Thursday, January 3

bahaya membandingkan cinta


jika kita tidak pernah makan kuih keria, maka kuih keria yang pertama kita makan ialah kuih keria yang paling sedap. jadi bila disebut kuih keria, maka kita menjadikan rasa kuih keria yang baru sekali kita makan itu sebagai standard kuih keria. tetapi setelah kita memakan banyak kuih keria dari bermacam tempat, kita akan mula mengatakan "kuih keria ini sedap dan yang itu tidak sedap".

perumpamaan yang sama adalah untuk cinta. bagi yang tidak pernah bercinta, cinta pertamanya itulah cinta. bila disebut cinta, itulah rasanya. tetapi jika seseorang itu terlalu banyak bercinta, maka dia mula membandingkan cinta. dibandingkan cintanya denga pasangannya dan cintanya dengan orang lain. maka mulalah dia boleh mengatakan cinta ini menyeronokkan dan dan cinta yang satu lagi hambar.

itulah sebabnya cinta yang permulaan mahal harganya. mungkin sukar buat masa sekarang tetapi itulah yang terbaik dan itulah pentingnya mencari pasangan beragama yang tidak banyak pengalaman bercinta. jika sahabat sudah berkahwin dan pasangan sahabat ada banyak pengalaman bercinta, bersangka baik dan lupakan hal yang lalu, itulah yang terbaik.

terdapat satu hadith dari rasulullah:

diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

itu sebabnya rasulullah pernah menegur sahabatnya yang mengahwini janda.

hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

orang yang terlalu banyak bercinta akan kurang riangnya dalam bercinta. jika dilihat pada hadith ini, cuba bayangkan berapa ramai anak-anak muda yang sudah menjadi janda jiwanya atau duda jiwanya tetapi masih belum berkahwin. sebab itu tidak pelik bila kita berjumpa dengan orang belum berkahwin tapi dia tiada malu dan sudah 'kalis' dengan orang lawan jantina. dia belum berkahwin, tetapi sudah duda atau janda jiwanya.
Comments
1 Comments

1 ulasan:

  1. yup...betul tuh...ornag skearang memang mcm tuh...kita kena selalu ingat...kita ada agama...larangan agama kita perlu di patuhi...
    cinta biar untuk yg halal di gauli saja...itu lebih indah..dan manis...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi