Friday, January 18

Mengertikah Anda Apa itu Fasik?

1 ulasan

Anda tahu apa itu Fasik?

Sekadar perkongsian bagi yang kurang mengerti.Dipetik dari Kuliah TG Nik Aziz berkaitan Sirah Nabawiyah.Bagi yg mengerti, jika ada tambahan ilmu,sila kongsi. Tidak rugi ilmu anda bila berkongsi.Percayalah.

Jika anda ingin tahu ciri-ciri Org Fasik,Hukum Org Fasik,Definisi orang Fasik dan info ala-ala dalam buku teks, sila rujuk kembali buku Teks Pendidikan Islam anda atau cari dengan En Google,kita cuba hurai dari sudut pandangan lain kali ini.

Fasiq dari sudut bahasa adalah 'terkupas kulit luar'.

Diguna masyarakat arab untuk menggambarkan sesuatu yg tidak sempurna apabila terkupas.

seakan kulit pisang terkupas, cepatlah rosak pisang itu,
seakan kulit durian terkupas, cepat rosak isi durian itu,
seakan makanan yg tidak ditutup dgn saji, cepat dihurung lalat sajian anda!

Begitu juga kita.

jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalam (Iman) itu sempurna.mungkin berkulat, mungkin dihurung lalat,malah mungkin sudah berulat!

Mana mungkin iman anda sempurna bila anda malas solat.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak puasa.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak berzakat.

dari sudut manusiawi, yang luar itu islam,yang dalam itu iman. apabila terang-terang terkupas islam diluar itu,rendah kebarangkalian yg dalam itu suci terjaga!

Perbuatan dan penampilan zahir itu menggambar anda adalah seorang Islam atau tidak-solat anda,puasa anda,zakat anda,sedekah anda dan segala-gala yang berbentuk syiar. Yg mengesahkan anda adalah seorang islam.

Sebagai contoh,seorang islam tidak boleh ada tatu,maka jika anda terjumpa orang bertatu,maka automatik anda berpendapat orang itu bukan islam.




Perbuatan batin itu susah ditafsir.Iman itu barang dalam,ia sama sekali tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.Mungkin anda melaksanakan semua suruhan-suruhan Allah seperti diatas, tp jika anda syirik dengan Allah, mana orang tahu!

Orang fasiq itu orang yg terkupas islamnya.
Orang syirik itu terkupas iman dan akidahnya.


Sebab itu syirik itu jauh lebih mudarat dari fasiq.Tapi kita kena ingat,kemuliaan anda hilang bila anda fasiq.

Amat payah untuk kesyurga bila iman itu berdaki dan rosak sifatnya.Kita akan dicelup dalam api neraka untuk membersihkan daki-daki dosa sebelum kita dibenar menjengah kesyurga.Seakan bijih-bijih timah yg perlu dimasak dalam relau untuk mengasingkan timah asli dan daki-daki bijih.

Daki-daki itu sedikitpun tiada nilai.
Yang dicari orang bijih timah yg tulen itu.

Dosa-dosa itu juga tiada nilainya.Nilainya adalah sebagai tiket untuk anda dicelup dalam api neraka yang panas amat.
Yang dicari adalah iman yg tulen.Tiket ke syurga!

Sanggupkah anda ke neraka? Sama-sama muhasabah diri, semoga rahmat Allah bersama kita.Semoga Allah masih sudi merahmati kita walaupun bergunung dosa kita.

Wallahualam.
Read more ►

Monday, January 7

Trend Mendekati Zina Sebelum Bernikah

0 ulasan

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aumm! Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu apa yang terjadi? Sudah tentu ramai antara kita bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok bawah katil, mengunci diri di dalam bilik dan ada juga yang terus terkejut pengsan.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang mas
uk ke dalam rumah kita. Nggg! Apa yang terjadi?Hmm, ia terbang bebas ke hulu hilir. Ramai yang buat tidak tahu sahaja. ‘Apalah yang perlu ditakutkan dengan seekor nyamuk,’ hati berbisik. Cuma seekor.

Jelas, semua orang takut kepada sesuatu yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada sesuatu yang kecil. Sedangkan, jika dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, yang mana lebih ramai?


Bandingannya mudah. Berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang? Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, malaria, Japanese Encephalitis, untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaikan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan bencikan zina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitive untuk menghindarinya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Tidak hairanlah Quran menyuruh supaya berawas terhadap perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah swt yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-seburuk jalan” (Surah al-Isra’ 17:32)
Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

SMS, panggilan telefon, dating, chatting, dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, “al-asl fi al-ikhtilat haram” (asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram).

Namun jika atas dasar urusan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah “al asl fi al-muamalat al-ibahah” (asal hukum berkaitan muamalat ialah harus).

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, “al-darurah tubihu almahzurat “ yang bermaksud darurat membolehkan apa-apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, keharusan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya ada adab, akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang beralasankan “urusan” untuk menghalalkan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram) terlarang. Panggilan telefon, SMS, dating, dan chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “urusan”?

Urusan adalah sesuatu yang apabila dibentangkan di hadapan Allah swt, kita yakin kita mampu menjawab dan berhujah bahawa ia adalah urusan maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was was sama ada ia suatu urusan atau tidak, berawaslah.

Daripada al-Nawwas bin Sam’an ra, bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: “Kebajikan itu ialah keelokkan budi pekerti dan dosa itu adalah apa yang bergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.” (Riwayat Muslim)

Cinta Fitnah

Cinta asalnya suci dan bersih boleh tercemar apabila disalurkan kepada jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusof al-Qardawi apabila ditanya tentang cinta sebelum bernikah: “Saya ingin tegaskan apa yang sering dikatakan. Saya tidak menyetujui apa yang dilaungkan segolongan orang yang tentang pentingnya bercinta sebelum berkahwin kerana cara itu dikhuatiri mengundang bahaya dan terjebak dalam syubhat.”. Kata beliau lagi; “ berapa orang mula bercinta dengan cara yang tidak benar seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia sering kali dilakukan oleh anak-anak muda ketika waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasa berlaku dalam rumah tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik si remaja mahupun ibubapanya. Awalnya memang cuba-cuba tetapi akhirnya ketagihan. Awalnya sekadar suka-suka akhirnya serius.”
Menghampiri zina semakin menjadi trend atau budaya muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasululullah saw telah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud. “Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuat kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad)

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang “berat-berat” terus. Ia biasanya dimulai dengan yang “ringan-ringan” dahulu atau apa yang disebut sebagai menghampiri zina. Ingatlah pesan Nabi saw ini;

“Mata itu berzina dan zinanya adalah dengan memandang (tanpa keperluan). Lisan berzina dan zinanya adalah dengan bercakap (yang sia-sia, lucah, mendayu-dayu, dan lain-lain). Kaki itu berzina dan zinanya adalah dengan melangkah (untuk maksiat). Tangan itu berzina dan zinanya adalah dengan menyentuh dan memeluk (untuk maksiat). Hati itu berkeinginan dan berangan-angan. Faraj yang kemudian membenarkan atau mendustakannya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Read more ►

Thursday, January 3

Kecantikan bukanlah segala-galanya

1 ulasan

kajian pernah dibuat ke atas ramai respondent tentang apakah kriteria yang dilihat oleh lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan. majoriti lelaki memilih kecantikan sebagai kriteria pertama dan majoriti wanita memilih kewangan/harta sebagai kriteria utama. kajian ini adalah kajian di amerika dan saya andaikan inilah kriteria yang diambil oleh kebanyakkan org di dunia.

di sini saya ingin fokuskan kepada kecantikan. kecantikan memang satu kebahagiaan bagi lelaki. semakin cantik seseoranag itu, semakin dia mendekati nilai kewanitaan dari segi kaca mata kasar. keinginan lelaki kepada kecantikan bukan satu perkara baru. ia adalah nafsu yang sudah bertapak sejak zaman pembunuhan qabil terhadap habil lagi kerana dengki melihat saudaranya mendapat pasangan yang cantik.

saya teringat satu filem bersiri dr house memilih dr cameron sebagai pembantunya. dr cameron merasa tercabar kerana dr house memilihnya untuk berkerja dengannya kerana kecantikannya dan bukan kerana kepandaiannya. bila ditanya oleh dr cameron, dr house menjawab "saya memilih awak sebab memilih awak adalah seperti meletakkan patung hiasan di ruang legar".

sepertimana tidak wujudnya cinta sejati, begitulah juga tidak wujudnya kecantikan sejati. saya maksudkan dengan kecantikan sejati ialah kecantikan yang apabila diperolehi, kita puas dengannya dan tidak akan ada yang lebih cantik dari itu. 'kecantikan sejati' tidak wujud. gelaran wanita tercantik di dunia adalah satu tahyol. sesiapa yang menburu kecantikan sejati samalah seperti mengejar fatamorgana. sungguh kasihan, dia merasakan dengan mendapat wanita yang lebih cantik akan memuaskan hatinya tetapi sebaliknya dia akan menjadi seperti seorang yang sentiasa lapar walaupun makan apa sahaja. jiwa tidak tenteram dan sentiasa tercari-cari kecantikan yang boleh memuaskan hati buat selama-lamanya. melompat dari satu wanita ke wanita yang lain mencari-cari kepuasan diri yang tak kunjung tiba.

realitinya kecantikan wanita tidak akan berkesudahan. setiap hari kita akan sentiasa berjumpa dengan wanita cantik yang berlainan dan nafsu akan sentiasa tertarik. persoalannya dimanakah sudahnya pencarian ini? seperti kawan saya pernah berkata "ibu-ibu melahirkan perempuan cantik setiap hari, dimanakah sudahnya?".

jika inilah kriteria utama yang dijadikan kayu ukur untk memilih pasangan, ia akan mendatangkan masalah kepada kita atas beberapa faktor:

1. perempuan yang terlalu cantik akan menarik terlalu ramai lelaki. ia dari satu segi akan menyusahkan kita sebagai pasangan hidupnya. seperti kata pepatah "barangsiapa yang berkahwin dengan wanita cantik, maka sebenarnya dia berkahwin dengan masalah".

2. sebenarnya kecantikan bukanlah segala-galanya yang menjamin kebahagiaan. kecantikan tanpa agama adalah tanggungan dosa. kecantikan tanpa akhlak adalah neraka. kecantikan tanpa ilmu adalah kemunduran.

sebab itulah rasulullah pernah bersabda "wanita yang berkulit hitam dan koyak telinganya adalah lebih afdhal dikahwini jika dia beragama".

saya tidak sekali-kali menafikan kecantikan sebagai salah satu dari faktor kebahagiaan.ia adalah satu faktor yang tidak boleh dinafikan. menurut imam ghazali, kecantikan diletakkan dalam keutamaan ke 3 selepas agama dan akhlak.

jangan ditolak faktor kecantikan dalam memilih pasangan. itu adalah orang yang cuba menafikan fitrah. sesiapa yang cuba menafikan fitrah, dia akan mengundang masalah dalam hidupnya. cuma pada pendapat saya berpada-padalah dalam memilih kecantikan sebagai faktor memilih pasangan. jangan cuba mendidik diri kita untuk terlampau dalam memilih kecantikan, kelak akan menyusahkan diri sendiri.
Read more ►

Cinta kepada pasangan adalah cinta bersebab

0 ulasan
saya sudah masukkan beberapa persoalan yang boleh diajukan untuk membuktikan bahawa cinta kita bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab. atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan. bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung" Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 H), hlm. 597.

di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

kesimpulan penting bagi cinta sejati

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh. yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan. hingga merasakan kebahagian itu hanyalah denga si dia. ini mengingkari hadith:

“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman:

 (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, 
(2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, 
(3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

menyintai manusia secara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah juga mengingkari tauhid uluhiyyah. saya akan jelaskan secara ringkas tentang iktikad ini. orang melayu menafsirkan ILAH sebagai tuhan. apabila kita menyebut la ILAH illallah maka kita tafsirkan sebagai tiada TUHAN melainkan Allah. ini adalah penafsiran yang betul. walaubagaimanapun ILAH membawa maksud yang luas. antara maksud ILAH ialah:
tumpuan pengibadatan
pemberi rezeki
sumber perundangan
tempat kecintaan


jadi bila disebut la ilahaillallah itu juga bermaksud:
tiada tumpuan pengibadatan melainkan Allah
tiada pemberi rezeki melainkan Allah
tiada sumber perundangan melainkan Allah
tiada tempat kecintaan melainkan Allah

kecintaan kepada yang lain hanyalah kerana Allah. kita menyintai ibu bapa kita kerana Allah. kita menyintai pasangan kita adalah kerana Allah. jika pasangan kita tidak mengikut suruha Allah maka kita tidak akan menyintainya. ini berlawanan dengan konsep cinta sejati yang meletakkan cinta kepada kekasih sebagai tempat yang paling atas. kalau kita biasa mendengar lirik lagu atau skrip filem hindustan, kita akan dapat melihat bagaimana konsep cinta agung kepada kekasih itu diagung-agungkan hingga ke tahao yang tidak masuk akal.

konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.
Read more ►

Cinta sejati hanyalah kepada Allah

0 ulasan

sebenarnya sejak dari mula kejadian lagi kita sudah diberikan satu fitrah. fitrah untuk mengenal dan mencintai pencipta kita. kita mungkin tidak perasan akan fitrah ini kerana sejak dari awal lagi kita sudah diajar untuk mengenal pencipta, mengetahui sifat-sifatnya, cinta dan beriman kepadaNya. sahabat tidak melalui suasana yang dilalui oleh nabi ibrahim yang mana sejak kecil dia tidak pernah dikenalkan kepada penciptanya.

kisah nabi ibrahim ini dinyatakan dalam al-Quran....

al-an'am

[75]
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
[76]
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
[77]
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
[78]
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
[79]
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
[80]
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
[81]
"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"
[82]
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


kesimpulan dari kisah ini ialah cinta sejati kita kepada Allah adalah suatu yang telah dimasukkan ke dalam hati kita sejak awal lagi. sedangkan cinta kita kepada manusia bergantung kepada tempat yang kita dipertemukan dan kriteria yang kita inginkan. cinta sejati bermaksud satu kecintaan yang tidak akan berubah walau apapun yang berlaku. dan cinta ini nampaknya hanya dapat dicapai dengan Allah. sedangkan manusia, walau betapa sayangpun kita kepadanya, jika dia melakukan apa yang kita benci, pasti cinta kita kepadanya akan luntur.

kecintaan sejaati kita kepada Allah adalah kerana Allah adalah pencipta yang tidak pernah berubah dari segala sifatnya. tidak seperti manusia yang mana kita menyintainya apabila dia kaya dan kurang menyintai apabila dia miskin. ataua menyintainya apabiula dia cantik dan dan kurang menyintainya apabila dia tidak cantik. atau menyintainya apabila dia berakhlak baik dan membencinya apabila dia menjadi seorang yang jahat dan berhati busuk. Allah tidak pernah berubah dari sifat-sifatNya yang maha Kaya, maha Mulia, Maha Bijaksana dan lain-lain lagi.

juga segala perkara malang yang menimpa kita adalah datangnya dari kita dan segala kebaikan yang kita perolehi adalah nikmat dariNya.*
Read more ►

Cinta sejati tidak wujud

0 ulasan
"aku akan bertemu dengan cinta sejatiku", "siapakah yang ditakdirkan untukku?", "adakah si dia cinta sejatiku?", "dia sudah pergi, tiada lagi cinta sejatiku di dunia ini", " hanya dia yang ditakdirkan untukku".

kita biasa mendengar pernyataan ini sama ada di dalam filem cinta hindustan, filem cinta melayu atau dalam kehidupan sebenar. kalau di dalam filem, kita akan melihat hero dan heroin akan menempuh pelbagai rintangan untuk memastikan cinta mereka bersatu, lautan badai sanggup direnangi, sanggup jatuh miskin demi cinta sejati, sanggup membelakangkan keluarga, lari dari rumah dan sebagainya kerana cinta sejati. malangnya hal ini tidak hanya terjadi dalam filem sahaja. di kehidupan sebenar, ramai juga anak muda yang terpengaruh dengan doktrin 'cinta sejati'. bagi mereka, tanpa cinta sejati ini, hidup tidak akan bahagia. hidup tidak berguna lagi. ada yang sanggup bercerai kerana 'cinta sejati'. maka insan tadi sentiasa berkhayal dan mencari-cari siapakah cinta sejatinya bagi mengejar mimpi yang indah.

sahabat sekalian,

ada satu berita yang mendukacitakan ingin saya sampaikan di sini. cinta sejati tidak wujud!. ia hanyalah satu khayalan yang diulik dan didodoi di setiap masa dan sepanjang zaman. doktrin yang dipromosikan melalui nyanyian dan filem. seperti mana tidak ada superhero yang boleh terbang atau raksasa yang merosakkan bandar, begitu juga dengan cinta sejati.

kita tidak pernah diciptakan khusus hanya seorang insan sahaja. tidak pernah ada ayat al-Quran atau hadith yang memberitahu kita bahawa cinta kita hanya untuk seorang insan sahaja. cinta kita adalah berfaktor, bersebab dan boleh dipupuk.

kerosakan daripada doktrin ini

kepercayaan ini telah banyak membawa kerosakan dalam masyarakat:
pasangan berkahwin merasa tidak bahagia kerana berfikir bahawa orang yang mereka kahwin bukanlah cinta sejati mereka.
seorang anak muda menolak untuk bersama dengan seorang yang berkualiti hanya kerana merasakan bahawa itu bukan cinta sejatinya.
anak-anak muda bercinta monyet yang melompat dari satu percintaan ke percintaan yang lain semata-mata untuk mencari cinta sejati yang tidak kunjung tiba.

maka ramailah yang kecundang dalam mencari cinta sejati yang tidak kunjung datang. konsep 'cinta sejati' tidak datang dari budaya Islam. asal usulnya tidak jelas tetapi ia mula disemai dalam masayarat apabila wujud perniagaan novel, nyanyian bermotifkan cinta dan filem filem yang datangnya dari negara-negara yang mengamalkan pergaulan bebas.

selanjutnya dalam tajuk ini:
doakan untuk mendapat jodoh terbaik dan bukannya jodoh yang ditakdirkan.
apa yang dikatakan cinta berfaktor dan boleh dibina.
kisah pemuda dan buah epal.



persoalan tentang cinta sejati

soalan untuk yang mempercayai cinta sejati

di sini disenaraikan beberapa contoh soalan kepda orang yang mempercayai cinta sejati:

cuba bayangkan wajah seseorang yang dirasakan sebagai cinta sejati sebelum menjawab soalan ini.

1. kalau dia tiba-tiba jatuh miskin dan merempat meminta sedekah, adakah masih ada cinta sejati?
2. jika dia tiba2 kemalangan dan lumpuh, buta dan tidak siuman, adakah masih ada cinta sejati?
3. jika dia murtad dan menjadi seorang pengikut kuat agama lain, adakah masih ada cinta sejati?
4. jika dia menjadi seorang suka berzina dengan orang lain, adakah masih ada cinta sejati?
5. jika sahabat baru mendapat tahu yang dia berjantina sebaliknya, masihkah wujud cinta sejati?


jika jawapan bagi soalan2 ini ialah tidak, maka ini membuktikan cinta sejati kepada pasangan tidak wujud. yang wujud ialah cinta bersebab.

jika semua soalan ini mempunyai jawapan YA, bagi saya sahabat adalah seorang yang gila.

pengalaman saya bertanyakn soalan ini.

semasa saya masih di sekolah menengah berasrama penuh, saya ada bertanyakan seorang kawan saya berkenaan perkara ini. saya masih ingat waktu itu adalah malam hujung minggu dan kelas-kelas sekolah asrama biasa diguanakan untuk dating.apabila dia balik dari berjumpa dengan makwenya, saya tanyakan soalan.

"hee Man (nama gelaran untuknya), kalau awek engkau lepas ni berlanggar dan lumpuh, engkau akan cinta kat dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bertanya lagi "jika dia kemalanagan dan mukanya penuh dengan parut, engkau akan menyintai dia lagi ke?"

dia menjawab "tidak".

saya bersyukur kerana Man menjawab soalan saya dengan jujur. ini bermakna cintanya kepada aweknya adalah cinta bersebab.
Read more ►

kehancuran akhlak bermula dari pakaian

0 ulasan
Untuk memahamkan saudara/i, saya perlu untuk menjelaskannya secara berperingkat dan saya akan cuba ringkaskan penerangan ini. lelaki memang diciptakan untuk tertarik kepada wanita. itu sudah naluri yang telah dimasukkan ke dalam jiwa lelaki. ini dinyatakan sendiri oleh Allah ta'ala melalui firmanNya yang bermaksud:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia (lelaki) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik
 (Ali-Imran: 14)

Allah s.w.t senaraikan di sini:

1. wanita
2. anak-anak
3. harta
4. kuda-kuda (kenderaan, kereta besar, motorsikal berkuasa besar)
5. dan lain-lain
tetapi yang paling hadapan adalah wanita. oleh kerana wanita adalah tarikan yang sangat besar, hinggakan Rasulullah berkata akan dianugerahkan perlindungan di akhirat kepada lelaki yang menolak pujukan wanita. ini melalui hadith:

"Tujuh golongan orang yang akan dinaungi oleh Allah yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya: ... seorang laki-laki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang punya kedudukan dan kecantikan, lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah". (HR. Bukhari dan Muslim).

menolak ajakan wanita bukan satu yang mudah bagi lelaki. kenikmatannya di situ. kerana itulah mana-mana lelaki yang lulus ujian ini, dimasukkan dalam 7 golongan yang dinaungi Allah di hari akhirat.

Ajakan wanita

terdapat 2 jenis ajakan dari wanita. secara langsung dan secara tidak langsung. kedua-duanya bahaya.

secara langsung ialah dengan wanita itu menyatakan keinginannya sama ada ajak jalan-jalan, keluar makan ataupun berzina.

ajakan secara tidak langsung ialah melalui PAKAIAN. dalam dunia lelaki, wanita berpakaian sopan bermaksud tidak mahu didekati untuk bermain-main. wanita yang berpakaian sopan mungkin juga mahu didekati, tetapi dengan cara yang betul dan tujuan yang betul melalui perantaraan dan tujuannya ialah mendirikan keluarga. ini sesuai dengan firman Allah:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
 ( surah al-Ahzab: 59)


ayat ini dengan jelas menyatakan pakaian sopan sebagai signal tidak mahu diganggu dan dipermainkan seperti wanita murahan.

dalam dunia lelaki, berpakaian seksi/jalang bermaksud wanita itu mahu didekati dengan cara yang MUDAH. berpakaian seksi bagi manusia samalah seperti pheromon bagi haiwan betina.

Apa itu PHEROMONE

secara ringkasnya pheromone ialah cecair berbau yang dikeluarkan oleh binatang atau serangga benita apabila dia sudah bersedia untuk mengawan. pheromone boleh dihidu dari jarak berbatu-batu oleh haiwan/serangga jantan. Hal ini menyebabkan ramai haiwan jantan bunuh-membunuh untuk mendapatkan haiwan betina yang mengeluarkan pheromone itu. pheromone boleh menyebabkan haiwan jantan menjadi stress dan kacau bila tidak dapat mengawan.

dalam dunia manusia lain sedikit kisahnya. disebabkan manusia tidak ada pheromone seperti haiwan/serangga, manusia perempuan menggunakan bentuk badan untuk menarik manusia lelaki untuk mendekati mereka. dalam dunia manusia lelaki, mendedahkan tubuh seperti menampakkan bentuk buah dada, menampakkan bentuk punggung dan pinggul biasanya hanya membawa satu maksud: manusia perempuan itu mengajak secara kiasan supaya mendekatinya. manusia lelaki yang terangsang nafsunya dengan pemakaian seksi akan menjadikannya stress dan serba tidak kena jika tidak dapat dilepaskan nafsunya melalui hubungan seks.

persoalannya ialah adakah kita mahu gunakan cara yang hampir sama sepertimana yang dilakukan oleh haiwan atau serangga untuk mendapatkan pasangan ataupun kita mahu gunakan cara manusia bertamadun? 

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

cara cari pasangan manusia bertamadun adalah melalui perantaraan keluarga/teman atau melalui sistem yang melindungi wanita tanpa menggadaikan maruah diri dengan ditayangkan bentuk badan ke sana ke mari bagaikan orang yang terdesak. bentuk tubuh kita nampak hampir keseluruhan seperti haiwan yang tidak berpakian sedangkan haiwan tidak mampu untuk memakai pakaian. kalau manusia yang dianugerahkan Allah dengan pakaian bermula dari zaman nabi adam lagi berpakain tetapi nampak bentuk tubuh sepertimana haiwan yang tiada pakaian, jatuh maruah kita sebagai seorang manusia.

sebab kita dikenali sebagai manusia dan yang lainnya bernama haiwan walaupun memiliki karekteristik yang sama (berdarah panas, omnivor, beranak) adalah kerana kita adalah makhluk yang berakal dan berdisiplin. tetapi bila kita mula melakukan seks bebas seperti babi (bukan cakap kasar, memang ini kriteria babi), mula menunjukkan bentuk badan seperti badak sumbu atau singa laut, kaum wanita diperaga bersama kereta seperti barang komoditi, maka hilanglah nilai kita sebagai manusia.

kesimpulan

dari perbincangan ini fahamlah kita semua bahawa gejala buruk seperti zina, pembuangan bayi dan percampuran lelaki dan perempuan bermula dari satu perkara : PAKAIAN SEKSI. tidak perlu pening kepala untuk mengadakan forum atau perbincangan di peringkat universiti untuk mencari punca gejala zina dan buang anak, kerana jawapannya sudah dinyatakan di sini; ia bermula dengan BERPAKAIAN SEKSI. cuba tangani masalah pakaian mendedahkan tubuh dan insyaAllah gejala buruk yang lain akan dapat dikurangkan dengan banyak.

"Takutlah (hati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, karena sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israil (kaum yahudi) adalah fitnah wanita"
 (HR Muslim)
Read more ►

Wednesday, January 2

" Insya Allah" kalimah yang dapat memecahkan tembok Ya'juj dan Ma'juj

0 ulasan


Di antara bangsa-bangsa manusia, tidak ada bangsa yang sekuat ya'juj ma'juj, sekejam ya'juj ma'juj, dan sebanyak ya'juj ma'juj. Namun tidak disangka, bahawa kelak yang membebaskan mereka dari tembok yang kukuh dibina Dzulqarnain adalah kalimat 'Insya Allah'.

Nabi Muhammad SAW pernah ditanya oleh An-Nadhar bin Al-Harith dan 'Uqbah bin Ani Mu'ith sebagai utusan kaum kafir Quraisy. Soalan-soalan yang diajukan oleh kedua-dua orang ini adalah bagaimana kisah Ashabul Kahfi?, Bagaimana kisah Dzulqarnain?, Dan Apa yang dimaksudkan dengan Ruh?.

Rasulullah SAW bersabda kepada dua orang itu, "Esok akan saya ceritakan dan saya jawab." Akan tetapi Rasulullah SAW lupa mengucapkan "Insya Allah". Akibatnya wahyu yang datang setiap kali beliau menghadapi masalah pasti terputus selama 15 hari.

Sedangkan orang Quraisy setiap hari selalu menagih janji kepada Rasulullah saw dan berkata "Mana ceritanya? Besok .. besok .. besok .." Ketika itu Rasulullah saw sangat bersedih. Akhirnya Allah menurunkan wahyu surah Al-Kahfi yang mengandungi jawapan kedua-dua soalan pertama, soalan ketiga berada dalam surah Al-Israa ayat 85.

Allah berfirman pada akhir surat Al-Kahfii:

"Janganlah kamu sekali-kali mengatakan, 'Sesungguhnya saya akan melakukan hal ini esok,' kecuali dengan mengatakan Insya Allah." (Surah al-Kahfi :23-24)

Sebuah kalimat yang sering kita salah ertikan tetapi orang yang paling mulia disisiNya, yang telah diampuni dosanya baik yang telah lalu dan yang akan datang pun ditegur oleh Allah SWT kerana lupa mengucapkan "Insyaa Allah". Ada rahsia besar apa di sebalik kalimat Insya Allah?

Perhatikan petikan ayat diatas, di dalam ayat tersebut Allah memerintahkan manusia ketika semua rencana sudah matang dan pasti janganlah mengatakan "Sesungguhnya aku akan mengerjakan esok" tetapi harus diikuti dengan ucapan Insya Allah.

Sebab ucapan "Sesungguhnya aku akan mengerjakan esok" adalah sebuah 'ucapan kepastian', keyakinan diri jika hal itu benar-benar akan dilakukannya, bukan keraguan-keraguannya.

Benar, Insya Allah adalah penegas ucapan kepastian dan keyakinan. Bukan ragu-ragu. Dari situlah tubuh kita mengeluarkan semacam kekuatan dan kepasrahan total yang tidak kita sedari sebagai syarat utama tercapainya sebuah kejayaan.

Manusia hanya merancang dan berikhtiar, Allah yang menentukan hasilnya. Manusia terlalu lemah untuk mengucapkan 'pasti', kerana Allah sebagai sang pemilik badan ini dapat berkehendak lain.

Ingat baik baik! Jika kamu tidak pasti atau tidak boleh memastikan sebuah rencana, maka jangan pernah mengatakan Insya Allah, cukup katakan saja "Maaf, saya tidak boleh" atau "Maaf, saya tidak dapat menghadiri ..."

Tetapi bila kamu pasti boleh melakukan rencana itu, maka katakanlah "Insya Allah", nescaya kamu akan melihat sebuah ketentuan Allah sesuai dengan apa yang telah dijanjikan oleh-Nya.

Jika kaum perosak sekelas ya'juj dan ma'juj saja boleh berjaya walaupun tanpa sengaja mengucapkan Insya Allah, bagaimana halnya dengan kita. Apatah lagi jika disertai dengan kesedaran dan penuh kepastian mengucapkannya. Yakinlah, janji Allah SWT selalu benar, Dia-lah sebaik-baik penepat janji.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Harmalah dari bibinya berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Kamu mengatakan tidak ada permusuhan, padahal kamu sentiasa memerangi musuh, sehingga datanglah Ya'juj dan Ma'juj; yang lebar jidatnya, sipit matanya, menyala (merah) rambutnya, mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, wajahnya seperti martil. "

"Mereka (Ya'juj & Ma'juj) berusaha untuk keluar dengan pelbagai cara, hingga sampai saat matahari akan terbenam mereka telah dapat membuat sebuah lobang kecil untuk keluar. Lalu pemimpinnya berkata, 'Esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita pasti boleh keluar dari sini. "

"Namun keesokkan harinya lubang kecil itu sudah tertutup kembali seperti sedia kala atas kehendak Allah. Mereka pun bingung tetapi mereka bekerja semula untuk membuat lubang untuk keluar. Demikian kejadian tersebut terjadi berulang-ulang."


"Hingga kelak menjelang Kiamat, di akhir petang setelah membuat lubang kecil pemimpin mereka tanpa sengaja berkata," Insya Allah, esok kita teruskan kembali kerja kita dan esok kita boleh keluar dari sini. "

"Maka keesokan paginya lubang kecil itu ternyata masih tetap ada, kemudian terbukalah dinding tersebut sekaligus kegaibannya dari penglihatan masyarakat luar sebelumnya."


"Dan golongan Ya'juj dan Ma'juj yang selama ribuan tahun terkurung telah berkembang pesat jumlahnya akan turun bagaikan air bah memuaskan nafsu makan dan minumnya di segala tempat yang dapat mereka jangkau di bumi."
 

- terjemahan dari smaartnewz.info
Read more ►

Permulaan kerosakan akhlak

0 ulasan

Apa yang berlaku sebelum tahun 80an adalah berbeza dengan selepasnya.sebelum itu Tv hanyalah terhad kepada siaran tempatan sahaja.walaupun ada siaran yang mempengaruhi akhlak, ianya tidak dicapai oleh semua penduduk. tetapi apa yang berlaku selepas tahun 80an adalah berbeza. selepas cd dan dvd mula diperkenalkan, filem filem luar yang merosakkan akhlak atau setidak-tidaknya yang menunjukkan pergaulan bebas mula melimpah dan tersebar luas. setelah komunikasi satelite bertambah canggih, tv swasta pula memainkan peranan menyebarkan filem, drama dan video klip musik yang menonjolkan kerosakan akhlak. ditambah pula dengan siaran realiti tv yang mempamerkan pendedahan aurat dan pergaulan bebas termasuk dikalangan golongan yang memakai tudung.

kemajuan internet dan perubahan kelajuan internet daripada sistem dail up kepada sistem jalur lebar telah memindahkan banyak budaya asing kepada umat Islam. itu sebabnya perubahan kerosakan akhlak masyarakat Islam lebih cepat berlaku selepas tahun 80an berbanding sebelumnya yang mana teknologi maklumat belum berada di tahap yang tinggi. Sistem pertahanan akhlak negara sememangnya sudah lemah dari dulu lagi. Ia adalah retak menunggu belah. Atau bangunan usang menungggu runtuh. Sistem mencampurkan lelaki dan perempuan dlm sistem pendidikan adalah pemangkin kerosakan akhlak. begitu juga pergaulan bebas lelaki perempuan di tempat kerja.

kelonggaran terhadap hukuman zina

Kelonggaran sistem undang2 islam dlm menghukum penzina juga yang hanya dibayar denda menolong kepada kerosakan akhlak umat islam. allah maha mengetahui tentang hukum yang paling sesuai bagi penzina. Hanya sebat 100 kali dan rejam smpai mati yg boleh memadamkan nafsu penzina. Denda rm 3,000 jika dibanding dengan nikmat berzina adalah tidak setimpal. pemakaian 'berpakaian tetapi telanjang' yg diamalkan oleh wanita islam hanya dibiarkan sahaja oleh gerakan islam, pemerintah dan juga jabatan islam yg berkuasa. Saya tidak menyalahkan teknologi yang berubah kepada yg lebih canggih. Yg malangnya ialah telah mengalirkan budaya asing yg telah merubah akhlak umat islam secara cepat dan menyeluruh. Sekarang bukan setakat org di bandar yg rosak akhlaknya, masyarakat luar bandar juga menghadapi masalah yg sama. Dlm masa yg sama gerakan islam bagaikan tidak sedar perubahan mendadak yg berlaku kepada umat islam ini. Mereka masih leka memperjuangkan hal lain sedangkan masalah akhlak dijadikan perjuangan nombor 2.

maruah wanita islam yang menjunam

Wanita islam mula timbul perasaan dengki melihat wanita belum islam menunjukkan betis, menonjolkan punggung dan buah dada. Mereka ingin menunjukkan kepada dunia bahawa wanita islam juga 'boleh'. Wanita islam 'boleh' memakai seluar jeans ketat sambil menunjukkan bentuk punggung. Wanita islam juga boleh memakai t-shirt ketat saiz budak-budak sambil menonjolkan bentuk buah dada. Sungguh memilukan. Nilai islam yang dipertahankan sejak kedatangan islam seribu tahun dahulu telah luntur baru beberape puluh tahun kebelakangan ini. Bukannya sebab diacukan senjata oleh penjajah, tetapi selendang dan baju labuh terlucut dengan kerelaan hati yang dipengaruhi budaya tidak islam. Wanita islam yang dulu tinggi maruahnya, kini maruahnya telah dijual sedozen sepuluh ringgit.

Wanita islam yang dahulu dilihat sebagai teman hidup kini telah dilihat sebagai objek pemuas nafsu. Lelaki mungkin boleh disalahkan tetapi tidak boleh disalahkan 100 %. Wanita islam juga menyumbang kepada imej ini. Nilai mereka yang semakin murah seperti barangan yang dilambak di pasar malam. boleh disentuk, dibelek dan di cuba sebelum dibeli. Dan setelah dicuba tetapi tidak berkenan, boleh ditinggalkan dan dicuba yang lain pula. Akhirnya maruah wanita muslim menjadi sama seperti wanita barat. jika seorang lelaki memandang saudari dalam keadaan 'berpakaian tetapi telanjang', adakah dia memandang dengan pandangan hormat kepada saudari sebagai seorang insan atau pandangan bernafsu? sebelum kita mahu orang lain menghormati kita, adakah kita menghormati diri kita sendiri?

mesej jika berpakaian tetapi telanjang

Rasulullah pernah bersabda dan membuat ramalan apa yang akan berlaku di akhir zaman :

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: 

[1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan 
[2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.”
 (HR. Muslim no. 2128)

Jika saudari berseluar ketat sampai nampak bentuk punggung dan berbaju sendat hingga nampak bentuk buah dada, apakah mesej tidak langsung saudari sampaikan kepada lelaki?

Bagi lelaki tidak kira bangsa apa atau negara mana mesej yang cuba disampaikan ialah wanita itu 'gersang'. kerana hanya wanita 'gersang' sahaja yang akan menunjukkan bentuk tubuhnya di khalayak ramai. Ini mesej global yg difahami oleh semua lelaki. Tanyalah mana-mana lelaki, mereka akan memberi jawapan yang sama kecuali lelaki yang tidak menjawab dengan jujur atau mungkin kurang kelakiannya.

Dan semua lelaki faham bahawa mereka perlu menyirami tanah yang gersang supaya tanah itu subuh dan menumbuhkan pepohon nan rendang. ini adalah keinginan yang diletakkan ke dalam jiwa kaum adam sejak dulu lagi. Rasa tanggungjawab untuk mnyirami tanah yg gersang tidak bermaksud mahu memiliki tanah itu. Selepas disirami, mereka (lelaki yang tidak bertanggungjawb) akan mencari tanah gersang lain pula untuk disirami. Tanah yang disirami dan pohon yang tumbuh sesudahnya bukanlah tanggungjawab mereka kerana tidak ada perjanjian jualbeli sebelum proses penyiraman dan pembajaan dilakukan.

Sahabat mungkin berkata perumpamaan yang saya berikan ini tidak sesuai. Tapi perumpamaan ni adalah terbaik dan paling bersopan kerana al-Quran juga dalam membicarakan topik seks sebegini, Allah s.w.t. juga menggunakan tanah sebagai perumpamaan.

"Isteri-istei kamu adalah seperti kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
Read more ►

Kehidupan di syurga kebebasan seks

0 ulasan
Dikatakan islam adalah agama fitrah. Fitrah bermaksud mengikut undang-undang alam. Salah satu undang-undang alam ialah kepuasan seks. Tetapi islam nampaknya menghalang kepuasan seks dengan mengharamkan seks tanpa batasan. Adalah islam benar-benar agama fitrah?

Mengapa kita tidak hidup di dunia penuh kebebasan seks. Barat sudah menikmatinya. Bahkan ianya sudah menular ke negara timur. Seks tanpa sempadan. Kita boleh lakukan seks dengan siapa sahaja yang kita mahu, bila masa dan di mana saja. Perempuan boleh menunjukkan bentuk badan mereka dalam apa bentuk sekalipun, hatta seutas benang sahaja di badan tanpa cegahan undang-undang. Sungguh 'bebas'. Bukankah ini syurga namanya? Bukankah ini kepuasan nafsu yang kita mahukan? Bukankah ini tujuan kita diciptakan? Untuk kepuasan seks.

Sebenarnya kebebasan yang sama bukan sekadar diperoleh oleh barat, bahkan barat masih baru menikmatinya. Masyarakat jahiliah arab dan kaum purba lain sudah lama menikmati syurga seks, mengawan tanpa batas. Buktinya? Buktinya ialah sudah dicatatkan jenis-jenis cara hubungan seks jahiliyah sebelum Islam dalam pelbagai buku. Ianya tidak jauh beza dengan 'syurga' seks sekarang. Dan dalam satu hadith seorang pemuda yang pernah hidup di zaman jahiliyah datang berjumpa dengan Rasulullah dan ingin kebebasan untuk mengawan seperti mana di zaman jahiliyah dulu. Kebebasan untuk mengawan? Bukankah itu budaya yang baru dipromosikan oleh barat kepada orang Islam melalui filem-filem yang ditayangkan? Bukan. Ianya adalah budaya jahiliyah sebelum kedatangan cahaya Islam yg hanya diperkenalkan kembali oleh barat 'bertamadun'.

Apa jawapan Rasulullah kepada anak muda ini? Rasulullah memakinya? Memukulnya? Tidak. Mengapa tidak? Kerana seks bebas sudah menjadi budaya kaum jahiliah arab. Bukan macam kita anak muda Islam yang baru tersengeh-sengeh berkenalan dengan budaya mengawan secara bebas ini. Seks bebas adalah budaya turun temurun kaum jahiliah arab padang pasir. Bukan sekadar itu, ia adalah kenikmatan yang besar bagi lelaki. Kenikmatan untuk mengawan dengan mana-mana perempuan yang dikehendaki tanpa sebarang tanggung jawab. Bukankah ini bayangan syurga? Ini syurga bagi lelaki. Syurga terbesar. Kerana itu permintaan anak muda itu adalah sungguh logik dan betul.

Tapi apa jawpan Rasulullah? Lihat kebijaksanaan Rasulullah dgn menjawab 'adakah kamu suka org luar mengawan dgn ibumu? Dgn adik perempuanmu?'. Pemuda yg gila seks ini menjawab 'tidak' (sila lihat matan hadith yang sebenar dibawah artikel ini). kita mahu bertanya mengapa tidak? Jika saya ada bersama pemuda jahiliyah itu saya ingin bertanya apakah logik yg bermain di dalam kepalanya ketika memberikan jawpan itu?

Jawapannya mudah - seks sangat berkait rapat dengan maruah. Walaupun ianya kenikmatan, ia diselaputi oleh maruah.

Perempuan yang boleh membuka kangkangnya kepada pelbagai lelaki adalah murah dan tiada maruah. Fakta ini dipersetujui oleh semua bangsa di dunia ini sekalipun bangsa itu sendiri membudayakan seks bebas. Mereka meluluskan undang-undang untuk seks bebas tetapi 'undang-undang' jiwa memberontak tidak membenarkannya. Walaupun masyarakat barat sudah beberapa generasi melakukan budaya 'mengawan secara bebas' ditambah ianya dibenarkan oleh undang-undang dan dijaja ke seluruh dunia melalui filem dan drama yang mereka hasilkan, mereka masih benci kepada gelaran 'pig' (lelaki bernafsu babi) dan masih benci dengan kekasih yang menduakan mereka. Jika seks bebas inilah budaya orang bertamadun dan suatu hal yang mengikut fitrah, mengapa masih wujud kebencian bila kekasih melakukan seks dengan orang lain? jawapannya ialah kerana jiwa itu fitrah dan fitrah itu mahukan kebaikan. Lelaki jahiliyah ini tahu perkara ini walaupun dia cuma duduk di padang pasir.

Seks bebas memang syurga dunia. Tapi harganya ialah kerosakan masyarat, maruah diri berharga 3-10 ringgit, perempuan diniagakan, kekecewaan, tertekan, ditipu, perbalahan, bunuh diri dan sebagainya. Kalau benarlah seks bebas adalah syurga dunia, mengapa ianya dipakejkan bersama neraka dunia? Jika ianya benar syurga dunia - syurga bagi siapa? Jika benar ianya syurga bagi barat, mengapa stress, bunuh diri dan perkahwinan-perceraian bagaikan masuk dan keluar dr pasaraya dalam kehidupan harian mereka?

Sekali lagi, adakah islam agama fitrah? Jawpannya ialah ya, Islam adalah agama fitrah. Islam memang hendak kita memuaskan nafsu seks kita. Kerana itu rasulullah tidak mengaku ummat sesiapa yg mahu membujang. Tetapi cara yang islam mahukan ialah memuaskan nafsu seks kita dgn cara yg bertamadun - cara manusia, bukan cara lembu. Sebab cara lembu tiada akad. Cara yang menjaga kepentingan semua pihak. Cara yang memuaskan hati semua orang. Cara yang telah dibuktikan betul dan bagus di sepanjang sejarah peradaban manusia bermula dari zaman nabi adam - cara perkahwinan.


Sesungguhnya seorang pemuda telah mendatangi An-Nabiy SallaLlahu `alayhi wasallam dan dia berkata "Ya RasuluLlah, izinkanlah bagiku untuk berzina". Maka orang ramai pun memarahinya dan mereka berkata ?? ?? . Maka baginda berkata "Aku ingin mendekatinya", maka baginda pun mendekatinya dengan dekat. Dia berkata "Maka dia pun duduk".


Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada ibumu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada ibu-ibu mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada anak perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada anak-anak perempuan mereka".
Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada saudara perempuan mu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada saudara-saudara perempuan mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah bapa) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah bapa) mereka".

Baginda berkata "Adakah kamu suka itu (zina) kepada makcik (sebelah ibu) kamu?". Dia berkata "Tidak, demi Allah, Allah menjadikan aku hamba mu!". Baginda berkata "Dan manusia pun tidak sukakannya (zina) kepada makcik- makcik (sebelah ibu) mereka".

Maka dia (perawi hadis) berkata: Lalu baginda meletakkan tangannya ke atasnya (pemuda itu) dan baginda berkata "Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya. Maka tidak berlakulah selepas itu (pemuda itu tidak berzina) pemuda itu berubah kepada sesuatu.
Read more ►

Sejarah Kerosakan Akhlak

0 ulasan
Selepas kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke 12, kebanyakkan adab jahiliyyah telah dihapuskan. ini termasuklah pergaulan tanpa perkahwinan dan cara berpakaian jahiliyyah. lama-kelamaan budaya Islam ini telah meresap kepada masyarakat Islam nusantara dan dikekalkan beratus tahun lamanya. sultan dan ulama-ulama di nusantara telah meneruskan undang-undang Islam. ini terbukti melalui penemuan batu bersurat di kuala berang, terengganu yang merupakan bukti terawal kedatangan Islam ke Malaysia.

walaupun batu bersurat itu adalah batu bersurat abat ke 14 (1300++), tapi dipercayai kedatangan Islam sudahpun bertapak 200 tahun sebelumnya.
antara kandungan batu bersurat itu adalah hukuman hudud yang melibatkan hukuman terhadap pelaku zina.

walaupun berlaku penaklukan portugis terhadap melaka pada tahun 1511, penaklukan itu hanyalah melibatkan kawasan sekecil melaka dan bukannya keseluruhan semenanjung tanah melayu.

akhirnya setelah kekalahan kerajaan Islam Bengali pada perang Palashi (1775), maka bermulalah penguasaan british terhadap kawasan-kawasan di nusantara. maka mulalah british menakluki Perak, Pulau Pinang, Terengganu, pahang sepertimana kita tahu penentangan pejuang Islam seperti tok gajah, mat Said dan tokku paloh terhadap kerajaan british.

British mula mengurangkan kuasa Islam dan dan menghadkan kuasa sultan kepada Agama Islam (yang dimaksudkan ialah Ibadah Islam) dan adat istiadat sahaja dan pemerintahan lain dikekalkan kepada British. Kebijaksanaan british berbanding penakluk lain ialah mereka mendidik orang-orang tempatan untuk mengikut jejak langkah (millah) mereka sebelum mereka selesa untuk meninggalkan satu-satu kawasan yang dijajah.

inilah yang telah diperkatakan oleh Lord Cromer semasa memerintah Mesir. "kita boleh memerdekakan negara-negara Islam tetapi kita tidak akan sekali-kali mebenarkan mereka menubuhkan pemerintahan Islam"

sebelum memberikan kemerdekaan kepada satu-satu negara Islam, british memastikan bahawa perundangan mesti mengikut cara mereka dan undang-undang Islam dihadkan kepada perkara perkahwinan, faraid dan ibadah sahaja.mereka juga memastikan pendidikan negara mengikut cara mereka termasuk sukatan sejarah dan yang terakhir mereka memastikan orang yang memerintah mestilah anak didik yang mengikut cara mereka. kemerdekaan yang diberikan bukanlah kemerdekaan sepenuhnya.

akhirnya umat islam yang dahulunya dilindungi dan dikawal oleh undang-undang Islam dari segenap segi kini telah terlepas dari ikatan itu. segala langkah pencegahan kerosakan moral dilakukan hanya oleh individu-individu atau kumpulan-kumpulan kecil. walaupn ada operasi pencegahan kerosakan akhlak yang dilakukan oleh badan-badan kerajaan, ia hanya dilakukan dalam ruang lengkup yang sangat kecil. pergaulan bebas di universiti, konsert-konsert dan di tempat-tempat awam hanya dibiarkan sahaja bahkan mendapat lindungan dari pihak berkuasa. sekarang kita mula melihat wanita-wanita bertudung mula memasuki program realiti TV, menari, bermain gitar dan bernyanyi dan ini telah banyak mempengaruhi wanita-wanita Islam yang lain.

sistem co-education (percampuran lelaki perempuan dalam pendidikan) yang diperkenalkan oleh penjajah adalah satu bom jangka yang akhirnya meletup dengan kerosakan akhlak pemuda-pemudi islam sama ada di sekolah menengah dan di universiti. hatta kolej-kolej dan univeriti yang ada perkataan 'islam' pun dengan tidak mereka sedari mengamalkan co-edocation. sedangkan sistem pendidikan Islam tidak membenarkan percampuran dalam pendidikan. akhirnya universiti bukan lagi tempat untuk belajar ilmu pengetahuan tetapi menjadi tempat perbelajaran kerosakan akhlak. pemuda pemudi Islam yang baik akhlaknya di kampung apabila datang ke universiti mula terpengaruh dan banyak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. akhirnya kita melahirkan guru, jurutera, doktor, arkitek dan profession lain tetapi tidak bermoral.

era globalisasi yang berkembang dengan terciptanya siaran televisyen dan seterusnya internet telah membawa masuk pelbagai budaya luar kepada masyarakat Islam. kerana setiap hari mereka melihat cara berpakaian dan bergaul yang ditonjolkan dalam televisyen, masyarakat Islam mula terpengaruh dan mengikut budaya asing satu langkah demi satu langkah. saya bersetuju dengan kata-kata syed qutb dalam bukunya ma'alim fittariq yang berkata "perubahan budaya Islam kepada budaya jahiliyyah sudah mengambil proses yang lama. kita sangat faham bahawa untuk kembali kepada islam juga ia akan memakan masa yang lama juga".

organisasi Islam yang leka

yang paling menyedihkan ialah organisasi-organisasi Islam hanya membiarkan evolusi (perubahan secara perlahan) ini berlaku. mereka hanyut dalam memfokuskan sesetengah isu dan mengabaikan masalah kerosakan akhlak. ada organisasi Islam yang hanya memfokuskan permasalah politik sahaja. ada organisasi Islam yang memfokuskan permasalahan kebajikan dan pendidikan sahaja. ada kumpulan Islam yang hanya memfokuskan kepada permasalahan bid'ah sahaja. kita belum nampak satupun organisasi Islam yang betul-betul lantang bersuara tentang masalah kerosakan akhlak. walaupun ada beberapa usaha yang dibuat untuk membenteras kerosakan akhlak, ia hanyalah usaha yang kecil dan bersifat tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja dan bukan usaha serius dan berterusan yang dilakukan di seluruh negara sepertmana mereka memfokuskan permasalah politik, bid'ah dan kebajikan.

persatuan wanita Islam juga lesu dalam permasalahan ini. sebenarnya golongan yang paling layak untuk memperjuangkan permasalahan kerosakan akhlak dengan serius adalah pertubuhan wanita Islam. malangnya kebanyakkan pertubuhan wanita Islam lesu dan hanya mengikut di belakang pertubuhan pemuda Islam. apa yang persatuan pemuda buat, maka mereka akan membantunya dari belakang. ini adalah salah. memang pertubuhan wanita Islam perlu menolong rakan kaum pemuda Islam dalam isu-isu kenegaraan tetapi fokusnya bukan di situ. sepatutnya pertubuhan wanita Islam adalah golongan yang paling lantang dalam menentang kerosakan akhlak dan bukannya terpengaruh dengan gerakan feminisme yang lebih memfokuskan kepada memperjuangkan hak sama rata ala barat dan pengharaman poligami. ini adalah suasana yang memalukan bila pertubuhan wanita islam terpengaruh dengan gerakan feminisme ala barat. mereka berusrah dan bermesyuarat agung tetapi kerosakan pemudi-pemudi Islam dibenteras dengan sekadarnya sahaja.
Read more ►

Di Akhir Kehidupan Khalifah Umar Al Khattab

0 ulasan


Pada suatu pagi yang hening dan syahdu, seorang hamba Allah yang beriman dan berkualiti dalam sejarah Islam, yang mampu tertulis dalam tinta emas penyebaran Islam, iaitu Khalifah Umar Al khattab, Khalifah kedua generasi Islam pertama, generasi terbaik. Beliau saat itu bersiap siap hendak keluar menunaikan solat subuh berjemaah.

Seperti biasanya sebelum melangkah keluar rumah, Khalifah berdoa, "Ya Allah, sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat aku berlindung, dan hanya kepadaMu lah tempat aku berserah." Seorang khalifah besar yang selalu tunduk dan pasrah kepada Raja diRaja, Penguasa Alam, Penguasa para seluruh manusia dan alam semesta, Allah SWT.

Lalu Khalifah Umar terus melangkahkan kaki ke masjid, walaupun saat itu suasana sejuk merasuk hingga ke tulang, namun kecintaan dan ketaatan sebagai mukmin hakiki, beliau tidak mengendahkan dan berjalan dengan tegap.

Sesaat waktu masuk solat, Khalifah Umar, seorang pemimpin umat dan juga imam, sentiasa memimpin para sahabat untuk solat berjemaah subuh, sebelum menunaikan solat seperti biasanya beliau menyemak dengan saksama saf jemaah. Setiap melewati dua saf, beliau akan berkata, "berdirilah dalam saf yang lurus. Sesungguhnya meluruskan saf dalam jamaah itu termasuk dalam kesempurnaan solat ". Begitulah pemimpin yang ideal, selalu memastikan pasukan dan umatnya selalu rapat dan kompak, berserasi dalam perjuangan mahupun ibadah kepada Allah SWT.

Selepas memastikan saf solat sudah lurus dan rapi, barulah Khalifah Umar segera mengimamkan solat subuh. Pada rakaat pertama, beliau membacakan surah Yusuf, sebuah surah yang cukup panjang, dengan panjangnya masa di rakaat pertama, dengan maksud bila ada yang terlambat hadir ke masjid, akan banyak masa untuk turut serta dalam solat berjemaah.

Ketika jamaah sedang melakukan solat, sekelebat seorang laki majusi Persia menerobos pergi ke barisan saf lalu menikam setiap orang di kiri dan kanannya secara membabi buta dengan menggunakan sebilah pisau. Secepat waktu dia sudah berada di belakang Khalifah Umar, lelaki majusi itu lantas menikam Khalifah Umar Al Khatab sebanyak enam kali. Tikaman itu membuatkan khalifah terpaksa jatuh terduduk sakit.

Para sahabat yang berdekatan dengan kedudukan Umar lantas membatalkan solatnya lalu berusaha menangkap pembunuh itu, "Terlaknat kamu kerana berani membunuh Amirul Mukminin!" Teriak salah satu sahabat.

Majusi Persia itu berkata sambil ketawa, "Akhirnya dendamku kepada Umar terbalas, ingat, namaku Abu Lu'luah dan aku merasa bangga kerana dapat membunuh Umar Al Khatab! "

Tersentak beberapa orang jamaah hadapan akan membatalkan solat masing masing. Mereka akan mengepung Abu Lu'luah, keadaan menjadi rusuh, lalu penganut majusi Persia itu menyedari dirinya terkepung dan tak mungkin lepas dari kejaran kaum muslimin, maka Abu Lu'luah akan mengadakan pisau badannya sendiri lalu ia mati dengan cara membunuh dirinya sendiri.

Khalifah Umar Al Khatab yang terduduk kesakitan masih memikirkan kelanjutan tugas terakhirnya memimpin solat subuhnya dan beliau memegang tangan Abdul Rahman bin Auf yang berada di belakangnya sebagai isyarat agar segera menggantikan beliau sebagai imam solat. Lalu Abdul Rahman bin Auf mengimamkan solat subuh secara singkat dan penuh syahdu. Khalifah Umar walau tertikam dan terduduk dilantai tetap menyempurnakan dan menunaikan solat subuhnya dalam keadaan sakit menahan akan perihnya luka tikaman, darah mengalir deras dari luka tikaman tersebut. Solat ketika itu menjadi lebih syahdu walau singkat.

Semua sahabat di masjid tersebut diposisi hadapan tetap menyempurnakan solat mereka walau mereka sungguh melihat peristiwa yang terjadi penuh dengan kebimbangan dan keharuan.

Jemaah yang berada di barisan belakang yang tidak melihat apa yang terjadi menjadi risau kerana tidak mendengar suara Khalifah Umar sebagai imam solat, lalu mereka gemuruh mengucapkan tasbih, "Subhanallah, subhanallah!"

Sesudah solat subuh, khalifah Umar berkata kepada Abdullah bin Abbas dalam keadaan kesakitan, "Wahai Abdullah, carilah tahu siapa orang yang menyerang saya"

Abdullah bin abbas pergi menuju jenazah Abu Lu'luah yang bergelimpang berlumur darah, seorang daripada kaum muslimin berkata, dia membunuh diriya sendiri.

Tanya Abdullah bin Abbas, "siapakah nama lelaki yang menikam Amirul Mukminin ini?

Lelaki disekelilingnya menjawab, "lelaki ini adalah budaknya Al mughirah yang bernama Abu Lu'luah, dia adalah penganut majusi Persia.

Lalu Abdullah bin Abbas kembali kepada Khalifah yang dipangku dan diusahakan perubatan oleh beberapa sahabat, kelihatan sangat lemah kerana banyak kehilangan darah.

Lelaki yang menikam tuan itu namanya Abu lu'luah, Dia budaknya al-Mughirah, "kata Abdullah bin Abbas.

Mendengar kata-kata Abdullah bin Abbas, khalifah Umar berkata, "budak yang bekerja sebagai tukang bangunan itu?"

"Ya" ujar Abdullah bin Abbas.

Khalifah Umar Al Khattab berkata, semoga Allah melaknatnya kerana menyakiti saya, sedangkan saya tidak pernah menzaliminya. Segala puji bagi Allah yang tidak mewafatkan nyawaku ditangan orang muslim ".

Terbitlah senyum bahagia di raut muka seorang pejuang, syuhada, pemimpin umat yang kuat dan kukuh. Dia bahagia kerana dicintai rakyatnya, dia gembira bahawa yang menikamnya adalah musuh Islam, dia gembira kerana dia berjaya menyatukan dan meneruskan keutuhan Islam semenjak ditinggalkan oleh Rasullullah SAW dan sahabatnya Abu Bakar ...

Senyum yang membawanya ke syurga kelak ... senyum yang membuktikan khabar dari Rasulullah SAW bahawa dirinya memang ditakdirkan sebagai syuhada.

Read more ►

Dari mana datangnya rezeki? Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada Maryam AS

0 ulasan


Dari mana datangnya rezeki?

Soalan ini pernah disampaikan Nabi Zakaria AS kepada Maryam AS sebagaimana terkandung dalam firman Allah SWT: "Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria sebagai pemeliharanya. Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: "Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. "Ali Imran: 37

Adalah Maryam 'alaihassalaam hidup menyendiri di dalam sebuah bilik dengan hanya beribadah menyembah Tuhannya. Dia tidak pernah keluar dari bilik tersebut dan tidak seorang pun yang masuk menemuinya kecuali Zakaria AS, iaitu orang yang memeliharanya. Zakaria AS menemuinya dengan membawakan keperluan makan dan minumnya. Namun setiap kali dia masuk ke bilik Maryam, dirinya dikejutkan dengan adanya berbagai macam buah-buahan musim sejuk pada saat musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim sejuk. Kemudian Zakaria AS merasa hairan dan bertanya kepada Maryam: "Dari mana rezeki ini?" Maka Maryam menjawab: "Sesungguhnya rezeki ini datang dari sisi Allah yang memberikan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia-lah sebaik-sebaik Pemberi rezeki."

Masalah rezeki merupakan masalah sangat penting, oleh sebab itu lafadznya diulang di dalam Al Qur `an lebih dari seratus kali. Karena rezeki merupakan salah satu perbuatan konkrit yang menunjukkan sifat rubuubiyyah (pemeliharaan) dan bukti agung atas kewujudan Allah Jalla jalaaluh. Demikianlah mengapa hawaariyyun (pengikut setia Nabi Isa) meminta Nabi Isa AS agar Tuhannya berkenan menurunkan kepada mereka hidangan dari langit, sehingga mereka dapat memakan hidangan tersebut dan menjadi tenang hati mereka. Lalu mereka baru akan mengakui dan meyakini kebenaran Al-Masih alaihissalaam dan bersaksi bahawa itu adalah suatu bukti nyata dari Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya: "(Ingatlah), ketika pengikut-pengikut` Isa berkata: "Hai` Isa putera Maryam, bersediakah Tuhanmu menurunkan hidangan dari langit kepada kami? " `Isa menjawab:" Bertakwalah kepada Allah jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman ". Mereka berkata;" kami ingin memakan hidangan itu dan supaya tenteram hati kami dan supaya kami yakin bahawa kamu telah berkata benar kepada kami, dan kami menjadi orang-orang yang menyaksikan hidangan itu ". Isa putera Maryam berdoa:" Ya Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami , dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezkilah kami, dan Engkaulah Pemberi rezeki Yang Paling Utama ". Allah berfirman:" Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorangpun di antara umat manusia ". (Al Maidah: 112-115)

Sebelumnya, Nabi Isa AS telah menasihati para pengikutnya agar merasa cukup dengan rezeki yang telah Allah SWT kepada mereka di bumi dan agar tidak meminta hidangan makanan dari langit. Kerana jika hidangan itu turun kepada mereka, maka hal itu merupakan sebuah tanda dari Tuhan mereka dan mereka akan dicuba dengannya. Namun mereka enggan menuruti nasihat tersebut dan tetap meminta agar diturunkan hidangan dari langit. Lalu Nabi Isa AS memohon Tuhannya untuk menurunkan hidangan dari langit.

Sumber rezeki dan Sang Pemberi rezeki yang hakiki adalah Allah SWT, sebagaimana firman-Nya: "Katakanlah:" Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi? " Katakanlah: "Allah". "(Saba`: 23)

Maka Allah SWT adalah Zat Maha Pemberi rezeki, yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya. Dia pula yang melapangkan, menghalang dan menyempitkan rezeki bagi sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Di tangan-Nya terdapat segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh." (Adz-Dzariyaat: 58)

Ar-Razzaaq merupakan salah satu daripada nama-nama Allah SWT yang indah. Dia SWT yang telah menciptakan manusia beserta rezeki mereka, lalu menuntun mereka kepadanya dan menyediakan pelbagai cara untuk dapat menikmati rezeki tersebut. Ar-Razzaaq merupakan sifat yang hanya dimiliki oleh Allah SWT. Sehingga, hanya dari-Nya kita mengharap datangnya rezeki dan hanya kepada-Nya kita bertawakal dalam berupaya mendapatkannya. Allah SWT telah menafikan, bahawa tidak seorang pun atau sesuatu sembahan orang-orang musyrik yang sanggup menguasai rezeki. Dan Dia SWT memerintahkan untuk mengharap rezeki dari sisi-Nya, lalu menyembah hanya kepada-Nya dan bersyukur atas rezeki yang telah diberikan. Sebagaimana Allah SWT berfirman: "Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun)." An-Nahl 73 dan firman-Nya: "Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. "Al-'Ankabuut: 17

sumber dari eramuslim.com

Read more ►
SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi