Thursday, January 3

Cinta kepada pasangan adalah cinta bersebab

saya sudah masukkan beberapa persoalan yang boleh diajukan untuk membuktikan bahawa cinta kita bukan cinta sejati tetapi sebenarnya ialah cinta bersebab. atas sebab-sebab inilah yang menyebabkan kita menyukai pasangan kita dan juga inilah faktor yang menyebabkan kecintaan kita kepada pasangan kita hilang. perlu saya nyatakan di sini bahawa menyintai seseorang atas sebab sebab tertentu adalah tidak salah bahkan merupakan perkara umum yang dilakukan tetapi cuba dinafikan. bahkan rasulullah juga sendiri memberitahu bahawa cinta kita adalah cinta BERSEBAB melalui hadith baginda:

"Wanita dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung" Al-Hafidz Abi Abdillah Muhammad bin Yazid al-Qazwini bin Majah, Sunan Ibn Ma>jah, Juz I (Beirut: Da>r al-Ih}ya>’ at-Tura>s\ al-’Arabi>, 1395 H), hlm. 597.

di sini rasulullah menyenaraikan sebab-sebab yang membawa kepada pemilihan pasangan. rasulullah tidak menafikan kriteria yang digunakan untuk memilih pasangan. cuma nasihat rasulullah agar agama dijadikan sebab utama dalam memilih pasangan kerana ia pasti akan membawa kebahagiaan.

satu hadith rasulullah "jangan mengahwini wanita kerana rupa paras yang cantik, mungkin rupa paras itu membawa kehancuran. jangan mengahwini wanita itu kerana hartanya kerana harta itu membawa kepada kezaliman. tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. seorang wanita hitam yang menghayati agamanya adalah lebih baik". (ibnu majah).

hatta imam ghazali sendiri menetapkan beberapa kriteria seseorang wanita itu dikahwini:*

kesimpulan penting bagi cinta sejati

jangan silap faham. saya bukan berkata jangan mencintai manusia. menyintai dan menyukai manusia yang lain adalah hal yang disuruh. yang dilarang di sini ialah menyintai seseorang dengan membabi buta dan terlalu terpengaruh dengan perasaan. hingga merasakan kebahagian itu hanyalah denga si dia. ini mengingkari hadith:

“Tiga hal yang barang siapa dalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman:

 (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, 
(2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, 
(3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”. Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.
Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud)

menyintai manusia secara keterlaluan melebihi cinta kepada Allah juga mengingkari tauhid uluhiyyah. saya akan jelaskan secara ringkas tentang iktikad ini. orang melayu menafsirkan ILAH sebagai tuhan. apabila kita menyebut la ILAH illallah maka kita tafsirkan sebagai tiada TUHAN melainkan Allah. ini adalah penafsiran yang betul. walaubagaimanapun ILAH membawa maksud yang luas. antara maksud ILAH ialah:
tumpuan pengibadatan
pemberi rezeki
sumber perundangan
tempat kecintaan


jadi bila disebut la ilahaillallah itu juga bermaksud:
tiada tumpuan pengibadatan melainkan Allah
tiada pemberi rezeki melainkan Allah
tiada sumber perundangan melainkan Allah
tiada tempat kecintaan melainkan Allah

kecintaan kepada yang lain hanyalah kerana Allah. kita menyintai ibu bapa kita kerana Allah. kita menyintai pasangan kita adalah kerana Allah. jika pasangan kita tidak mengikut suruha Allah maka kita tidak akan menyintainya. ini berlawanan dengan konsep cinta sejati yang meletakkan cinta kepada kekasih sebagai tempat yang paling atas. kalau kita biasa mendengar lirik lagu atau skrip filem hindustan, kita akan dapat melihat bagaimana konsep cinta agung kepada kekasih itu diagung-agungkan hingga ke tahao yang tidak masuk akal.

konsep cinta sejati menyebabkan kita bercinta sebelum berkahwin

mitos cinta sejati ini telah mendatangkan masalah yang tidak disedari oleh ramai orang. sebelum kita dijajah dan kemasukkan budaya asing secara berleluasa melalui filem atau drama, pencarian pasangan bagi masyarakat Islam adalah berbeza. anak-anak dara tidak bebas keluar mengikut jantan spertimana sekarang sampai jam 2-3 pagi masih lagi kelihatan di restoran-restoran.

pencarian jodoh pada ketika itu diuruskan oleh pihak keluarga sama ada si ayah atau si ibu. jodoh yang diatur membawa kepada kebahagiaan hingga ke anak cucu. yang peliknya di zaman ini di mana pasangan memiliki kebebasan mencari jodoh masing-masing, kadar perceraian dan masalah rumah tangga berada pada tahap yang membimbangkan.

mitos cinta sejati ini telah membawa kepada budaya melakukan percubaan atau membeli belah cinta. adakah dia cinta sejatiku? maka berlakulah pertukaran pasangan untuk tujuan 'merasa' cinta atau lebih dari itu. bertukar pasangan semudah monyet melompat dari satu dahan ke dahan yang lain. maka dalam proses ini ramailah yang kecundang di pintu cinta, yang dara kehilangan daranya, anak haram dibunuh dan dilempar ke dalam longkang (lebih teruk dari arab jahiliyyah), perempuan hilang benteng pertahanan terakhir iaitu malunya, maruah jatuh nilai seperti barangan komoditi. yang paling terjejas dalam proses mencari cinta ialah kaum hawa sedangkan kaum adam memperolehi nikmatnya.

0 ulasan:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Di Sini Cerita Kedai Kopi

SocialPromoter
Exabytes SiteLock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Copyright © Cerita Kedai Kopi