lama. Tapi aku merasa tidak selesa jadi pertanyaan ini tidak pernah ku lontarkan…Tapi malam ini malam istimewa ..jadi ada baik nya aku tanyakan sekarang….

Isteri: Ape sayang…tanya sahaja..mengapa tidak selesa?

Suami: Begini ..anak kita yang no-4 tidak mirip dengan adik beradik yang lain..Adakah Ayah nya berbeza?

Isterinya terkejut dengan pertanyaan begitu…lalu perlahan menundukkan kepala tidak sanggup melihat suaminya itu..Dengan perlahan si isteri menjawab..


Isteri: Ya….Ayah nya berbeza..


Hening seketika…mata si suami sudah bergenang dengan air mata..tapi di tahan sebak di dada…lalu dia pun berkata perlahan…


Suami:Erm…ohh..begitu….Kalau begitu..boleh kah aku tahu siapakah Ayahnya….???


Hening lagi suasana…Si isteri lama mendiamkan diri lalu di tabah kan hati untuk menjawab soalan suaminya itu.


Isteri: Ayah nya…ialah….Kamu..
Read more ►

Pembohong

1 ulasan
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!

“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.

“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…
Read more ►

Friday, September 28

Suami yang kantoi dan bini yang sengal

0 ulasan
Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : Nape ni yang?
Isteri : Sudahla bang..lepaskan saje saya ni!!

Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi...


                                              
Read more ►

Anak tertelan duit syiling

0 ulasan
Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

                                                       
Read more ►

Kalau dah gila tu..gilalah jugak

0 ulasan
Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"



Read more ►

Kisah seram selepas kematian kawan abang minggu lepas

0 ulasan
Hampir setiap malam adik dia diganggu oleh roh abang dia dalam mimpi. Jadi dia berjumpa seorang bomoh di hujung kampung. Bomoh tu berkata bahawa roh abang dia tak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu atau barang kepunyaan dia masa hidup.

Jadi nak bagi roh abang dia aman, bomoh mencadangkan dia buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan bakar di pusara abang dia. Jadi banyaklah replika harta dibuat..kereta, isteri, wang, rumah, jam tangan, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum mati. Selepas dibakar adiknya tidur pada belah malam tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset adik dia berbunyi..dapat mesej dari abang dia yang sudah tiada..agak berdebar-debar dibuatnya..tertulis pesanan ringkas lalu dibaca..



Adik, charger handsetnya mana?


                                                   
Read more ►

Kisah Membeli Kain Pelikat di Kedai Pak Arab

0 ulasan
Seorang warga indonesia membeli kain pelikat di Kedai Pak Arab di Mekah.Kat kain tu ada tertulis DIJAMIN TIDAK LUNTUR.Setelah membayar harga kain, indon tu balik ke hostel.

Esoknya si indon tu basuhlah kain tu.tapi tetiba je warnanya luntur.apalagi si indon tu pun dengan perasaan marah pergi balik ke kedai Arab tu.yg bestnya arab tu pandai cakap melayu.indon tu pun komplen la sebab kat kain tu ada tertulis Dijamin tidak luntur.Pak Arab tu pun kata...

Ente orang indonesia baca dari kiri kekanan DIJAMIN TIDAK LUNTUR....tapi ana orang arab baca dari kanan ke kiri..LUNTUR TIDAK DIJAMIN

hahaha loyar buruk la pak arab tu...indon tu bengang laaa...sekian....


                                               
Read more ►

Thursday, September 20

JANGAN GELAK

0 ulasan
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat
badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: "47 kg!"Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!" Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai!"
Read more ►
SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi